Monday, August 30, 2010

Selamat Menyambut Kemerdekaan Yang Ke-53

Salam kemerdekaaan..!


Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dalam ruangan alam siber ini,kita kini berada di dalam bulan yang sering di namakan bulan kemerdekaan,kemerdekaan dari penjajahan asing terhadap Negara kita yang dicintai.Saban tahun Negara kita akan mengadakan pelbagai program dan aktiviti bagi menyambut hari kemerdekaan Negara kita,bagi menunjukkan rasa bangga dan syukur tentang kemerdekaan Negara.

Kini Malaysia sudah 53 tahun dalam kemerdekaan,pelbagai kemajuan dan kejayaan telah dicapai dan dikecapi oleh segenap lapisan masyarakat.Kemajuan dan kejayaan ini sudah tentunya telah banyak mengorbankan keringat peluh ,tenaga bahkan nyawa sekalipun oleh mereka yang terdahulu,mereka yang memperjuangkan kemerdekaan,demi melihat Negara kita bebas dari penjajahan asing.

Harganya terlalu mahal buat mereka,biarpun mereka tidak meminta balasan.Namun sebagai warganegara yang prihatin dan menghargai jasa-jasa mereka yang terkorban dalam memperjuangkan kemerdekaan tanah air tercinta,kita haruslah mengetahui dan ambil peduli dengan setiap apa yang mereka lakukan untuk Negara kita hingga mencapai kemerdekaan,sehingga hari ini kita generasi yang terkemudian menikmati hasil perjuangan mereka,kemerdekaan ini haruslah dipertahankan walaupun dengan titisan darah sekalipun.

Nikmat keamanan yang Allah berikan kepada kita,sewajarnya di pertahankan dan kita menghargainya dengan rasa keinsafan.Sebagai sebuah Negara yang memilki pelbagai rumpun bangsa dan agama,marilah kita bersatu padu demi melihat Malaysia yang indah,makmur dan harmoni.berkasih saying di antara satu sama lain,eratkan perpaduan dan persaudaraan sesame kita di atas nama agama yang kita cintai dan di redai Allah SWT.Buangkan rasa keakuan pada setiap bangsa yang wujud dalam jiwa masing-masing,kita adalah masyarakat malaysia yang muhibbah.Kita adalah masyarakat Malaysia yang mahukan kesaksamaan,namun tidaklah sampai membelakangkan agama dalam kehidupan kita.

Inilah indahnya kehidupan masyarakat Malaysia yang unik,yang terdiri daripada tiga rumpun bangsa dan agama, Melayu dengan Islamnya,Cina dengan Budhanya,India dengan
Hindunya dan yang lain-lainya dengan bangsa dan agamanya,masing-masing berpegang teguh dengan kefahaman dan kepercayaan masing-masing tanpa menganggu-gugat kepercayaan masing-masing,mereka mengamalkan kepercayaan mereka dengan aman dan harmoni sekali…inilah Malaysia yang indah dan unik.Dengan anugerah keamanan dan keharmonian ini,janganlah hendaknya ada yang cuba membuat sesuatu yang boleh mendatangkan mudarat pada Negara kita.Setiap warga tidak kira melayu,Cina,India,Dayak,Kadazan dan yang lainnya mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan Negara kita.

‘Cintakan Negara Sebahagian Dari Iman’

Justeru itu,marilah kita sebagai masyarakat yang berjiwa petriotik,yang sayangkan negaranya,sama-sama menyumbangkan sesuatu untuk kemajuan dan kejayaan Negara untuk seterusnya,kita gunakan segala sumber kepandaian dan kebijaksanaan yang kita ada untuk Negara,bergantung kepada kelebihan masing-masing.Insyallah,dengan ini setiap warga tidak akan ketinggalan dalam memberi sumbangan kepada kemajuan dan kejayaan untuk Negara kita.Semoga harapan ini akan menjadi kenyataan pada satu masa nanti untuk melihat Malaysia menjadi sebuah Negara yang lebih terkenal ke seluruh dunia.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN..!

Sunday, August 29, 2010

Perpustakaan Mini di Rumah

Sebahagian buku yang ada di ruang membaca

Assalamualaikum semua,moga terus sukses dalam melayari kehidupan ini,bagaimana bulan puasa ni,banyak membaca?..di harap begitulah ye..macam mana dengan rumah anda,ada sediakan sudut bacaan atau perpustakaan mini di rumah?.Kalau ada baguslah,kalau belum atau baru mahu merancang nak buat ikutilah tip di bawah ini.Tip ini aku dapati dari sebuah laman blog,aku ada linkkan alamat tersebut di bawah,moga ada manfaat untuk Anda semua.

Anda minat membaca? Kalau jawapannya ya.. anda juga boleh menggalakkan minat semua ahli keluarga membaca. Bermula dari rumah dan seterusnya di mana sahaja. Beberapa tips yang diperolehi dalam sebuah buku : Panduan menjadi Ibu Bapa Cemerlang.

Perpustakaan Mini di Rumah

1. Untuk galakkan semua ahli keluarga membaca
2. Membudayakan ilmu pengetahuan
3. Pemilihan ruang (bilik khas/ruang khas)
4. Bahan bacaan - majalah, buku cerita, biografi dll.
5. Peralatan sokongan - meja tulis, peralatan menulis, rak buku yang bersesuaian (buku mudah dicapai)
6. Suasana yang kondusif
7. Mendidik anak sejak usia 2 tahun untuk membaca.
8. Buku-buku berkaitan abjad, nombor, buku bergambar.
9. Kongsi masa bersama-sama membaca di bilik bacaan/ruang perpustakaan di rumah / di mana sahaja.
10. Sekurang-kurangnya 30 mint sehari.
11. Bagi yang Islam - membaca al-Quran setiap kali selepas solat.
12. Buku-buku rujukan agama, tafsir hadis dan sebaginya juga boleh ditempatkan di ruang bacaan.
13. Poster bergambar untuk membantu minat anak-anak belajar dan membaca.
14. Peruntukan kewangan setiap bulan (jika perlu) untuk menambah koleksi buku

Budaya membaca sejak kecil akan menggalakkan anak-anak terus membaca sehingga bila-bila tanpa jemu.

Saya juga pernah mendengar kata-kata ini..

"Jika mahu menulis sebuah buku, kita perlu membaca seribu buku."

"Lagi banyak yang kita baca, semakin banyak yang kita tidak tahu."

Semoga sikap dan tabiat membaca semakin subur dalam setiap rakyat Malaysia.

Saturday, August 28, 2010

Menjana Tranformasi..Bagaimana Kita Meraikannya?

Satu acara pada malam merdeka

Alhamdulillah pada tahun ini kita akan menyambut sekali lagi hari kemerdekaan yang ke-53,ini bermakna Negara kita sudah lama bebas dari belenggu penjajahan,sudah semestinya kita mengucapkan syukur yang tidak terhingga kepada Allah dan ucapan terima kasih kepada para pejuang yang berjuang membebaskan Negara kita dari cengkaman penjajah,harga yang sangat mahal untuk di nilai buat mereka.Apapun kita sebagai generasi penerus yang mewarisi amanah ini haruslah mempertahankan kemerdekaan ini.

‘Satu Malaysia Menjana Tranformasi’ begitulah cogankata hari kemerdekaan yang ke-53 pada tahun ini.Slogan yang sangat bermakna dengan satu cita-cita yang tinggi untuk melihat Malaysia sebagai Negara yang membawa kemakmuran pada rakyatnya(mudah-mudahan begitulah..).Dengan satu matlamat untuk membawa satu perubahan pada Malaysia yang lebih maju dan unggul di mata dunia.Dari segenap sudut,ekonomi,politik,social,akan menghadapi satu tranformasi yang bersepadu,yang telah di rancang oleh pihak kerajaan.Mudah-mudahan bukan hanya segilintir yang menikmati hasilnya nanti,biarlah rakyat benar-benar di utamakan.

Seperkara yang sering menjadi perbualan masyarakat ,apabila datangnya hari kemerdekaan adalah acara sambutannya,adakalanya tidak memenuhi dan menepati matlamat kemerdekaan itu sendiri,apa tidaknya,ia lebih menjurus pada hiburan yang melalaikan,bukan tiada acara yang merangsang minda,tetapi apa yang dilihat lebih pada hiburan.Kita tidak menyalahkan hiburan,Cuma yang kita pertikai cara sambutan yang tak sesuai dengan mesej yang hendak di sampaikan dalam ertikata kemerdekaan atau merdeka.Untuk kali ini biarlah bersesuaian dengan selogan Menjana Tranformasi,barulah Nampak keseriusan pihak kerajaan dalam menyambut dan mengajak rakyatnya memahami erti kemerdekaan.

Tidaklah kita mahu nanti,keluar berita,lahirnya anak-anak luar nikah,akibat malam merdeka di raikan denga sebebasnya oleh kalangan remaja kita.Jika kita hanya menjurus kepada acara-acara hiburan yang melalaikan memang itulah hasilnya,apa tidaknya media-media juga mempromosikan seluas-luasnya acara yang berbentuk hiburan ini pada malam kemerdekaan.Kita mengharapkan pihak kerajaan peka dalam hal ini,bukan saja peka tapi bertindak dengan bersungguh-sungguh untuk mengelakan dari acara-acara yang melalaikan.

Biarlah dalam kita meraikan hari kemerdekaan ini,kita lebih pada acara yang membina minda masyarakat,menginsafi susah payah,pahit maung para pejuang kemerdekaan kita.dedahkan masyarakat seluas-luasnya tentang sejarah sebenar kemerdekaan kita,tokoh-tokoh pejuang,Media memainkan peranan yang lebih agresif untuk memberikan pengetahuan pada masyarakat.Ceramah-ceramah,motivasi,bengkel,seminar dan apa saja acara yang menjurus pada pembinaan minda dah syaksiah diri masyarakat hendaklah di utamakan,barulah matlamat MENJANA TRANFORMASI akan tercapai,jika tidak sebaliknya akan berlaku,seperti yang saya tuliskan di atas tadi..asyik hiburan ,hasilanya remaja lahirkan anak tak berbapa..!

Oleh demikian,apa-apapun acara yang hendak kita raikan dalam menyambut kemerdekaan,biaralah tidak merugikan masyarakat Malaysia,bangsa,budaya dan yang penting agama serta nilai-nilai ketimuran masyarakat Malaysia.Apa yang penting adalah kesedaran kita mempertahankan dan menjayakan cita-cita Malaysia yang aman dan makmur serta di rahmati dan diredai Allah.

Sekian..Jumpa lagi..!

Di bawah ini aku kongsikan satu artikel Rencana dari Kosmo Online:

Rentas jalan menuju merdeka


MENJELANG detik 31 Ogos pada Selasa ini, maka genap 53 tahun Malaysia mengecapi kemerdekaan. Bagi sesetengah orang, terutamanya generasi muda pasca merdeka, emosi untuk merayakan hari kebebasan ini tidak lebih hanya mengambil bahagian dalam mengibarkan Jalur Gemilang.

Sama ada ia simbol jati diri ataupun sekadar mengikut trend semasa, apa yang pasti golongan veteran pramerdeka lebih bersemangat tatkala bulan kelapan tahun Masehi ini mencapai ke penghujungnya.

Nama-nama besar seperti Tunku Abdul Rahman Putra, Datuk Onn Jaafar, Tun Tan Cheng Lock atau Tun Sambanthan memang terkenal dan dikagumi.

Usaha dan jasa mereka mendapatkan kemerdekaan untuk negara tidak disangkal, namun masih terdapat ribuan nama lain yang turut menyumbang kepada kebebasan, keamanan serta kesepaduan lebih 27 juta rakyat Malaysia pada hari ini.

Wira-wira yang tidak dicanang ini, walaupun nama mereka sangat jarang disebut, penghormatan tetap perlu diberikan atas usaha mereka membawa Malaya menjadi sebuah negara yang amat bertuah untuk didiami.

baca seterusnya...

Thursday, August 26, 2010

Baca… jangan tak baca

Bacalah buku untu manfaat Anda


Assalamualaikum kepada Anda semua,semoga sihat semuanya,di harapkan bulan mulia ini,Anda semakin bersemangat untuk terus membaca bahan-bahan yang bermanfaat untuk diri sendiri.Dalam kesempatan pertemuan ini aku nak kongsikan satu tip berkenaan dengan membaca,tip yang aku kutip dari Laman web Dr.Irfan Khairi,semoga tip ini ada manfaatnya untuk kita bersama;,aku kongsikan untuk Anda semua.



"...Tanamkan sikap membaca. Leaders are readers!

Orang yang berjaya adalah mereka yang suka membaca. Berapa banyak anda perlu membaca?
Di sini adalah tipnya…

Baca sekurang-kurangnya 1 jam setiap hari. Sebaiknya membaca buku ilmiah yang berkaitan dengan bidang anda dan juga bahan-bahan yang boleh membangunkan nilai diri anda sendiri (Bukan baca novel cinta)

Sekiranya anda membaca 1 jam sehari, secara purata, anda akan menghabis satu buku setiap minggu. Sekiranya anda membaca 1 buku seminggu, anda akan dapat menghabiskan 4 buku sebulan. Ini bererti dalam masa setahun anda akan menghabiskan 48 buah buku. Sekiranya anda meneruskan selama 3 tahun, anda akan membaca 144 buah buku.

Tahukah anda bahawa kebanyakan pakar-pakar industri yang berjaya dan mencapai tahap jutawan telah membaca >100 buah buku yang berkenaan bidang masing-masing?

Semuanya bermula dengan hanya membaca 1 jam sehari, dan anda akan menjadi pakar industri anda dalam masa 3 tahun dari sekarang!..."

Ha..!..macam mana dengan tip ini?..sangat bagus bukan..semoga kita dapat guna dan manfaatkan tip ini.

Jumpa lagi..!

Wednesday, August 25, 2010

Terima Kasih..!

Nur Dania Balqis pun minat novel tau..

Alhamdulillah dengan izin Allah,hari ini dapat bertemu lagi,Syukur dapat berkongsi sesuatu dengan sahabat-sahabat blogger semua,hari ni aku hanya sekadar ingin membuat serba sedikit ucapan untuk sahabat blogger yang juga seorang penulis.Oh ya..terlebih dahulu aku nak ucapkan selamat berpuasa kepada sahabat-sahabat blogger semua,semoga puasa dan amalan kita di terima oleh Allah Swt.Semoga kita semua di lindungi dan di Rahmati Allah selalu.

Ucapan terima kasih saya tujukan pada sahabat,kerana hadiah buku-buku hasil tulisan beliau,yang berupa novel.Empat buah buku kesemuanya,termasuk satu novel terbaru beliau yang bertajuk ‘Sanubari Pujaan’.InsyaAllah akan aku baca kesemuanya nanti.Selain novel beliau juga menulis buku’Kasihmu Semerbak Firdausi’ yang kini berada di pasaran.Beliau sedang menyiapkan satu lagi buah fikiran yang terbarunya,untuk beliau aku ucapkan semoga sukses dan moga buku terbaru itu segera terbit.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih pada Puan Ruhana bin Mohd Zaki,hadiah buku itu sebagai satu perangsang buat aku untuk aku mulakan sesuatu untuk aku..kata-kata beliau pada aku..”Bila nak mula..?”.InsyaAllah akan mula.

Novel-novel tersebut;

1)Alunan Rindu-2006


2)Seteguh Cinta-2007



3)Jika Kau Kekasih-2008



4)Sanubari Pujaan-2010

Tuesday, August 24, 2010

Untuk Siapa Amalan Kita

Betulkan niat setiap urusan kerja kita


Alhamdulillah,segala puji bagi Allah yang masih mengizinkan kita bertemu lagi dalam ruang siber yang luas ini,mudah-mudahan segala kerja kita di nilai oleh Allah sebagai ibadah.Dengan izinNya juga kita masih dapat menjalani ibadah puasa dengan suasana yang aman dan tenang tidak sebagaimana yang di hadapi oleh saudara-saudara kita di Palestin,Afghanistan,Pakistan dan yang lain-lainnya,mereka berpuasa dalam keadaan Negara mereka menghadapi bencana dan juga ujian yang Allah timpakan atas mereka,jadi bagi kita di Malaysia sudah barang tentunya mengucapkan rasa kesyukuran yang amat tinggi pada Allah SWT,kerana nikmat keamanan yang di berikan.

Dalam pertemuan hari ini,marilah kita sama-sama merenung kepada setiap aktiviti,perbuatan atau amalan kita sehari-harian ini,apakah kita niatkan sebagai ibadah atau sebaliknya.Cantiknya dan Indahnya Islam ini diturunkan kepada seluruh manusia dengan adanya peraturan-peraturan yang sangat sesuai dengan naluri setiap manusia.Ada hukum wajib,sunat,harus,haram ,makruh.Hukum wajib,sunat dan harus adalah terlibat secara langsung dalam persoalan ibadah dalam Islam,manakala perkara haram dan makruh tidak boleh kita laksanakan kerana ia tidak boleh di jadikan ibadah,ia merupakan hukum larangan dari Allah SWT.

“Tidak aku jadikan jin dan manusaia melainkan untuk beribadah kepada Aku..”

Itulah matlamat hidup kita di jadikan Allah di atas muka bumi ini,dengan melaksanakan segala perintahnya dan menjauhi segala laranganya.Dengan seluruh perbuatan dan perkerjaan yang di lakukkan kita niatkan semata-mata kerana Allah.Mari kita periksa balik apakah selama ini segala yang kita lakukan memenuhi lima perkara seperti syarat di bawah;

1)Niat kerana ALLAH.

2)Sah menurut syariat.

3)Perlaksanaannya sah menurut Islam.

4)Natijahnya baik.

5)Tidak meninggalkan ibadah asas contohnya Solat dan lain-lain.

Cuba kita ambil satu perbuatan atau perkerjaan yang hendak kita lakukan,kemudian periksa satu persatu apakah kerja yang kita lakukan memenuhi lima syarat di atas.Apa saja yang kita mahu lakukan seperti berniaga,menulis,mencari nafkah,mencari ilmu,berhibur dan sebaginya hendaklah menepati syariat yang Allah perintahkan.Mudah-mudahan segala perbuatan atau amalan yang kita laksanakan memenuhi lima prinsip di atas,dengan mengikuti syariat yang tepat segala amalan kita pasti di terima oleh Allah sebagai ibadah yang sempurna.

Semoga perkongsian yang ringkas ini dapat di jadikan bahan untuk berfikir.

Sekian.

Monday, August 23, 2010

Muhasabah Diri:Salah Pada Allah Dan Manusia

Kita adalah hamba yang selalu membuat kesilapan

Bagaimana dengan Anda semua,hari ini? Moga terus tabah dalam mengharungi hari-hari yang mendatang,semoga hari ini memberi kebahagian dan ketenangan kepada Anda semua,lebih-lebih lagi kita berada dalam bulan yang penuh dengan keberkatan.Sudah seharusnya kita mengambil peluang terbaik ini,untuk kita sama-sama memperbaiki diri.Almaklum sebagai manusia kita tidak terlepas dari kelemahan diri,salah silap yang mungkin kita tidak sedari sama ada dengan Allah Swt atau pun dengan manusia.

Kesalahan Kita Pada Allah Swt

Marilah kita muhasabah diri kita,mencari-cari kesilapan diri dan bermohon taubat pada Allah Swt,sesungguhnya Allah suka pada hambanya yang bertaubat,jangan tanguh-tanguh masa taubat kita,selagi ada masa dan kesempatan ini,kita gunakan untuk bermunajat dan bertaubat pada Allah Swt.Dosa-dosa kita yang kita lakukan saban hari tanpa disedari akan menjadi hijab untuk kita menerima hidayah dari Allah Swt.

Peluang selama sebulan Ramadan ini,kita gunakan untuk amal ibadah,siangnya kita berkerja bersungguh-sungguh demi untuk menyara kehidupan kita sekeluarga malamnya pula kita penuhi surau atau masjid tempat kita dengan solat jemaah,solat terawih,qiamualial,membaca Al-Quran,berzikir dan bertaubat padaNya.Dengan itu kebahagian dan ketenangan akan menyebelahi kita.Alangkah indahnya jika kita lakukan ini dengan istiqamah.

Perbanyakkan doa pada Allah,sebagaimana kita tahu Doa itu senjata orang mukmin,jangan kita lepaskan peluang di bulan yang mulia ini dengan berdoa banyak-banyak padaNya,Ingatlah Allah maha mendengar hamba-hambanya yang meminta padaNya,kita sebagai manusia yang sering lalai sudah pastinya ada banyak yang kita mahu pohon padaNya,jangan menjadai manusia yang sombong,selepas solat kita tidak mahu mohon apa-apa permohonan dariNya.Sedangkan kita memerlukannya setiap waktu dan detik,kerana Allahlah tempat pergantungan kita semua.Ingatlah bila kita dekat dengan Allah,Allah pasti akan dekat dengan kita dan akan mendengar segala permintaan kita.

“Apabila hamba-hambaku bertanyakan tentang Aku, maka katakanlah bahawasanya Aku amat dekat.”

(Al-Baqarah:186)

Kesalahan Kita Pada Manusia

Kepada sesama manusia juga kita sering melakukan kesalahan,masing-masing punyai ego tersendiri.Kesalahan yang kecil di perbesarkan sehingga berlaku permusuhan hingga tidak bertegur sapa,kita semua maklum,seandainya kita memutuskan tali silaturahim itu,memungkinkan kita tidak akan mencium bau syurga,mencium tak tahu lagi,masuk lagilah,mahu ke kita tergolong dari manusia yang memutuskan silaturahim?.

