Followers

Wednesday, December 12, 2012

Sunday, December 2, 2012

Kembali Lagi



Bertemu kembali setelah beberapa minggu tiada apa-apa pengisian yang saya dapat kongsikan di blog ini, laptop baharu sahaja sembuh dari sakit. Baharu hari ini dapat menulis semula, diam tak diam sudah masuk bulan disember. Sudah kepenghujung tahun 2012. Cepatnya masa berlalu, umur pun makin bertambah, semoga kita dapat bertemu lagi dan di panjangkan usia. Boleh lah berkongsi-kongsi ilmu dan sedikit pengalaman dalam hidup.

Bagaimana dengan dunia pembacaan sahabat semua ?. Agak-agak berapa banyak buku sudah di baca dan harap-harap semakin banyak dan ghairah membacanya ya. Alhamdulillah dalam masa laptop sakit ( rosak ) dengan izin Allah saya masih dapat meneruskan agenda membaca, paling malas sebuah seminggu. Itu pun kena paksa diri, maklum penyakit malas dapat dilawan hanya dengan yang empunya diri. 

Membaca terus membaca.

Ok lah, sampai jumpa lagi.

Jom Membaca, Jom Menulis.

Thursday, November 8, 2012

Koleksi Majalah Politik


Selama tiga malam, saya tidur lewat untuk mengemas rak majalah yang mengandungi koleksi majalah politik. Majalah politik yang saya beli dan simpan sekitar tahun 1997-2003. Ia nya punyai nostalgia tersendiri buat saya, majalah-majalah itu yang memberi kefahaman terhadap pergolakan politik tanah air waktu itu. Maklum waktu itu situasi politik kita sangat panas. Setelah kebangkitan rakyat tentang kuasa reformasi bagi mengugah kuasa pemerintah yang ada waktu itu. Majalah-majalah ini memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang situasi politik pada waktu itu.

Saya tidak pernah ketinggalan setiap keluaran akan membelinya. Dengan pelbagai tajuk-tajuk yang panas mengegarkan politik tanah air kita. Sedar tidak sedar ia menjadi koleksi dalam bilik buku saya. Mungkin pada masa hadapan akan menjadi bahan rujukan dan sejarah untuk anak-anak saya mengambilnya sebagai bahan rujukan untuk mereka. Namun kini, seolah lesu, tiada lagi majalah-majalah seperti yang ada dalam koleksi simpanan saya.

Mungkin hasil dari wujud nya blog-blog atau laman-laman sosial yang sangat banyaknya menulis berkaitan politik tanah air kita, maka para penulis majalah politik tidak lagi mahu menerbitkan majalah politik semasa dan mungkin tidak mahu mengambil risiko tentang halangan dari pihak berkuasa, terutamnya dalam isu permit. Apa pun saya mengharapkan akan muncul semula majalah politik yang sangat perlu, biar pun media maya kian menerima sambutan dan menguasai nya.
                                                                                                                 
Saya, kongsikan gambar koleksi majalah politik tersebu;


PELBAGAI KOLEKSI MAJALAH POLITIK






 Koleksi Majalah Politik EDITOR LUTFI OTHMAN


 Koleksi Majalah Politik DETIK


 Koleksi Majalah Politik GELETEK


 Koleksi Majalah Politik KONSEP


 Koleksi Majalah Politik ANEKA PERISTIWA


Koleksi Majalah Politik ISU


 Koleksi Majalah Politik PLANET HIJAU PELBAGAI TAJUK


 Koleksi Majalah Politik TAMADUN


 Koleksi Majalah Politik SUARA


Koleksi Majalah Politik EDITOR TERMIZI MOHD JAM


 Koleksi Majalah Politik EDITOR SURIA JANIB


 LAIN-LAIN  KOLEKSI MAJALAH POLITIK


Jom Membaca Dan Menulis.

Wednesday, November 7, 2012

Buku Dan Ceramah





Setiap kali ada ceramah, tidak kira lah sama ada di masjid mahu pun di tempat awam, di dewan orang ramai. Biasa nya akan ada jualan. Ada yang jual ubat, jual makanan, jual pakaian, jual minyak kereta, jual buku pun ada. Bak kata meriah setiap kali ada ceramah ( Ceramah politik: isu-isu semasa )di tempat-tempat umum, namanya pun ceramah umum.
                                                 
Apa yang saya suka bila ada gerai menjual buku-buku. Itu lah destinasi yang saya tuju, mana tahu lah ada buku-buku yang terkini. Peluang yang ada ambil kesempatan untuk meninjau-ninjau ke situ sambil-sambil dengar ceramah. Itu jika di tempat ceramah umum.

Manakala ceramah yang di adakan di masjid, biasanya habis ceramah dan menunaikan solat isya baru berpeluang untuk melihat-lihat dan membeli jika berkenan dengan buku yang ada. Biasanya para penceramah rajin membawa kitab atau buku untuk mereka jual pada para jemaah. Mereka gunakan duit jualan itu untuk membina madrasah, pusat tahfiz dan lain-lain.

Adakalanya pihak masjid juga menjemput penceramah yang juga seorang penulis, dalam kesempatan itu penceramah juga memperkatakan bukunya dan dengan tidak langsung memperomosikan hasil tulisan mereka. Sudah satu trend baharu, apa yang saya lihat pihak masjid menjemput penulis-penulis membicarakan hasil penulisan mereka.

Sudah tentunya mereka di kalangan ilmuan yang berkelayakan dalam membicarakan perihal buku yang mereka hasilkan. Kuliah-kuliah buku ini sangat menarik sekali. Ini merupakan pembaharuan yang sangat di alu-alukan. Bagi saya itu sesuatau yang sangat baik dan menarik. Di samping itu juga, jika setiap kali ada ceramah di adakan jualan buku-buku, tak kira lah apa jenis buku yang penting membawa kebaikan pada semua. Ini juga bagi menggalakkan orang ramai peka dengan amalan membaca.

Biasa nya saya akan membeli beberapa buah buku untuk ole-ole di bawa balik. Bergantung kepada duit yang di bawa. Walau pun sebuah buku, itu pun cukup memuaskan hati saya. Apa yang penting ada buku yang dapat di miliki. Memang seronok jika memiliki buku. Saya harap sahabat-sahabat pun begitu.

Sekian, sekadar perkongsian.

Jom Membaca Dan Menulis.

Tuesday, November 6, 2012

Monday, November 5, 2012

Semangat Menulis






Saya merasakan begitulah agaknya perasaan seseorang penulis bila mana karya penulisannya di terima untuk diterbitkan sama ada di media cetak mahu pun di media maya, perasaan gembira berbunga-bunga dan semangat berkobar-kobar untuk menulis lagi dan lagi terselinap di dalam hati. Sungguh pengorbanan masa dan tenaga selama ini berbaloi kerana penulisan itu dibaca oleh khalayak. Menulis sesungguhnya memerlukan semangat dan minda yang kuat. Tanpanya kerja-kerja penulisan menjadi perlahan dan mengakibatkan pertangguhan.

Ini yang sering saya hadapi, semangat kendur dan hilang motivasi untuk menulis, Sedangkan saya mempunyai beberapa buah blog yang saya perlu update dan memerlukan saya melakukan kerja-kerja menulis diteruskan. Bila semangat kendur, kerja-kerja penulisan pun mula perlahan dan hilang tumpuan. Akibatnya medium blog yang diwujudkan tiada perkongsian untuk dikongsi bersama pelawat yang mengunjungi blog.





Semangat berputik kembali, bila saya menatap koleksi penulisan saya yang saya kumpulkan dan cetak untuk dibaca kembali. Diam tak diam banyak juga yang saya tulis melalui blog yang mungkin satu masa nanti boleh dibaca dan ditatap oleh anak-anak saya. Juga, semangat bangkit kembali bila menatap hasil penulisan terpampang di media maya dan diterbitkan. Semangat berkobar-kobar untuk menulis lagi bila menatap hasil penulisan masuk dan diterbitkan dalam majalah. Walau pun nampak kecil tapi ia mendorong untuk saya lebih kuat dan semangat untuk menulis dan menulis melalui medium blog ini.



Tak tahu lah saya sama ada penulisan saya dalam blog yang saya wujudkan dibaca atau tidak oleh orang ramai yang berkunjung ke blog saya. Apa yang penting bagi saya, saya akan cuba menulis dan berkongsi apa sahaja dalam warna-warni kehidupan kita sebagai manusia. Minat seseorang dengan seseorang sangat berlainan. Terpulang kepada mereka untuk membaca atau tidak segala penulisan saya yang saya terbitkan dalam blog. Kata orang medium blog adalah tempat untuk kita mencuba dalam bidang penulisan. Insyallah saya akan cuba dan cuba, hingga tulisan saya menjadi sebuah penulisan yang baik.

Saya akhiri penulisan saya dengan kata-kata seorang penulis ;

 “ semasa kita menulis di internet. Mengemaskini blog misalnya. Ada waktu-waktunya kita mesti paksa diri. Mesti paksa dengan sepaksa-paksanya. Jika tidak, kemalasan itu akan bermaharajalela dalam diri. Dan tulisan tinggal tulisan. “

Nimoiz T.Y

Jom membaca dan menulis.

Sunday, November 4, 2012

Percubaan Menulis Cerpen



Dalam pertemuan hari ini, Saya kongsikan cerpen hasil percubaan pertama saya. Cerpen yang saya hantar ke Portal eSastera.com. Cerpen yang di tulis sekadar suka-suka ini berkaitan dengan isu yang berlaku di tanah air kita. Jika sudi membaca sila kan ;


Lembu Oh Lembu

Oleh: Masshah



Sana lembu sini lembu,depan lembu,belakang lembu,tepi lembu tengah lembu,kanan lembu,kiri lembu serba tak kena,malam tak lena tidurnya.Kecaman ke atas keluarganya benar-benar menganggui kehidupannya sekarang.Ini semua gara-gara salah lapor audit.Dia kata tak betul nilai RM 250 juta itu.

Angka sebenar tidak seperti yang di nyatakan.Peluang di ambil sebaik-baiknya oleh pembangkang untuk memburuk-buruk kan parti keramat yang di perjuangkannya sejak dulu,kini dan selamanya..Itulah perjuangan ,itulah tapak perjuangan hingga kini,biarpun kalah dalam PRU yang lalu.Baginya perjuangan tetap di teruskan.Pantang anak Melayu berundur..!.

Segala-galanya berpunca dari lembu,semua kantoi,semua tak menjadi,semuanya menjadi gelap.Depan gelap.belakang gelap,depan gelap,kanan kiri gelap.Boleh jadi yang ketiga belas ini pun masa depan politiknya gelap sama.Ahhhhh...lembu,lembu,lembu..entah mengapa semenjak-menjak cerita lembu menjadi glamour ni,mulutnya turut sama mengungkapkan  kata-kata lembu.Lembu betul lah...!.

Mana nak letak muka,mana nak jawab dengan rakyat,kalau lembu bolehlah buat tak tahu,lembu mana nak tahu malu.Manusia yang selalu di lembu-lembukan pun kini dah pandai protes,sudah pandai nak tunjuk rasa.Semua belajar dari perhimpunan kotor tempohari.Jengkel betul dia hari ini dan mungkin hari-hari yang mendatang.

Nasib lah badan,nasiblah aku..rasa jengkelnya makin tinggi.Di balingnya tabung berbentuk lembu,berkecai dan berterabur duit siling yang ada di dalamnya.Duit syilingnya yang di kumpul sejak dia tinggal di kondo mewah itu.

Duduk di kondo yang berhawa dingin pun terasa panas-sepanasnya.Sama panasnya dengan isu terkini isu lembu yang di mainkan pembangkang keparat.Rasa jengkelnya bila terpandang akan gambar ketua pembangkang yang dianggap musuh politiknya.

Maklum anak-anak buah ketua pembangkan itulah yang menjaja isu lembu ini.Geram betul dia.Dia segera tutup youtube yang di pasangnya tadi.Konon nak tengok berita lain,semua cerita lembu.Lembu oh lembu...Lembu betul lah..!.

Dia rasa panas yang amat,tiba-tiba dia ingin kebilik mandi ingin menyejukan seluruh badannya.Dia mencapai tuala dan segera ke bilik mandi yang luas itu.Tanpa seurat benang tubuhnya,rasa panasnya agak berkurangan tapi ada sesuatu yang agak memeranjatkan apabila dia menatap wajahnya di hadapan cermin di bilik mandi itu..ohhhh...tidakkk..!.Jeritan yang amat kuat,namun jeritan itu tidak ada siapa pun yang mendengarinya.

Dia segera keluar dari bilik mandi itu terus berlari kebilik persalinannya,bilik utama,tanpa di sedari tanpa di selimuti dengan tualanya tadi.Bila dia masuk dalam bilik utama itu,sekali lagi jeritan dari mulutnya lebih kuat dari yang tadi,"Oh..tidakk...tidak...tidak..!",dia lihat tubuhnya di cermin yang besar itu,betul-betul macam L.E.M.B.U...L.E.M.B.U...L.E.M.B.U...


“Hai sudah-sudahlah tu..sampai di bawa ke mimpi tu..”Suaminya cuba mententeramkan isterinya yang sedang mengigau-ngigau itu.”Ah...abang ni,lembu tu,I ,badan I macam lemb..”.Suaminya cuba menutup mulutnya yang mahu menyebut perkataan itu.”Sudahlah mimpi mainan tidur je tu”.Suaminya cuba memujuk dan mententeramkannya.

Pujukan dan kata-kata perangsang dari suaminya cukup menguatkan perasaannya.Namun di sebalik lubuk hatinya masih ada kerisauan.

Minggu ini dia kena ke ladang lembunya.mahu tak mahu kena pergi.Pergi dengan satu tekad apa yang diusahakan ini adalah perniagaan keluarganya,tiada sangkut paut dengan pemerintah.Itu tekad dan tujuan dia mahu mengajak semua pemberita dari kalangan  editor akhbar pemerintah dan editor dari kalangan pembangkang.

Dia akan buktikan segala-galanya bahawa ladang ini milik keluarganya,bukan milik pemerintah seperti dalam berita-berita sebelum ini.Dia yakin seyakinnya berita sebelum-sebelum ini akan selesai dengan lawatannya bersama semua wartawan yang di jempunya nanti.Dan dia yakin segalanya akan senyap sebagaimana yang lain-lain.

Dia akan tidur lena selepas ini,rakyat akan percaya bahawa memang bisnis lembunya memang telah di usahakan semenjak sebelum menjadi orang kuat pemerintah.Monumen lembu akan di bina dengan sebesar-besarnya di depan kondo yang di miliki hasil usaha perniagaan lembu itu.

Dia menarik gebar selimutnya dengan yakin dan puas..selepas ini aku akan lena-selenanya,bisik hatinya..Tiba-tiba terdengar suara..dari atas kepalanya."MOOOO...MOOOOO...MOOOOO..”.Oh rupa-rupanya bunyi telefon bimbitnya.Begitulah sudah sememangnya minatnya tentang bisnis lembunya,sehingga semuanya bercirikan lembu.

Dia membuka pesanan ringkas,"Selamat malam,segalanya selesai.Lembu sudah selesai,boleh tidur lena”..Dia menutup telefon bimbitnya,segalanya kini lena di ulit intan.Senyum puas terhias di bibirnya.Lembu oh lembu..!.


Di bawah ini komen-komen mereka yang membaca di Portal eSasatera.com.

masshah 12/2/2011 12:54:02 AM 
Terima Kasih atas teguran dan pandangan.Amat dihargai sekali;)

aziz zabidi 11/29/2011 11:50:51 AM 
Sebagai sebuah cerpen satira saya kira masih ada ruang yang perlu diperdalam oleh penulis bagi menyampaikan kritik secara berseni. Apa yang jelas dalam cerpen ini ialah kritikan yang langsung dengan menggunakan situasi semasa sebagai rujukan cerita.

Yang menarik dalam cerpen ini ialah penggunaan bahasa yang sesuai dengan mood cerita.

Apapun saya sentiasa percaya, cerpen sebagai hasil seni boleh saja menggunakan apapun teknik penulisan (dan saya kira teknik satira adalah sebuah teknik yang kuat), namun perlu juga dipertimbangkan kedalaman cerita (depth of the story). Kedalaman cerita boleh saja dibangunkan dengan memperdalamkan psikologi watak, merumitkan persoalan cerita, mempertajamkan karekter atau lain-lain kaedah yang dirasa sesuai. Yang penting, apabila dibaca, pembaca tidak merasa bahawa cerita itu terlalu 'flat'. Itu pandangan saya.

Apapun tahniah atas penghantaran karya ke komuniti ini dan teruskan menulis.

Salam hormat

masshah 11/27/2011 8:35:51 PM 
ha..ha..ha..ok gak tu.s.Iqram.

s.iqram 11/27/2011 5:27:49 PM 
ingat nak buat kondo lembu la.. menggantikan kandang lembu...hehehe

masshah 11/27/2011 7:56:42 AM 
Terima kasih Pak Yajuk..jangan pula kita dilembu-lembukan;)

Terima kasih Ayu sudi membacanya;).

yajuk 11/27/2011 7:36:53 AM 
Lembu oh Lembu..jangan sampai jadi lembu.. haha.
salam sastera Masshah.

Ayu Jamilah 11/27/2011 7:13:33 AM 
Salam sastera, membacanya :) 

DEMI MASA