Tuesday, April 12, 2011

Ribuan kemaafan..!


Setelah beberapa bulan blog ini,senyap sepi dari sebarang pengisian,Insyallah kali ini akan bertemu lagi sahabat-sahabat blogger yang masih sudi berkunjung ke blog ini,dunia blog makin meriah dan rancak dengan kehadiran blogger-blogger baru,tegar dan yang tidak tegar,yang lesu dan yang tidak lesu,masih mantap dan bersemangat dengan dunia blog masing-masing.Syukur pada Allah,memberikan semangat untuk menulis dan berkongsi sesuatu dengan sahabat semua.

Terlebih dahulu,sebelum saya meneruskan penulisan ini,saya memohon ribuan kemaafan kepada semua sahabat blogger yang masih sudi berkunjung di blog ini,maklum sahaja asyik tiada perubahan dalam blog ini.Semoga dapat memaafkan saya.Insyallah,selepas ini JPMA akan berkongsi-kongsi minda dengan anda dalam dunia buku (Baca buku).
Dunia buku masih berterusan biarpun dunia blog saya senyap sunyi dari sebarang pengisian.Membaca terus membaca,beli buku tetap beli buku,namun ada beberapa berita gembira yang berlaku yang saya tidak berkesempatan dalam turut sama-sama menyertai dan mengunjunginya.

Antaranya,Karnival karangkraf yang telah di adakan pada penghujung bulan januari selama tiga hari,memang agak terkilan dan agak kecewa.Maklum terlepas harga diskaun dan murah.Apa boleh buat,tunggu tahun hadapan nampak gayanya.Apa pun masih ada lagi yang menunggu,Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur,Pesta Buku Negeri Selangor dan yang lain-lain.

Satu lagi program yang di adakan di Perpustakaan Awam Negeri Selangor,iaitu ‘Program Bicara Karya-Menjana Kewarasan Minda’.Program anjuran PPAS dan PAKSI(Seniman Paksi Rakyat Malaysia).Konon-kononnya ingin menyertainya,namun gagal juga akhirnya,kerja pula.Maklum dah terlebih cuti bulan febuari.Dapat baca tulisan Abdul Shukur Harun dalam kolum cetusan idea berkenaan program ini,terubatlah rasa terkilan di hati ini.

Kesibukan adakalanya menyebabkan kita lupa seketika tentang minat dan hobi kita,namun tidaklah sampai di tinggalkan langsung,cumanya kurang sedikit dari yang biasanya,selalunya sebulan boleh empat atau lima buku yang di baca,bila sibuk jadi lah sebuah buku,yang penting jangan sampai tidak membaca langsung,takut beku pula minda ini.Membaca tetap membaca..!.Bagaimana dengan sahabat semua,tentu banyak tahun ni,baca buku.Tahniah dan syabaslah..!.

Jangan lupa terus membaca,setakat ini untuk pertemuan kali ini,semoga terus berkunjung dan berkongsi-kongsi minda.

1 comment: