Setiap
kali ada ceramah, tidak kira lah sama ada di masjid mahu pun di tempat awam, di
dewan orang ramai. Biasa nya akan ada jualan. Ada yang jual ubat, jual makanan, jual
pakaian, jual minyak kereta, jual buku pun ada. Bak kata meriah setiap kali ada
ceramah ( Ceramah politik: isu-isu semasa )di tempat-tempat umum,
namanya pun ceramah umum.
Apa
yang saya suka bila ada gerai menjual buku-buku. Itu lah destinasi yang saya
tuju, mana tahu lah ada buku-buku yang terkini. Peluang yang ada ambil
kesempatan untuk meninjau-ninjau ke situ sambil-sambil dengar ceramah. Itu jika
di tempat ceramah umum.
Manakala
ceramah yang di adakan di masjid, biasanya habis ceramah dan menunaikan solat
isya baru berpeluang untuk melihat-lihat dan membeli jika berkenan dengan buku
yang ada. Biasanya para penceramah rajin membawa kitab atau buku untuk mereka
jual pada para jemaah. Mereka gunakan duit jualan itu untuk membina madrasah,
pusat tahfiz dan lain-lain.
Adakalanya
pihak masjid juga menjemput penceramah yang juga seorang penulis, dalam
kesempatan itu penceramah juga memperkatakan bukunya dan dengan tidak langsung
memperomosikan hasil tulisan mereka. Sudah satu trend baharu, apa yang saya
lihat pihak masjid menjemput penulis-penulis membicarakan hasil penulisan
mereka.
Sudah
tentunya mereka di kalangan ilmuan yang berkelayakan dalam membicarakan perihal
buku yang mereka hasilkan. Kuliah-kuliah buku ini sangat menarik sekali. Ini
merupakan pembaharuan yang sangat di alu-alukan. Bagi saya itu sesuatau yang sangat
baik dan menarik. Di samping itu juga, jika setiap kali ada ceramah di adakan
jualan buku-buku, tak kira lah apa jenis buku yang penting membawa kebaikan
pada semua. Ini juga bagi menggalakkan orang ramai peka dengan amalan membaca.
Biasa
nya saya akan membeli beberapa buah buku untuk ole-ole di bawa balik. Bergantung
kepada duit yang di bawa. Walau pun sebuah buku, itu pun cukup memuaskan hati
saya. Apa yang penting ada buku yang dapat di miliki. Memang seronok jika
memiliki buku. Saya harap sahabat-sahabat pun begitu.
Sekian,
sekadar perkongsian.
Jom Membaca Dan Menulis.
No comments:
Post a Comment