Salam Ramadan semua,semoga di rahmati Allah
Swt.Bertemu lagi dalam dunia maya ini.Melalui penulisan berkenaan dunia
buku.Terima kasih kerana masih setia berkunjung ke blog ini.Sebuah medium
perkongsian yang tidak seberapa ini dari insan yang biasa-biasa sahaja.Beberapa
hari saya menulis catatan Ramadan,kali ini saya menulis tentang aktiviti dunia
buku saya yang belum sempat di kongsikan. Mungkin sudah basi ceritanya,maklum
ia merupakan salah satu dairi aktiviti saya.mahu tidak mahu saya kongsikan
juga.
Berlansung selama sebelas hari,namun saya hanya sempat
pada hari Ahad sehari sebelum berakhirnya pesta buku tersebut.Itu pun saya
pergi dengan keadaan tergesa-gesa bersama anak buah yang mahu mengambil ibunya
pulang dari kerja di seksyen 21 Shah Alam.Dengan menumpang anak buah dan
meminta dia singgah sekejap ke Pesta Buku tersebut. Dia pun menunjukkan
minat,apa lagi singgah walaupun sekejap dalam tempoh 25 minit.
Sampai sahaja di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),masuk
ke dalam,kelihatan masih ramai lagi peminat dan pencinta buku berpusu-pusu
mencari buku yang mereka minati,begitu juga saya,dalam tempoh yang singkat
itu,saya manfaatkan untuk mencari buku yang hendak di beli.Distinasi pertama ke
IT&BM,melilau-lilau mata mencari buku yang mahu di beli,dapat sebuah buat
buah tangan.Buku ‘Bibliholisme’ tulisan Saharom TM Sulaiman.Banyak buku di situ
yang menarik,masa tidak mengizinkan saya untuk membelek-belek lama.
Distinasi seterusnya ke PTS,wah ramainya orang,banyak
buku bermacam-macam tajuk,desain yang menarik,kulit tebal,kulit nipis dam
macam-macam lagi.Namun buku yang saya cari-cari tidak kelihatan.Tinjau-tinjau
sahajalah.Saya terus ke Galeri Ilmu,dapat sebuah buku yang memang saya tengah
cari.Buku ‘I want To Be A Writer’ tulisan Ummu Hani.Lega rasa hati,dapat juga
buku ini.Tentang pengalaman penulis sebagai seorang penulis.Ada tip-tip tentang
penulisan.Nak tahu selanjutnya kena beli dan baca.
Seterusnya ke booth DBP(Dewan Bahasa Dan Pustaka),Koleksi
cerpen berkulit tebal banyak di jual semurah RM10,Majalah Tunas Cipta dan yang
lainnya semurah RM1.Buku-buku lain juga murah semurah RM5,RM6 pun ada.Saya
tangkap dua buah koleksi cerpen kulit tebal dan nipis.Masih cantik kulitnya,apatah
lagi isikandungannya masih boleh di baca dan sebagai rujukan.Memang teruja
melihat buku-buku yang banyak itu,murah-murah pula tu.
Distinasi terakhir ke booth Karangkraf,di bahagian
luar dewan Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC),terlihat buku terbaharu Dr.HM Tuah
Iskandar. Apa lagi ambil dan bayar,masa sudah tidak mengizinkan untuk
berlama-lama di situ,anak buah pun entah di mana.Mungkin tunggu di kereta.Hati
tidak sabar-sabar mahu buka bungkusan buku-buku yang di beli. Mahu
belek-belek,cium-cium buku baharu.Memang menghairahkan tengok buku-buku yang
baharu dibeli.Dan tak sabar mahu menyelongkar isi ceritanya.
Ya..itulah sedikit pengalaman beberapa minit di pesta
buku Selangor 2012, moga ada sedikit motivasi dalam penulisan saya kali ini.
Selamat Membaca..!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
No comments:
Post a Comment