Monday, September 27, 2010

Ilmu Tinggi Akhlak Tinggi

Pembangunan Tinggi..begitu jugalah akhlak bangsanya..?


Hai..!Assalamualaikum..!bertemu lagi dengan sahabat-sahabat blogger lagi hari ni,harap semuanya sihat dan ceria-ceria selalu .Alhamdulillah..agak-agak minggu lepas berapa buah buku yang dah habis di baca?.Wah mesti banyak dan lumayan ilmu yang dah dapat ye..semoga apa yang kita baca dapat di manafaatinya.Maklum saja ilmu ni kalau nak di gali dan di cari tak pernah habis-habis,makin di cari makin banyak yang belum sempat kita pelajari makin banyak yang perlu kita buru dan pelajari.

Ilmu itu sangat penting dalam membina satu tamadun sesuatu bangsa,ia merupakan prasyarat yang utama.Tanpa adanya ilmu pengetahuan yang luas mana mungkin sesuatu bangsa itu dapat di lihat kuat dari segi urus tadbir negaranya.Ilmu adalah segala-galanya dalam pembentukan syahsiah yang unggul demi bangsa yang kuat dan tamadun yang tinggi.

Banyakkanlah membaca dan jadikanlah ia satu budaya hidup kita,jika mahu melihat bangsa kita di hormati dan di pandang tinggi,kerana dengan adanya ilmu yang luas, akan menjadikan Negara kita lebih maju dan mempunyai kekuatan dari segi sosil,budaya yang kuat dan padu.

Ibnu Khaldun dalam kitabnya yang cukup terkenal Muqaddimah menukilkan,”Kekuatan ilmu bukan saja menjadi syarat dan pelengkap kepada kekuatan fizikal,malah memberi arah dan makna kepada manusia dan bangsa tersebut.”

Dengan adanya ilmu menjadikan bangsa itu maju bukan saja dari segi meterialnya sahaja tetapi budi bicara,akhlak sosial masyarakatnya menjadi cukup cantik dan menarik.Itu yang kita mahu hasil dari ilmu pengetahuan yang luas.

Apa maknanya pembangunan tinggi mencakar langit jika akal budi rakyat atau bangsanya hancur dan tidak menunjukkan akhlak yang tinggi seperti bangunan yang tinggi mencakar langit itu.Ilmu yang kita cari dan dapatinya kita amalkan dalam kehidupan berkeluarga,bersahabat dan juga bermasyarakat,hasil dari itu akan terbinalah satu tamadun bangsa yang tinggi ilmunya dan tinggi akhlaknya.

Justeru itu marilah kita mulakan dari sekarang,supaya nanti Negara kita akan terus memacu dengan hebat dalam membina tamadun bangsanya dengan ilmu,amal dan Iman.Jadilah Malaysia nanti sebuah Negara yang aman,makmur dan harmoni di Rahmati dan di Redai Allah.

Sekian..!

Selamat Membaca..!

No comments:

Post a Comment