Thursday, September 23, 2010

Info Terkini Peminat Buku



Minggu ini adalah minggu 'kegilaan'. Tiga aktiviti buku besar berlaku!



Assalamualaikum wbt

Tuan dan Cik Puan, penyokong kuat dan pembawa semangat membaca di mana sahaja.

Kami di Baca@ mendoakan Tuan dan Cik Puan berada dalam keadaan sihat, dipermudahkan urusan, dikurniakan keceriaan dalam apa jua keadaan.

Setiap hari kami merindui dan mengingati setiap wajah pencinta buku yang bersungguh-sungguh membawa khabar Baca@ di dalam blog, Facebook dan bicara mereka.

Tuan dan Cik Puan pembawa khabar gembira,

-----

Pengumuman satu

Kita baru sahaja melewati 21 September 2010. Sebagaimana semua sedia maklum, kita telah bersama-sama menyokong usaha ITNM dan Komuniti Buku Online dalam program Seminar Pencinta Buku Malaysia.

Satu seminar yang mengumpulkan bukuwan seluruh negara dan dikatakan satu acara ilmu 'penuh dewan' yang mendapat respons besar daripada peserta sendiri.

Satu khabar yang positif kepada semua kesan daripada Tuan dan Cik Puan yang hadir dan menyokong. Kesanya, satu persatu wajah baru muncul kerana adanya Tuan dan Cik Puan di sana.

Ikuti album bersejarah Baca@ bersama-sama rakan-rakan pencinta buku di sini http://bit.ly/albumlrt

Sekiranya Tuan dan Cik Puan mengikuti seminar ini, kongsikan di Wall Facebook Baca@ agar pengisian itu sampai kepada semua. Foto peribadi di seminar itu juga dialu-alukan.

---


Pengumuman kedua

Pada hari Sabtu ini, 25 September, satu lagi Baca@LRT diwujudkan oleh kumpulan pelajar universiti.

Seramai seratus orang akan terlibat dari LRT Putra pada jam 10.30 pagi.

Mereka yang mahu turut menyaksikan sejarah besar Baca@LRT Siswa ini boleh bersama-sama dan turut serta pada hari itu membawa bahan bacaan mereka.

Bagi maklumat lanjut Baca@LRT yang digerakkan oleh sayap mahasiswa ini, hubungi Ahmad Yasir Bin Khiri (0928135)
di nombor telefon 019-5512952

Gelombang baru Baca@LRT siswa Sabtu ini, 25 September 2010.


------



Pengumuman ketiga

Daripada Tuan Sayed Munawar;

Majlis Buku Kebangsaan Malaysia, ITNM dan Sasbadi akan menganjurkan Jejak Buku (Treasure Hunt) pada hari Ahad ini, 26 September 2010. Sinar Harian sebagai Rakan Media.

Ia menawarkan hadiah tunai;

RM3000 untuk tempat pertama,
RM2000 untuk tempat kedua
RM1000. untuk tempat ketiga

Mungkin Tuan dan Cik Puan pemenangnya! Informasihttp://bit.ly/jejakbuku

Yuran penyertaan hanyalah RM100 sahaja dan peserta akan menerima voucher tunai RM50 untuk belian buku serta topi dan goodies daripada penaja.

Terhad kepada 60 peserta pertama dan boleh menghubungi Suhaili/Shaza MBKM di talian seperti yang tertera di poster dilampirkan. Klik di sinihttp://bit.ly/hubungijejak

Jejak Buku ini merupakan info hunt (atau treasure hunt) mencari maklumat perbukuan sepanjang perjalanan dari Kementerian Pelajaran Putrajaya ke Pagoh di mana diadakan majlis pesta Kembara Buku melibatkan masyarakat di Pagoh.

Program akan berlangsung Ahad ini 26 September bermula pendaftaran 8 pagi di Lobi Kementerian Pelajaran, Blok E PPKP Putrajaya. Bukuwan tidak harus melepaskan peluang ini.

Klik di sini http://bit.ly/jejakbuku


---

Tiga pengumuman besar yang membawa cerita baru dalam dunia buku.

Kepada keluarga Baca@, terima kasih atas sokongan dan penglibatan.

Tanpa Tuan dan Cik Puan, ia hanya hidup dengan nama, bukan usaha.

Kita akan terus dan sama-sama membaca di mana-mana. Seorang atau ramai, kita adalah Baca@.

---

ZAMRI MOHAMAD
Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT

No comments:

Post a Comment