Buangkan rasa ego masing-masing bermaaf-maafanlah jika ada,masing-masing ada kelemahan.Antara anak dan Ibu bapa,jika ada,mohonlah ampun maaf padanya,lebih-lebih lagi dalam bulan yang mulia ini,jangan kita menderhakainya,ingat hidup kita pasti takkan bahagia dan tenang sekiranya kita ada kesalahan dan menyakiti hatinya,mohon maaflah padanya,sesungguhnya hati ibu Ayah pasti lembut mahu menerima kesilapan anaknya.

Ingatlah..! Murka keduanya kemurkaan Allah,Reda keduannya keRedaan Allah swt.Justeru itu wahai anak bertemulah Ibu ayahmu jika dirimu ada dosa padanya.

Juga pada Suami Isteri,maklum saja kehidupan rumahtangga juga tidak sunyi dari perselisihan faham,salah sangka,sakit hati dan sebagainya,bak kata alangkah lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.Perselisihan faham berpunca dari perkara kecil dalam rumahtangga juga boleh meruncing jika tidak ditangani dengan baik,si suami sebagai ketua keluarga sepatutnya memainkan peranan sebagai pendamai bukanya mengusutkan lagi kekusutan yang sedia ada,masing-masing boleh bertolak ansur,maaf bermaafan,akhirnya kesilapan masing-masing dapat dirungkai kerana masing-masing sudah mengakui kesilapan mereka.Bukankah elok begitu?.

Apa saja kesilapan antara manusia kita boleh selesaikan dengan baik,buangkan rasa ego pasti keharmonian yang kita idamkan pasti terjadi.Jadi bermaafan lah sesama kita,kerana antara kita sesama kita saling perlu memerlukan.

“Sesungguhnya orang yang beriman itu bersaudara,maka perdamaikanlah kedua antara mereka yang bertelagah, dan bertakwalah kamu kepada Allah Swt,moga-moga kamu beoleh Rahmat”.

(Al-Hujurat:11)

Oleh itu sayangilah diri kita,keluarga kita,masyarakat kita agar nanti terbina satu
kehidupan yang harmoni.Sesungguhnya apa yang kita lakukan akan di nilai oleh Allah Swt.Semoga kita menjadi manusia yang benar-benar beriman dan bertaqwa.

Sekian..Jumpa lagi..!

Sunday, August 22, 2010

Hidup Pasti Di Uji

Sakit juga ujian dari Allah..

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi,semoga Anda semua berada dalam lindungan dan Reda Allah selalu.Semoga segala amal bakti kita didunia ini mendapat ganjaran dariNya.

Dalam mengharungi kehidupan ini,kita tidak sepi dari menghadapi bermacam ujian dan dugaan yang kita pasti akan tempuhi,ujian-ujian itu bermacam bentuknya,ia berupa sakit,kehilangan seseorang yang kita sayangi,fitnah dan bermacam lagi bentuk ujian.Tidak akan ada yang terlepas dari menerima ujian dan dugaan ini.

“Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan (saja) menyatakan,”Kami telah beriman sedang mereka tidak diuji”

(Al-Ankabut:2)

Cuba kita bandingkan ujian dan dugaan yang sedang kita hadapi dengan ujian para Rasul dan Nabi serta para pejuang yang terdahulu,ujian yang mereka hadapi lebih hebat dari kita,renungi maksud hadis Nabi SAW INI;

“Di antara orang-orang sebelum kamu dahulu ada disiksa dengan ditanam hidup-hidup,ada yang dibelah dengan sisir besi antara daging dan tulangnya,tetapi siksaan-siksaan itu tidak menggoyahkan tekad mereka untuk tetap mempertahankan Ad-Diinnya..”

Apakah kita lupa sejarah perjuangan para Nabi,Rasul dan Solafusoleh?Ambil satu contoh untuk kita mengambil hikmah dan pengajarannya,bagaimana hebatnya ujian yang di hadapi oleh Nabi Ayub As,beliau telah diuji Allah dengan penderitaan dan penyakit yang menyerang anggota badanya sehinggakan Baginda tidak mampu lagi untuk berkerja untuk menyara diri dan keluarganya.Di samping itu Allah uji baginda dengan kematian anak-anaknya yang di sayanginya,bayangkan dalam keadaan yang begitu derita dengan penyakitnya Allah ambil anaknya,sedang baginda dalam situasi begitu sangat memerlukan anak-anaknya.Namun,apakah ujian itu membuatkan baginda putus asa dalam hidup?

Bahkan tidak sekali-kali tidak,Baginda saban hari,saban malam berdoa dengan penuh harapan supaya di sembuhkan penyakitnya.Bayangkan baginda terlantar selama tujuh tahun menghadapi ujian itu.Akhirnya dengan berkat kesabaran dan ketabahan baginda, Allah swt telah mendengar segala penggaduan dan rintihan doanya setiap kali bermunajat pada Allah swt.Allah telah menyembuhkan penyakitnya yang selama ini menimpa dirinya.

“Maka Kami pun memperkenankan seruannya itu,lalu Kami lenypkan penyakit yang ada padanya dan Kami kembalikan keluarganya kepadanya,dan Kami lipat gandakan bilangan mereka sebagai satu Rahmat dari sisi Kami dan untuk menjadi peringatan bagi manusia yang menyembah Allah.”

(Al-Anbiya:84)

Bagaimana?..hebat bukan ujian yang mereka hadapi?..kita bagaimana..?,Kita,Allah baru uji satu malam tidur tak pasang ubat nyamuk dah rasa macam tersiksa yang amat sangat,ada yang baru diuji kehilangan pasangan hidup,putus cinta,rasanya macam dunia ini gelap dan tiada masa hadapan untuk hidup lagi,malah sanggup gantung diri atau minum racun untuk mengelakkan ujian yang berterusan.Alangkah lemah daya juang dan keyakinan hidup mereka ini,ujian yang tidak seberapa mengakibtkan dirinya dihumban ke neraka Allah yang amat dahsyat.na’uzubillah min’zalik!

Justeru itu marilah kita hadapi segala rintangan,ujian dan dugaan hidup ini dengan sabar,Allah menjadikan sesuatu ujian dan dugaan tentu ada hikmah dan pengajarannya.Untuk itu kita harus reda dengan ujian yang Allah timpakan pada kita,kita usaha,berdoa dan bertawakal semoga ujian dan dugaan yang menimpa kita dapat di ringankan.Sesungguhnya Allah maha mendengar segala rintihan hamba-hambanya,yakinlah Allah pasti memakbulkan permohonan kita.

Sekian.Jumpa Lagi..!

Thursday, August 19, 2010

Bagaimana Kematian Kita..?

Mati itu pasti..!

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada Anda yang masih sudi bertandang di blog ini,pada pertemuam hari ini,aku kongsikan tulisan yang pernah aku tulis dalam blog anak aku,hari ini aku kongsikan semula dalam blog ini,semoga dapat di jadikan bahan berfikir dan muhasabah.Sesekali berfikir tentang kematian,mati itu datang tiba-tiba...setiap yang bernyawa pasti menemui kematian..!,sudikan untuk membacanya.

Saban hari kita di sajikan dengan berita kematian yang pelbagai,beberapa hari yang lalu banyak kejadian kemalangan yang sangat tragis dan mengerikan,Kejadian yang sebegini sudah tentunya menyentuh hati dan naluri kita sebagai manusia,kita di perlihatkan dengan wajah-wajah kematian yang sangat menyayat hati kita,terdetik kah di dalam hati kita pertanyaan seperti Bagaimana kah saat kematian ku? Macam mana kematian ku nanti?,Atau kejadian-kejadian yang berlaku dihadapan kita tidak pernah membuahkan persoalan seperti itu atau langsung tidak member keinsafan kepada kita semua?,Sudah tentunya kejadian itu bukan sengaja Allah tunjukkan kepada kita,di sebaliknya ada maksud tersirat yang kita sama-sama mesti merenung dan memikirkannya.

Kematian adalah satu detik yang pasti,yang semua orang akan merasainya,sesuatu yang sangat pasti terjadi dalam kehidupan setiap yang bernama manusia,mahu atau tidak ia pasti datang dan menjemput kita,mahu lari ataupun mahu menghindarinya silakan! Tapi mampu kah kita?Waktu ni kita tidak tahu bila?Di mana? Bagaimana? Saat atau detik yang bernama kematian bakal menjemput kita.Segala-galanya dalam pengetahuan Allah SWT.

Mari kita fahami maksud-maksud firman Allah tersebut sebagai bahan renungan dan muhasabah diri kita:

“Katakanlah,Sesungguhnya sekiranya kamu melarikan diri daripada kematian,ia tetap menemuimu.Kemudian kamu dikembalikan kepad Allah yang mengetahui perkara ghaib dan nyata,lalu dia khabarkan kepadamu apa yang kamu lakukan di dunia.’

(Surah al-Jumuah,ayat 8)

“Katakanlah,Lari itu sekali-kali tidak berguna bagimu.Sekiranya kamu melarikan diri dari kematian ataupun pembunuhan dan sekiranya kamu terhindar daripada kematian,kamu tidak mengecap kesenangan kecuali sebentar sahaja.’

(Surah al-Ahzab,ayat 16)

“Allah sekali-kali tidak menangguhkan kematian seseorang apabila tiba waktu kematiannya dan Allah maha mengetahui apa yang kamu kerjakan.”

(Surah al-Munafiqun,ayat 11)

“Dialah yang menciptakan kamu daripada tanah.Sesudah itu,Allah menentukan ajalmu.Kemudian,ada satu lagi ajal yang ada di sisinya dan hanya dia yang mengetahuinya,sedangkan kamu ragu-ragu berkenaan kebangkitan itu.”

(Surah al-An’am,ayat 2)

“Apa yang ada di sisimu akan lenyap dan apa yang ada di sisi Allah adalah kekal.Sesungguhnya kami member balasan kepada orang-orang yang sabar dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang mereka kerjakan.”


(Surah an-Nahl,ayat 96)


“Katakanlah,’Aku tidak berkuasa mendatangkan mudarat dan manfaat kepada diriku melainkan apa yang dikehendaki Allah.’Setiap umat memiliki ajalnya.Apabila datang ajal kepada mereka,mereka tidak dapat mengundurkannya sesat pun dan tidak pula dapat mendahulukannya.”


(Surah Yunus,ayat 49)

Semoga petikan maksud ayat Quran tadi dapat kita jadikan peringatan untuk kita yang selalu alpa dan terleka dengan dunia yang sementara ini,kematian yang bakal menjemput kita nanti biarlah dalam keadaan kita beriman dan bertaqwa pada Allah SWT.Mati bila-bila masa boleh datang,jadi sediakanlah bekalan kita untuk ke negeri yang abadi kekal selama-lamanya.

Sekian.

Wednesday, August 18, 2010

Setahun Sudah Engkau Pergi

Engkaulah kejora sinar zaman...


Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka
Desir berita hadir…kala berserinya pagi
Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi
Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata
Tuhan yang Maha Tahu
Apa ketentuan takdir
Kita hanyalah hamba
Berserah kepada Dia
Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani
Merdu mengalun rima… bermadah dari hati
Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya
Menyerap dijiwa…tenggelam di alam rasa
Sukar di cari ganti
Mekar kasihmu ria
Segar menghibur hati
Tak mungkin dilupakan
Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan
Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya
Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu
Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana
Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah
Damailah…bahagialah…bersama kasihnya
Kumpulan:Rabbani

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Kata-kata yang terdapat dalam beliau.


Tiba-tiba rasa hatiku ini sayu dan pilu,bila mengenangkan segala jasa dan baktinya pada agama,bangsa dan Negara,bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama,nama yang baik pasti di kenang kerana ada nostalgianya tersendiri,mungkin bukan aku saja yang merasa kehilanganya,jutaan umat yang meminatinya,yang memberi sokongan dan dorongan selama ini sudah pastinya masih terkenang-kenangkan dengan germersik alunan zikir jua alunan lengok nasyid yang dinyanyikannya,pastinya ada yang mengalirkan airmata cinta penuh syahdu,namun kepergiannya sudah di tulis dan ternokktah di lohmahfuz.

senyuman sentiasa di bibir...

Insan yang tidak asing lagi dalam dunia nasyid tanahair yang aku maksudkan adalah Almarhum Ustaz Asri Ibrahim(yang juga merupakan kekanda iparku..)vokalis utama kumpulan Rabbani.Tanggal 13 hb 08 2010,adalah hari kepualangan Almarhum menemui ilahi,sudah setahun kepergiannya kealam baqa yang kekal abadi,rasanya baru semalam kepergiannya..mengimbau kembali detik waktu diberitahu oleh isteri tentang kematian beliau,rasa luluh hati ini,hingga tidak berdaya berkata-kata dengan untain air mata terus terjurai,nafas jadi sesak bagai ada halilintar yang menyentak kalbuku..betul ke..ia ye ke..tanyaku pada isteri yang memberitahu ku,bagai tidak percaya..bukan aku..tapi semua orang,terutamnya emak mertua yang saat itu di tenangkan oleh adik ipar pun bagai tidak percaya..kerana baru semalam orang yang tersayang beradu dalam dakapan sang ibu..begitulah hakikat kehidupan,pasti ada akhirnya..kita semua terima hakikat kerana itu hak Allah.

Secebis kenangan telah terlakar dalam dairi kehidupan ku,walaupun sekejap namun ianya memberikan pengajaran yang banyak buat diri yang lalai dan leka,buat ingatan diriku sebagai seorang anak,mengapa aku berkata begini?kerana contoh yang aku lihat pada peribadi Almarhum cukup indah dan memikat sekali,tatkala melihat dirinya menyantuni emak,aku merasakah itulah anak yang soleh,dari realitinya menghormati orang tua,adik beradik amat mengesankan aku,mengapa tidak?..Aku dapat merasakan ketulusan hati budi sang anak pada ayah dan ibunya,memang benar Almarhum seorang anak yang taat pada ayah dan ibunya,kemana saja dia pergi membuat persembahan dia pasti akan memberithu dan menelefon emaknya,tidak kiralah lambat atau cepat pasti akan menghubungi emak,sesungguhnya emak menjadi tautan kasih bagi diri beliau.

Almarhum bersama emak tersayang..

