Tuesday, May 3, 2011

Jom membaca…!

Baca jangan tak baca..!


Pada mereka membaca membosankan,mengantuk,tak ada masa,anak-anak kacau,tak ada tumpuan,banyak kerja,tebal sangat buku,tidur lagi baik,duit tak cukup hendak beli buku dan macam-macam alasan lagi yang kadang-kadang dapat kita dengar dari mereka yang cukup negatif bila di tanya berkenaan membaca.Seolah-olah membaca sesuatu yang sangat membebankan,sekadar membaca satu atau dua helai muka surat itu pun sudah terasa mengantuk.Begitulah pelbagai ragam,mereka yang tidak minat membaca.

Sesungguhnya satu kerugian yang besar,jika kita meninggalkan sesuatu yang amat penting,bukankah membaca itu satu tuntutan yang sangat di galakkan oleh agama Islam yang suci?.Surah Al-Alaq membuktikan tuntutan membaca ini.Mengapa dikalangan kita masih tidak mahu ataupun mampu untuk menjadikan membaca sebagai amalan atau tabiat dalam kehidupan sehari-harian.Memanglah peratusan tabiat membaca di kalangan rakyat Malaysia semakin meningkat,namun masih ada lagi yang masih liat untuk membaca.Sekadar membaca signboard takkan malas juga..!.

Bukankah melalui membaca kita akan mendapat pelbagai ilmu dan pengetahuan baru yang mungkin selama ini kita tidak pernah dengar.Melaluinya juga,minda kita akan sentiasa terisi dengan pemikiran-pemikiran yang kritis dan inovatif.Bermacam lagi yang kita boleh perolehi dari tabiat membaca,apa yang di tulis di atas hanya sebahagian yang kita akan perolehi jika membaca.

Saya tertarik dengan kata-kata seorang penyair dan juga seorang penulis yang sangat cintakan buku,apa katanya;

“Buku adalah makanan jiwa,yang tidak pernah jemu-jemu memberi maklumat kepada penikmatnya.Buku memberikan berbagai-bagai pemikiran dan ilmu dengan berbagai-bagai ragam gaya penulis”.
(Penyair,Tuan Haji Wan A.Rafar)

Seandainya tabiat ini terus di jadikan sebahagian dari jadual hidup kita,sudah pastinya nanti akan terlahirlah satu kehidupan yang di penuhi dengan budaya mencintai ilmu,ianya akan terus subur menjadi budaya setiap keluarga di Negara kita.Maka akan lahirlah generasi yang maju dari segi jasmani dan rohaninya,hasil dari tabiat membaca.

Justeru itu,marilah sama-sama kita merealisasikan satu kehidupan yang mencintai buku(mencintai ilmu),sayangkan buku,membaca buku dan seterusnya mengaplikasikan apa yang telah di baca atau di pelajari hasil dari pembacaan kita.Semoga cita-cita ini akan terlaksana,yang mana hasilnya nanti akan melahirkan Malaysia sebagai Negara yang sangat maju,bukan sahaja dari sudut pembangunan infrastukturnya tetapi modal insannya yang cermerlang,gemilang dan terbilang.

Jom membaca…!.

No comments:

Post a Comment