Fasa Pertama Pergi Fasa Kedua Datang
Alhamdulillah dengan rahmat dan kasih sayang Allah SWT dapat bertemu lagi pada kali ini. Sudah sebelas hari kita berpuasa,bermakna
kita telah memasuki fasa yang kedua dalam bulan Ramadan ini iaitu fasa menerima
keampunan Allah SWT (maghfirah).Setelah 10 hari dengan izin-Nya kita dapat melepasi
fasa pertama,yang mana di dalamnya rahmat Allah SWT sentiasa melimpahi hidup
kita,mudah-mudahan.Seterusnya agar kita istiqamah dengan apa yang kita lakukan
di sepanjang fasa yang pertama.
Maka berbanyak-banyaklah kita memohon keampunan dari
Allah SWT, peluang yang Allah SWT berikan pada kita ini janganlah di Persia-siakan
begitu sahaja.Perbanyakkan istighfar dan taubat kepada-Nya.Kerana dengan
memohon keampunan darinya,segala silap salah kita pada-Nya, akan di ampunkan
oleh Allah SWT. Inilah peluang terbaik untuk kita meminta pengampunan
sebanyak-banyak pada-Nya. Setiap antara kita,tidak pernah sunyi dari melakukan
noda dan dosa.Dosa sebanyak mana pun, Allah SWT akan ampunkan dengan rahmat dan
kasih sayangnya.
Sesungguhnya Allah itu Maha
Pengampun;
“Dan
hendaklah engkau memohon ampun kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah adalah
amat Pengampun, lagi amat Mengasihi”. (Surah an-Nisaa: 106)
Nabi saw sendiri setiap hari memohon keampunan dari
Allah SWT,itu seorang Nabi saw yang di jamin masuk syurga itu pun memohon
keampunan dengan beristighfar satu hari tujuh puluh kali. Kita?.Bagaimana
dengan kita,yang sering leka dan khayal dengan hasutan dan tipu daya dunia ini.
Malah Nabi saw ada mengatakan dalam sabdanya yang bermaksud;
Nabi saw. bersabda, “Demi Allah, sesungguhnya
aku beristighfar (meminta ampunan) dan bertaubat kepada Allah dalam satu hari,
lebih dari tujuh puluh kali.” (HR Bukhari)
Dalam bulan Ramadan ini lah sepatutnya kita berlumba-lumba
membuat amal kebajikan dengan berterusan. Mudah-mudahan dengan melakukan
kebaikan itu dapat menampung amal kejahatan yang kita lakukan selama ini. Dosa
kecil atau besar yang kita lakukan,jangan lah angggap sesuatau yang remeh. Ia
akan mengakibatkan kita akan menerima balasan Allah SWT kelak di akhirat.
Janganlah kita bertangguh-tangguh dalam bertaubat kelak juga akan rugi di sana.
Justeru itu,fasa kedua ini,sama-sama lah kita
manfaatkan,dengan mengharap kasih saying
dan keampunan dari Allah SWT.Kerana sesungguhnya hanya Allah SWT tempat
segalanya kita bergantung.Dia lah yang maha mendengar segala rintihan hatu
nurani kita,Dial ah yang selayaknya kita ingati dan mohon pengharapan setiap
waktu dan detik yang kita lalui. Siapa lagi yang mampu mendengar rintihan kita
saban hari,waktu dan detik jika bukan Dial ah Allah SWT yang Maha Pengampun dan
Maha Mengasihi.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufik dan hidayah
setiap masa,Rahmat dan Kasih Sayang-Nya terus tertumpah kepada setiap diri kita. Juga segala taubat-taubat kita di
terima oleh Allah SWT sebagai taubat nasuhah.Amin..!!!.
Amin Ya..Rabb..!!!.
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment