Sunday, April 13, 2014

Minda Sastera Sajak: Hidup Bermasyarakat





Hidup Bermasyarakat

Jauh dekat semua mesti bermuafakat
agar hidup nikmat bertambah berkat
tua, muda, kecil besar sama sepakat
begitulah harmoninya hidup bersyariat.

Siang dan malam solat beratus rakaat
agar hidup dilandasan yang benar, tak sesat
harta yang berlebihan dikeluarkan zakat
sesama bangsa dan berlainan bangsa saling hormat.

Hidup rukun damai dalam bermasyarakat
setiap masalah atau perselisihan dibawa bermesyuarat
agar nanti terurai kekusutan agar tidak melarat
pada akhirnya masyarakat terus harmoni dan selamat.

Dalam hidup bermasyarakat
masing-masing punyai hajat
bertolong bantu selagi ada kudrat
semasa bergotong-royong sama-sama buat.

Masshah 2013
Bilik Buku
Meru

12/08/2013-Isnin.

(Koleksi Sajak Bulan September 2013)

No comments:

Post a Comment