Senyuman dibibir terukir indah bukan dipaksa tapi dari hati,setiap tutur kata penuh sopan dan hikmah,mungkin itulah didikan ayah ibu juga guru yang sangat berjasa,beliau murah dengan senyuman,itu diakui oleh rakan-rakan nasyidnya yang lain,bagi mereka beliau bagaikan ayah,guru buat mereka terutamnaya rakan seperjuangan dalam kumpulan Rabbani.Memang susah hendak melihat beliau marah,kecil hati,apa tidaknya anak-anak buah yang suka menyakat dan bergurau adakalanya boleh dilihat boleh mengecilkan hatinya,tapi beliau masih tidak mengambil reaksi yang negatif,malah makin lebar senyumannya…ahhhh masih terbayang.Benar-benar tulus senyumannya..

Sebahagian daripada keluarga Almarhum

Beliau adalah anugerah Allah buat kita semua,namun beliau telah pergi dahulu dari kita,segala kebaikannya,jasanya beliau tinggalkan buat kita semua.Insan yang sangat dikagumi oleh semua manusia.Semoga Allah menempatkan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa.Al-Fatihah..!

(Serba sedikit tentang Almarhum Ustaz Asri Ibrahim aku kongsikan untuk anda,segala pujian padanya aku kembalikan kepada yang berhak iaitu Allah SWT,ia sekadar pandangan ku terhadap sikap,akhlak yang ada pada diri Almarhum,mungkin boleh di jadikan contoh buat kita)

Tuesday, August 17, 2010

Ramadan Bulan Membaca

Bulan Ramadan Bulan Membaca


Membaca Al-Quran


Assalamualaikum dan salam sejahtera,dengan izinnya dapat bertemu lagi di dunia blog hari ini,Alhamdulillah juga kita masih diizinkan untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini,moga segala amal ibadah kita di terima Allah SWT.

Kalau kita lihat di kaca telivesyen kita,kita akan perasan iklan-iklan dari penerbit-penerbit buku,dalam melaksanakan kempen membaca buku keluaran mereka,nampaknya mereka bersaing bagi menawan hati setiap penonton supaya membaca dan seterusnya membeli buku-buku hasil terbitan mereka,bagi aku,ini adalah usaha yang sangat baik dan seharusnya di sokong oleh setiap masyarakat di Malaysia.

Ada penerbit menawarkan sambil membeli, kita turut boleh beramal,dengan hasil belian buku yang kita beli,wang itu akan di dermakan sebahagiannya kepada mereka yang memerlukan,ini sangat bagus dan cantik sekali.Walaupun bulan puasa,tidak menghentikan kita dari tabiat terus membaca buku.

Bukankah Ramadan adalah bulan membaca,bulan yang sangat di galakan untuk kita menelaah,mentadarus Al-Quran,sebuah kitab yang agung sebagai panduan hidup seluruh makhluk di bumi ini,yang mana turunnya juga dalam bulan Ramadan,apakah kita sebagai orang yang mengaku Islam tidak mahu menyahut seruan ini.

Dalam Al-Quran ada menyebutkannya,tentang turunnya Al-Quran di bulan yang mulia ini;

“..bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk,dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.."

Surah:AL-Baqarah ayat:185

Sebuah kitab yang sarat dengan panduan dan rujukan yang terbaik,di dalamnya ada panduan dalam melayari bahtera kehidupan,di dalamnya ada panduan untuk bernegara,rumahtangga,berpolitik,berperang,perpaduan dan bermacam lagi bentuk seruan dan larangan yang semuannya itu menyeru kepada manusia agar mentaati segala perintahnya dan menjauhi segala bentuk larangannya.Siapakah yang menafikan semua ini,kecuali golongan yang tidak beriman dan mengakui kerasulan Nabi SAW.Ia merupakan mukjizat yang teragung yang di turunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi SAW.

Jadi membaca adalah satu seruan yang sangat murni,lebih-lebih lagi membaca al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini,Di mana juga kita berada,Quran tetap menjadi panduan dalam kehidupan kita,menjadi bacaan rutin harian kita,membacanya tidak akan menimbulkan rasa jemu berlainan jika kita membaca bahan bacaan lain,mungkin kita akan bosan kalau asyik membaca buku yang sama,kita akan cari buku baru bagi memuaskan hati kita,tetapi tidak dengan Quran,membacanya kita akan tenang dan tenteram jiwa kita,itulah keagungan mukjizat Al-Quran,tiada tandingannya.

Usahakanlah Ramadan kali ini untuk kita membaca Al-quran,juga di samping itu membaca buku-buku yang bermanfaat untuk kita,terutamnya buku-buku agama yang sekarang berlambak di pasaran buku.Penerbit buku baru juga ramai yang dah bersaing bagi menawan hati setiap peminat buku,jangan jadikan Ramadan untuk bermalas-malasan membaca,membacalah walau sehelai muka surat,lebih-lebih lagi Al-Quran.Membaca terus walaupaun dalam keadaan berpuasa,pasti ilmu yang kita dapat mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Kesimpulannya,membacalah walau di mana anda berada,hari apa,bulan apa,di mana pun anda berada kerana membaca adalah tuntutan yang sangat terpuji,Ia termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Monday, August 16, 2010

Kongsi Buku:DAHSYATNYA DOA IBU


Buku: Dahsyatnya Doa Ibu


Doa ibu sangat makbul..

Assalamualaikum dan selamat berpuasa kepada Anda semua,Alhamdulillah dengan izin Allah dapat bertemu lagi dalam ruangan Kongsi Buku,ruangan perkongsian buku yang mengupas secara ringkas buku-buku yang telah habis di baca oleh aku,kali ini aku kongsikan sebuah buku yang membicarakan tentang seseorang yang sangat istimewa dalam kehidupan kita di dunia,tanpanya mungkin kita tidak ada di dunia ini.

Anda tentu sayangkan insan ini,tambahan lagi jika anda berjauhan di perantauan,rasa kerinduannya pasti membuak-buak,ingin menatapinya,mendengar suaranya..bagaimana mahu mengubati kerinduan itu jika berjauhan?Anda pasti menghubungi melalui telefon ataupun melalui internet melalui video call.

Buku dan insan yang aku maksudkan ialah DAHSYATNYA DOA IBU,buku yang sangat menarik bagi pandanganku,membicarakan tentang kehebatan dan keajaiban doa seorang ibu.Buku hasil karya oleh Ustaz Syamsuddin diterbitan oleh PTS MILLIENNIA SDN BHD,Buku ini berharga RM14.90 bagi S.malaysia dan RM 16.90 Sabah/Sarawak,setebal 212 termasuk bilbiografi.Wajib dan mesti di miliki oleh kita semua.

Buku yang seharusnya ada dalam rumah kita dan mesti kita miliki.

“Ibu,
Doanya adalah penawar
Juga racun berbisa

Ibarat tajamnya mata pisau
Yang mampu melakar
Masa depan yang gemilang
Buat anak tercinta,
Juga dapat menghancurkan
Masa depan si anak derhaka..”

Buku ini mengupas peri hebatnya doa yang di pohon oleh ibu yang mana boleh membawa kebahagian dan juga boleh membinasakan.memang dahsyat doa ibu.Penulis menukilkan berikut:

“Doa ibu standing dengan doa nabi untuk umatnya,membawa kemulian,dapat menolak fitnah,membuka pintu rezeki,dan pintu hidayah sepanjang zaman.Justeru setiap anak wajib mentaati,menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibi bapa tanpa mengeluarkan kata-kata kasar yang mampu mengundang rasa marah insane mulia yang tinggi martabatnya di sisi Tuhan.”

