Tuesday, September 28, 2010

Warna-Warni Aidifitri 2010/1431H


Assalamualaikum semua,masih raya ke ni....dalam pertemuan hari ini,aku kongsikan gambar-gambar semasa sambutan hari raya 2010/1431H yang dah beberapa minggu berlalu.Aidilfitri sudah pasti meninggalkan nostalgia pada diri sahabat blogger semua kan,begitu juga dengan aku,maklum saja setahun sekali kita meraikannya,tentu ada sesuatu yang menarik dan kenangan manis buat kita semua..

Aidilfitri di Meru























Aidilfitri Di Bukit Lancung Shah Alam















Beraya rumah Abang Suja,Kuang


Keluarga Kak Maimunah beraya di rumahku Meru


Keluarga Abang Nawawi ke rumahku Meru


Sampai jumpa lagi di Aidilfitri yang akan datang...!

Monday, September 27, 2010

Ilmu Tinggi Akhlak Tinggi

Pembangunan Tinggi..begitu jugalah akhlak bangsanya..?


Hai..!Assalamualaikum..!bertemu lagi dengan sahabat-sahabat blogger lagi hari ni,harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu .Alhamdulillah..agak-agak minggu lepas berapa buah buku yang dah habis di baca?.Wah mesti banyak dan lumayan ilmu yang dah dapat ye..semoga apa yang kita baca dapat di manafaatinya.Maklum saja ilmu ni kalau nak di gali dan di cari tak pernah habis-habis,makin di cari makin banyak yang belum sempat kita pelajari makin banyak yang perlu kita buru dan pelajari.

Ilmu itu sangat penting dalam membina satu tamadun sesuatu bangsa,ia merupakan prasyarat yang utama.Tanpa adanya ilmu pengetahuan yang luas mana mungkin sesuatu bangsa itu dapat di lihat kuat dari segi urus tadbir negaranya.Ilmu adalah segala-galanya dalam pembentukan syahsiah yang unggul demi bangsa yang kuat dan tamadun yang tinggi.

Banyakkanlah membaca dan jadikanlah ia satu budaya hidup kita,jika mahu melihat bangsa kita di hormati dan di pandang tinggi,kerana dengan adanya ilmu yang luas, akan menjadikan Negara kita lebih maju dan mempunyai kekuatan dari segi sosil,budaya yang kuat dan padu.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya yang cukup terkenal Muqaddimah menukilkan,”Kekuatan ilmu bukan saja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal,malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa tersebut.”

Dengan adanya ilmu menjadikan bangsa itu maju bukan saja dari segi meterialnya sahaja tetapi budi bicara,akhlak sosial masyarakatnya menjadi cukup cantik dan menarik.Itu yang kita mahu hasil dari ilmu pengetahuan yang luas.

Apa maknanya pembangunan tinggi mencakar langit jika akal budi rakyat atau bangsanya hancur dan tidak menunjukkan akhlak yang tinggi seperti bangunan yang tinggi mencakar langit itu.Ilmu yang kita cari dan dapatinya kita amalkan dalam kehidupan berkeluarga,bersahabat dan juga bermasyarakat,hasil dari itu akan terbinalah satu tamadun bangsa yang tinggi ilmunya dan tinggi akhlaknya.

Justeru itu marilah kita mulakan dari sekarang,supaya nanti Negara kita akan terus memacu dengan hebat dalam membina tamadun bangsanya dengan ilmu,amal dan Iman.Jadilah Malaysia nanti sebuah Negara yang aman,makmur dan harmoni di Rahmati dan di Redai Allah.

Sekian..!

Selamat Membaca..!

Saturday, September 25, 2010

Jangan Curi..!

Bebas..

Apa yang aku nak tulis ni,bukanlah aku nak malukan dia ni,lagi pun cerita dan berita ni dah tersiar dalam akhbar (Sinar Harian-25September 2010),semua orang yang baca pun tahu.Semua orang kenal dia ni,maklum pelakon siapa yang tak mengenalinya.Bila aku baca berita ni,terpacul dalam kata-kata aku 'Lawak ni'.Maklum saja orang yang di kenali buat perkara yang tak baik,curi buku..ha3,aku senyum sorang-sorang,(apapun beliau telah di bebaskan oleh mahkamah,kerana tiada bukti menunjukkan kedua-dua buah buku itu di curi tertuduh kerana tiada penandaan barang kes yang di buat pegawai penyiasat.).

Dalam hati..biarpun aku minat dengan satu-satu buku,janganlah sampai 'cilok'(curi)buku,mohon di jauhi tabiat tak baik ni,kalau tak cukup duit pun,bolehlah rasanya kumpul duit sikit-sikit,nak beli buku yang mahal harganya,janganlah aku sampai nak curi..malu aku dan keluarga aku nanti.

Apapun,berita dan cerita ini jadikanlah satu bahan iktibar buat kita semua,khususnya mereka yang minat,sayang,cinta,rindu,ghairah dengan buku ni.Biarpun teringinnya kita hendak memiliki sesebuah buku yang kita sangat idamkan,janganlah sampai mencuri,tak elok tu..!.Semangat dan minat dengan buku ni memang elok di pupuk selagi masih ada rasa keinginan yang tinggi.Buku mahal ke murah ke harganya,bila sudah minat siapa pun mampu beli,yang penting keinginan untuk memiliki sesebuah buku tercapai.

Baguslah kepada anda semua yang sangat minat membaca buku,teruskan usaha anda untuk membudayakan tabiat membaca dalam kehidupan,sesuatu yang murni harus di teruskan.Syabas untuk sahabat-sahabat blogger yang mempunyai semangat untuk terus membaca;).Ingat..Jangan mencuri..!

SELAMAT MEMBACA..!

Friday, September 24, 2010

Untuk Motivasi Diri

Mulakan pagi Anda dengan senyuman yang paling manis


Assalamualaikum semua,Alhamdulillah masih di izinkan untuk bertemu lagi pada hari ini,moga ceria dan bahagia hidup Anda pada hari ini dan untuk selama-lamanya.Setiap kali pagi kita bangun mesti terfikir sesuatu untuk kita kerjakan pada hari ini,esok atau bila-bila,adakalanya mood pagi kita tidak menentu,adakalanya ok dan adakalanya ko,mungkin di sebabkan bebanan tugas yang mengangui kita,rasa malas dan macam-macam rasa.Hari ini aku kongsikan beberapa tip yang aku dapati dari Laman Web I LOVE ISLAM.COM,untuk keceriaan pagi kita semua,agar pagi kita bermotivasi,aku tujukan untuk diriku dan untuk Anda semua;).



7 Perkara Yang Membuat Anda Bermotivasi Di Waktu Pagi


Malas, lemah, penat, longlai adalah resam jika anda bukanlah berniat dengan penuh kesungguhan dan bersemangat untuk menikmati kebahagiaan di pagi hari.Waktu pagi adalah ujian untuk anda, pagi adalah nikmat untuk anda, pagi adalah penentu arah kejayaan dan kegagalan dalam hidup anda.

Justeru itu adakah kita mahu mensia-siakannya?

Ayuh sahabat, bangkitlah! Perkara terbaik yang anda patut lakukan di waktu pagi, adalah:

1.Bersyukur, bersyukur, bersyukur
Bersyukurlah sebab anda masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, anda juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2.Tekad Bermotivasi
Pasang niat dalam hati yang anda mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua.

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang anda dari bermotivasi sepanjang hari.

3.Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi Dr Izzy di Hot FM. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4.Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah
Bila anda mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga anda dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat anda lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas betri’ saja.

Andai kata anda seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi anda dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat anda mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, anda punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang!

5.Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup Anda bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap anda. Set target apa yang anda mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai anda seorang pelajar, set target berapa bab yang anda nak ulangkaji, berapa buah buku yang anda nak baca dalam minggu ni, berapa soalan anda nak bertanya pada lecturer atau guru anda nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai anda seorang pekerja, set berapa tugas yang anda nak siapkan dan set limit masa untuk anda menyiapkan segalanya. Kecekapan seorang pekerja di nilai dari kepantasan, ketepatan dan kekemasan.

6.Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.

Setiap hari, lihat warna-warna yang cerah seperti kuning, merah, biru dan hijau. Cara ni saya dah test sendiri, berkesan sungguh!

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood anda menjadi positif.

7.Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.


Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, anda jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, anda jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

SUMBER:I LOVE ISLAM.COM

Thursday, September 23, 2010

Info Terkini Peminat Buku



Minggu ini adalah minggu 'kegilaan'. Tiga aktiviti buku besar berlaku!



Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, penyokong kuat dan pembawa semangat membaca di mana sahaja.

Kami di Baca@ mendoakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan keceriaan dalam apa jua keadaan.

Setiap hari kami merindui dan mengingati setiap wajah pencinta buku yang bersungguh-sungguh membawa khabar Baca@ di dalam blog, Facebook dan bicara mereka.

Tuan dan Cik Puan pembawa khabar gembira,

-----

Pengumuman satu

Kita baru sahaja melewati 21 September 2010. Sebagaimana semua sedia maklum, kita telah bersama-sama menyokong usaha ITNM dan Komuniti Buku Online dalam program Seminar Pencinta Buku Malaysia.

Satu seminar yang mengumpulkan bukuwan seluruh negara dan dikatakan satu acara ilmu 'penuh dewan' yang mendapat respons besar daripada peserta sendiri.

Satu khabar yang positif kepada semua kesan daripada Tuan dan Cik Puan yang hadir dan menyokong. Kesanya, satu persatu wajah baru muncul kerana adanya Tuan dan Cik Puan di sana.

Ikuti album bersejarah Baca@ bersama-sama rakan-rakan pencinta buku di sini http://bit.ly/albumlrt

Sekiranya Tuan dan Cik Puan mengikuti seminar ini, kongsikan di Wall Facebook Baca@ agar pengisian itu sampai kepada semua. Foto peribadi di seminar itu juga dialu-alukan.

---


Pengumuman kedua

Pada hari Sabtu ini, 25 September, satu lagi Baca@LRT diwujudkan oleh kumpulan pelajar universiti.

Seramai seratus orang akan terlibat dari LRT Putra pada jam 10.30 pagi.

Mereka yang mahu turut menyaksikan sejarah besar Baca@LRT Siswa ini boleh bersama-sama dan turut serta pada hari itu membawa bahan bacaan mereka.

Bagi maklumat lanjut Baca@LRT yang digerakkan oleh sayap mahasiswa ini, hubungi Ahmad Yasir Bin Khiri (0928135)
di nombor telefon 019-5512952

Gelombang baru Baca@LRT siswa Sabtu ini, 25 September 2010.


------



Pengumuman ketiga

Daripada Tuan Sayed Munawar;

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, ITNM dan Sasbadi akan menganjurkan Jejak Buku (Treasure Hunt) pada hari Ahad ini, 26 September 2010. Sinar Harian sebagai Rakan Media.

Ia menawarkan hadiah tunai;

RM3000 untuk tempat pertama,
RM2000 untuk tempat kedua
RM1000. untuk tempat ketiga

Mungkin Tuan dan Cik Puan pemenangnya! Informasihttp://bit.ly/jejakbuku

Yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja dan peserta akan menerima voucher tunai RM50 untuk belian buku serta topi dan goodies daripada penaja.

Terhad kepada 60 peserta pertama dan boleh menghubungi Suhaili/Shaza MBKM di talian seperti yang tertera di poster dilampirkan. Klik di sinihttp://bit.ly/hubungijejak

Jejak Buku ini merupakan info hunt (atau treasure hunt) mencari maklumat perbukuan sepanjang perjalanan dari Kementerian Pelajaran Putrajaya ke Pagoh di mana diadakan majlis pesta Kembara Buku melibatkan masyarakat di Pagoh.

Program akan berlangsung Ahad ini 26 September bermula pendaftaran 8 pagi di Lobi Kementerian Pelajaran, Blok E PPKP Putrajaya. Bukuwan tidak harus melepaskan peluang ini.

Klik di sini http://bit.ly/jejakbuku


---

Tiga pengumuman besar yang membawa cerita baru dalam dunia buku.

Kepada keluarga Baca@, terima kasih atas sokongan dan penglibatan.

Tanpa Tuan dan Cik Puan, ia hanya hidup dengan nama, bukan usaha.

Kita akan terus dan sama-sama membaca di mana-mana. Seorang atau ramai, kita adalah Baca@.

---

ZAMRI MOHAMAD
Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT

Wednesday, September 22, 2010

Kongsi Buku:SANGGAHAN SALAH TAFSIR ISLAM


Buku: Sanggahan Salah Tafsir Islam


Bertemu lagi dalam perkongsian buku, hari ini Aku kongsikan serba ringkas sebuah buku yang telah habis di baca tahun lalu,mudah-mudahan sama-sama mendapat manfaatnya.Buku yang bertajuk SANGGAHAN SALAH TAFSIR ISLAM siri Al-Qardhawi Membela Islam,sebuah buku hasil buah fikiran seorang Ulamak yang tersohor di seluruh dunia masakini iaitu Dr.Yusuf Al-Qardhawi,,terbitan Synergymate Sdn Bhd berharga RM 10.Buku ini mangandungi 114 muka surat.

“Kefahaman yang benar terhadap ajaran Islam adalah syarat untuk meninggikan darjat umat Islam.Semua kaedah kehidupan di dunia ini,berjalan di atas landasan ajaran Islam yang sebenar serta diredhai oleh Allah S.W.T. Oleh itu ajaran Islam perlu disebarkan ke tengah masyarakat secara berkesan beserta hujah-hujah yang benar.Supaya krisis pemikiran yang melanda umat Islam akan segeravberakhir.

Akhlak masyarakat mempunyai peranan terpenting bagi membangunkan sesebuah bangsa dan Negara.Sesebuah Negara tidak akan kuat,jika masyarakatnya tidak berakhlak. Hanya kepada Allah S.W.T.kita memohon supaya diberikan kefahaman yang benar terhadap Islam serta menuturkan kata-kata yang benar,niat yang tulus ikhlas dan mengerjakan segala amalan yang bermanfaat.Semoga beroleh rahmat dan keredhaan Allah S.W.T. di dunia dan di akhirat.”

Begitulah sinopsis yang terdapat di bahagian belakang buku ini,Masakini masih ramai dikalangan Umat Islam yang memberi salah tafsir dan tanggapan yang salah terhadap agama suci ini.Pemikiran yang menyeleweng dari ajaran sebenar Islam masih menyelinap di setiap benak minda Umat Islam.Buku ini memaparkan buah fikiran yang sangat menarik bagi menangani salah tafsir atau salah faham agama Islam dari kalangan Umat Islam sendiri dan juga orang bukan Islam.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan buku ini,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdekatan dengan Anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA