Wednesday, August 18, 2010

Setahun Sudah Engkau Pergi

Engkaulah kejora sinar zaman...


Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka
Desir berita hadir…kala berserinya pagi
Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi
Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata
Tuhan yang Maha Tahu
Apa ketentuan takdir
Kita hanyalah hamba
Berserah kepada Dia
Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani
Merdu mengalun rima… bermadah dari hati
Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya
Menyerap dijiwa…tenggelam di alam rasa
Sukar di cari ganti
Mekar kasihmu ria
Segar menghibur hati
Tak mungkin dilupakan
Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan
Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya
Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu
Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana
Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah
Damailah…bahagialah…bersama kasihnya
Kumpulan:Rabbani

"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."

Kata-kata yang terdapat dalam beliau.


Tiba-tiba rasa hatiku ini sayu dan pilu,bila mengenangkan segala jasa dan baktinya pada agama,bangsa dan Negara,bak kata pepatah harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan nama,nama yang baik pasti di kenang kerana ada nostalgianya tersendiri,mungkin bukan aku saja yang merasa kehilanganya,jutaan umat yang meminatinya,yang memberi sokongan dan dorongan selama ini sudah pastinya masih terkenang-kenangkan dengan germersik alunan zikir jua alunan lengok nasyid yang dinyanyikannya,pastinya ada yang mengalirkan airmata cinta penuh syahdu,namun kepergiannya sudah di tulis dan ternokktah di lohmahfuz.

senyuman sentiasa di bibir...

Insan yang tidak asing lagi dalam dunia nasyid tanahair yang aku maksudkan adalah Almarhum Ustaz Asri Ibrahim(yang juga merupakan kekanda iparku..)vokalis utama kumpulan Rabbani.Tanggal 13 hb 08 2010,adalah hari kepualangan Almarhum menemui ilahi,sudah setahun kepergiannya kealam baqa yang kekal abadi,rasanya baru semalam kepergiannya..mengimbau kembali detik waktu diberitahu oleh isteri tentang kematian beliau,rasa luluh hati ini,hingga tidak berdaya berkata-kata dengan untain air mata terus terjurai,nafas jadi sesak bagai ada halilintar yang menyentak kalbuku..betul ke..ia ye ke..tanyaku pada isteri yang memberitahu ku,bagai tidak percaya..bukan aku..tapi semua orang,terutamnya emak mertua yang saat itu di tenangkan oleh adik ipar pun bagai tidak percaya..kerana baru semalam orang yang tersayang beradu dalam dakapan sang ibu..begitulah hakikat kehidupan,pasti ada akhirnya..kita semua terima hakikat kerana itu hak Allah.

Secebis kenangan telah terlakar dalam dairi kehidupan ku,walaupun sekejap namun ianya memberikan pengajaran yang banyak buat diri yang lalai dan leka,buat ingatan diriku sebagai seorang anak,mengapa aku berkata begini?kerana contoh yang aku lihat pada peribadi Almarhum cukup indah dan memikat sekali,tatkala melihat dirinya menyantuni emak,aku merasakah itulah anak yang soleh,dari realitinya menghormati orang tua,adik beradik amat mengesankan aku,mengapa tidak?..Aku dapat merasakan ketulusan hati budi sang anak pada ayah dan ibunya,memang benar Almarhum seorang anak yang taat pada ayah dan ibunya,kemana saja dia pergi membuat persembahan dia pasti akan memberithu dan menelefon emaknya,tidak kiralah lambat atau cepat pasti akan menghubungi emak,sesungguhnya emak menjadi tautan kasih bagi diri beliau.

Almarhum bersama emak tersayang..

Senyuman dibibir terukir indah bukan dipaksa tapi dari hati,setiap tutur kata penuh sopan dan hikmah,mungkin itulah didikan ayah ibu juga guru yang sangat berjasa,beliau murah dengan senyuman,itu diakui oleh rakan-rakan nasyidnya yang lain,bagi mereka beliau bagaikan ayah,guru buat mereka terutamnaya rakan seperjuangan dalam kumpulan Rabbani.Memang susah hendak melihat beliau marah,kecil hati,apa tidaknya anak-anak buah yang suka menyakat dan bergurau adakalanya boleh dilihat boleh mengecilkan hatinya,tapi beliau masih tidak mengambil reaksi yang negatif,malah makin lebar senyumannya…ahhhh masih terbayang.Benar-benar tulus senyumannya..

Sebahagian daripada keluarga Almarhum

Beliau adalah anugerah Allah buat kita semua,namun beliau telah pergi dahulu dari kita,segala kebaikannya,jasanya beliau tinggalkan buat kita semua.Insan yang sangat dikagumi oleh semua manusia.Semoga Allah menempatkan di kalangan hamba-hambanya yang bertaqwa.Al-Fatihah..!

(Serba sedikit tentang Almarhum Ustaz Asri Ibrahim aku kongsikan untuk anda,segala pujian padanya aku kembalikan kepada yang berhak iaitu Allah SWT,ia sekadar pandangan ku terhadap sikap,akhlak yang ada pada diri Almarhum,mungkin boleh di jadikan contoh buat kita)

No comments:

Post a Comment