Buku ini juga membawa kisah-kisah tentang akibat buruk menderhaka kepada ibu yang mana membuktikan bagaimana kuasa dan hebatnya doa yang dipanjatkan oleh seorang ibu.Kisah seperti Alqamah,Juraij,malin kundang,lelaki berkepala keldai dan juga kisah penderhakaan anak-anak pada masa kini serta lain-lain kisah yang terdapat dalam buku ini,untuk para pembaca sebagai ingatan dan iktibar.

Di sini aku kongsikan 4 rahsia kedahsyatan doa seorang ibu seperti yang di simpulkan oleh penulis buku ini,iaitu:

1) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kesucian dan kemuliaan doa itu sendiri di sisi Allah.
2) Doa ibu menjadi dahsyat kerana kemuliaan orang tua khususnya ibu di sisi Allah.
3) Doa ibu menjadi dahsyat kerana besarnya pahala berbakti kepada orang tua.
4) Doa ibu menjadi dahsyat kerana beratnya dosa menyakiti orang tua.

Jadi marilah kita hormati dan berbuat baik kepada ibu dan bapa kita,Sayangi keduanya dengan seadanya:

“Jangnlah kamu menyembah selain Allah dan berbuat baiklah kepada ibu dan bapamu.”

(Surah al-Baqarah,ayat 83)

Demikianlah serba sedikit yang aku dapat kongsikan dalam pertemuan ini dalam Kongsi Buku.Untuk mengetahui isikandungan buku ini seterusnya,carilah di mana-mana kedai atau gedung buku yang berdekatan dengan anda.


JADIKANLAH BUKU SEBAHAGIAN DARI HIDUP KITA

Sunday, August 15, 2010

'Bazar' Jangan Jadi 'Bazir'


Gambar dari: google imeg

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah seru sekelian alam,selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi SAW dan para Sahabatnya.Hari ini kita dalam bulan yang penuh dengan keberkatan,mudah-mudah-an segala amalan yang kita laksanakan diterima Allah SWT.Syukur masih dapat di izinkan menghirup udara Ramadan yang indah ini.Saban tahun kita meraikan Ramadan ini,saban tahun juga kita meraikan hari raya(setelah sebulan berpuasa).Moga semuanya berada dalam peliharaan Allah SWT.

Dalam pertemuan kali ini,aku nak memberi sedikitt pandangan berkenaan ‘BAZAR RAMADAN’,tiap kali datangnya Ramadan,tiap kali itulah ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga,mencari pendapatan,tiada masalah dan tidak salahkan..berniaga mencari rezki halal.Ada yang sepenuh masa kerjayanya berniaga pun turut berniaga di bazar Ramadan di samping di pasar-pasar malam.Ada yang berkerja shift pun turut mengambil peluang untuk berniaga dan ada juga yang berkerja normal(8.00pagi-5.00ptg) pun turut berniaga.Tahniah kepada anda yang berniaga.Ramadan bukan saja memberikan rezeki pahala yang banyak tapi turut juga memberi rezeki buat para peniaga.

Indahnya Ramadan bukan saja memberikan peluang untuk beramal ibadat sahaja tetapi bermacam perkara boleh di lakukan dalam bulan Ramadan(tentunya yang baik-baik le..!).Boleh di katakana di seluruh Malaysia ada ‘BAZAR RAMADAN’,dari desa,pekan hinggalah kebandarayanya pasti ada bazaar ramadannya.Bermacam-macam jenis juadah ada di sana,kadang-kadang makanan yang jarang pada hari biasa pun ada di jual di bazaar,bak kata macam-macam Ada..!,melimpah ruah makanan,lauk pauk,kuih muih…apatah lagi dengan jenis minumannya,air tebu,air tembikai,air laici,air mata kucing,air kedondong,air jambu…macam-macam ada..pilihan terletak pada keinginan anda.!

Bazar Ramadan di mana-mana pun penuh sesak dengan orang,jalan yang selalu lengang pun boleh jadi sesak dan jammed,macam-macam juga manusia yang ke bazaar,mereka semua tentunya berpuasa(yang muslim tentunya),ada juga yang indianya tapi tak ramai,cinanya pun ada tapi tak ramai,yang ramainya melayu…cari juadah berbuka puasa.Macam-macam jenis pakaian yang di pakai,tutup aurat,buka aurat,seluar pendek,seluar panjang,baju ketat,seluar ketat,berjubah,bergamis,berkopiah,bertopi,bertudung labuh,berpurdah dan sebagainya.Mereka meraikan Ramadan,mereka berpuasa..mereka tunaikan perintah Allah(berpuasa..),mudah-mudahan diterima Allah.

Bazar Ramadan,mengambarkan mewahnya kehidupan di Malaysia,tiap petang beli kat bazaar,tak ke mewah tu?..macam-macam jenis makanan dan minuman di beli..habis ke?..mudah-mudahan habis,jangan sampai Bazar Ramadan menjadi tempat untuk kita membazir..jangan nanti ada yang sinis kata..’BAZAR jadi BAZIR’..kawal lah keinginan kita yang membuak-buak,semua nak di beli,bila tiba berbuka puasa makan sikit dah rasa kenyang,padahal masa kita nak beli,rasanya semua boleh makan habis tapi sebaliknya pula..!..Cuba kita ingat pada Negara yang masih di ancam peperangan atau sekatan ekonomi yang memang susah nak dapat makanan mewah macam kita di sini.Kita bayangakan waktu mereka berbuka puasa,apakah macam kita?Cuba bayangkan apa yang mereka hidangkan juadah berbuka puasa? Apakah macam kita sampai 2 hingga 3 jenis kuih muih atau minuman pun begitu?Bagaimana mereka..saudara seislam di Gaza Palestin,Afghanistan dan yang lainnya.?Terfikir kah kita?...

Wujudnya bazar Ramadan tiap kali Ramadan tidak salah,Cuma sebagai pembeli janganlah sampai membazir,semua sedia maklum..”Membazir itu sahabat saitan”.Sanggupkah kita bersahabat dengan musuh yang sangat menyesatkan itu?.Kepada peniaga di bazaar Ramadan..berniagalah,itu rezeki anda…dan kepada pembeli atau pelanggan…membeliah,tapi jangan sampai membuat pembaziran.Kedua-duanya ada peranan masing-masing,memberi dan menerima..

Demikianlah serba sedikit pandanganku tentang BAZAR RAMADAN,mudah-mudahan tulisan ini dapat di jadikan bahan renungan buat kita semua.Dengan harapan semoga Ramadan ini membawa kita kepada sifat Taqwa.Matlamat akhir dari puasa”…mudah-mudahan kamu menjadi orang yang bertaqwa”maksud ayat quran.

Saturday, August 7, 2010

'Entah Apa-Apa Aku ini'


Rindu Ramadan.......


Assalamualaikum dan selamat bertemu lagi,dah berapa hari tak update ni..tak lama lagi dah nak puasa,entah dapat bertemu atau tidak dengan Ramadan kali ini,tinggal beberapa hari lagi menjelang bulan yang Agung..mudah-mudahan Allah masih mengizinkan aku untuk bertemu lagi Ramadan tahun ini.Pada pertemuan kali ini aku nak kongsikan rasa hatiku tentang kedatangan Ramadan ini,'Entah apa-apa aku ini'...tiba-tiba aku tulis monolog ini..nak kata monolog ke apa..bicara hati pun boleh..muhasabah diri tentang Ramadan pun boleh juga..kalau sudi nak baca silakan...;)..

Monolog Rindu Ramadan


Dengan Rahmat dan Kasih SayangNya,telah mengizinkan aku untuk menukilkan beberapa patah perkataan tentang kedatangan bulan yang Agung dan mulia ini,iaitu bulan Ramadan.Setahun sekali dia datang kepada kita,untuk menguji kita sejauhmanakah kita benar-benar menghayati dan menelusuri arusnya yang penuh dengan hikmah dan barokah.Saban tahun juga kita diberitahu tentang kehebatan dan keagungan yang terkandung didalamnya.

Tapi tahun demi tahun,bulan demi bulan,hari demi hari..apakah kita menyedari setiap tahun detik dia datang,umur kita makin berkurang ,datangnya kita masih tidak mampu menelusuri arusnya,kita masih sama seperti tahun-tahun yang terdahulu.Kita masih lalai dan leka kedatangannya pada tahun ini makin dekat,kita masih berangan-angan,kita masih termangu-mangu,apakah kita masih tidak bersedia untuk menyambut kedatangannya?...Beginikah caranya kita menyambut bulan yang agung?

Marilah kita pujuk hati kita,agar ghairah akan kedatangannya sebagaimana Nabi saw dan para sahabatnya menunggu dan menyambut kedatangannya,bukankah kedatangannya menjanjikan bermacam keindahan yang bakal di terima bagi mereka yang mengagungkannya.

Kehadirannya memberikan beribu ketenangan dan keharmonian buat kita.apakah kita masih tidak mahu menyambutnya? Duhai hati,lembutlah untuk menerima kehadirannya,terimalah kehadirannya dengan penuh kegembiraan,hargailah kedatangannya sepenuh hatimu..duhai hati…bangunlah dan sedarlah akan detik hampirnya dia kesisi kita.

Dia kian menghampiri kita,menjanjikan segalanya..mahu tidak mahu saja kita menerimanya,orang yang beriman sudah pasti gembira tapi mereka yang tidak beriman mereka derita,hatinya layu untuk menerima kehadirannya.Kehadiranya menghilangkan nikmat yang saban hari mereka punyainya,kehadirannya seolah-olah menyekat segala kemahuan nafsunya,bahkan bagi mereka seolah-olah hilang kemerdekaannya,padahal dia datang membawa kemerdekaan,tapi mereka tidak tahu dan tidak mahu ambil tahu dan peduli!.

Dia persis kekasih yang dirindu,tidur tak lena mandi tak basah,menatapinya hati makin kasih,hati makin saying,terasa olehnya deritanya menanggung rindu sang kekasih..ingin menapatinya saban hari dan waktu,tapi apakan daya,dia hadir sekali saja,itu pun setahun sekali..menunggunya bagai bulan jatuh ke riba,begitulah tamsilan mereka yang beriman menunggu dirinya.Bagaimana dengan kita?

Apakah sepertinya?..merindunya? menunggu-nunggunya dengan penuh keimanan?Rindunya kita seperti rindunya Nabi saw dan para sahabatnya?...Sama-sama kita muhasabah,agar rindu kita pada kedatangannya meresap kedalam jiwa,dengan penuh keikhlasan dan tawadhuk pada Allah swt.

Jadilah kita orang-orang yang beriman yang merindukannya setiap waktu.Orang-orang yang beriman merinduinya kerana dia membawa taqwa,kerana taqwa adalah segala-galanya buat mereka….Dan mereka adalah para perindu yang merindui dia…

Mereka adalah perindu yang setia…rindu..rindu…rindu….RINDU RAMADAN..!

Nukilan: Masshah
12:11tengah hari
3HB 08 2010,SELASA
TERATAK USANG MERU.

Sunday, August 1, 2010

Capai Kejayaan Melalui Buku

Pilihlah buku yang memberi manfaat pada kita..!

Assalamualaikum kepada Anda semua yang aku kasihi,terima kasih masih sudi berkunjung di blog ini,kunjungan Anda amat aku hargai,dalam pertemuan hari ini aku kongsikan satu artikel yang rasa aku memang agak menarik untuk kita renungkan bersama(artikel yang aku dapati dari laman web wangcyber),mudah-mudahan beroleh manfaat;

Anda ingin berjaya tetapi pada masa yang sama anda beralasan tanpa disedari. Sebab itulah anda selalu terhenti dipertengahan jalan.
Baiklah, anda ingin berjaya?

Caranya mudah:

1. Cari buku.

2. Beli buku (pinjam dulu pun takpa, boleh photostat apa!). Yang penting anda miliki buku tersebut.

3. Baca buku.

4. Amalkan apa yang anda telah baca. Bertindak!

Buku apa?

Bermula dengan buku-buku self-improvement/self-help/ self development/motivasi, Biografi. Semuanya memberi maklumat yang sama iaitu ke arah memperbaiki diri.
Kenapa buku-buku tersebut?

Itu adalah cara yang paling terbaik dalam dunia buat masa ini. Sila berikan saya bukti satu nama orang yang telah mencapai kejayaan tinggi tanpa mempunyai kekuatan karektor yang hebat melalui pembacaan.

Undang-undang alam: Sebelum anda mencapai sebarang kejayaan yang anda inginkan, ia wajib bermula dari “dalam”. Ya, bermula dari diri sendiri.

Kenapa buku?

Kerana ia adalah hasil-hasil tulisan orang-orang yang berpengalaman dan lebih tahu selok-belok mencapai kejayaan. Anda hanya perlu mengikuti jejak langkah mereka tanpa perlu mengulangi kesalahan-kesalahan yang sama. Dan dengan cara ini juga anda dapat meminimakan kegagalan lalu dapat mencapai kejayaan lebih cepat daripada biasa.

Alasan yang mungkin anda pernah berikan:

• tiada duit hendak membeli buku
• malas membaca

Untuk perkara sebegini sepatutnya tiada alasan yang keluar dari kotak pemikiran anda. Ia adalah alasan yang paling teruk untuk manusia yang berakal! Bukankah ada perpustakaan? Awam, sekolah, bergerak, dimana-mana pun ada. Anda tidak perasan ke ditempat anda yang anda duduki selama 8 tahun ini ada perpustakaan? hff…
Membaca adalah
BERBALOI untuk diri anda.

Fikirkan situasi begini:

Anak anda terjatuh kedalam sungai, dia tak tahu berenang, anda berada disitu, anda mendengarnya meminta tolong.

Adakah anda akan berkata (memberi alasan): Ahh.. malaslah.. susahlah..
?????

Teruk sungguh anda ini…. tapi saya percaya itu bukanlah anda kerana pada situasi begitu anda pasti anda akan bertindak tanpa berfikir panjang, tanpa beralasan, akan terus terjun demi menyelamatkan nyawa anak anda.

Kerana apa?

KERANA IA BERBALOI….

SUMBER DARI: LAMAN WEB WANGCYBER