Followers

Tuesday, August 7, 2012

Catatan Ramadan (23)



Ramadan Indah

Ramadan 
bulan indah
bulan mulia
penuh dengan barokah.

Di dalamnya ada rahmat,keampunan
dan pembebasan dari api neraka
Di dalamnya ada malam yang istimewa
yang di cari-cari orang beriman
itu lah malam lailatul qadar
malam yang di cari-cari dan di tunggu-tunggu.

Di dalamnya juga ada peristiwa besar
turunnya kitab panduan buat menyuluh
kehidupan setiap manusia di muka bumi ini.

Ada peristiwa perang pertama
dalam bulan puasa
kemenagan di pihak yang benar.

Walaupun sedikit cuma pejuang yang berjuang
tumpas musnah tentera quraisy yang beribu
berkat taqwa di bulan ramadan
kejayaan di pihak pejuang Islam.

Hebat dan indahnya ramadan 
di rindui dan di tunggu insan yang beriman.

Di tangisi pemergiannya kerana
mereka tahu,mereka belum pasti bertemu lagi
pada masa hadapan.

Itu lah indahnya ramadan
rahmat melimpah ruah
pahala berganda-ganda
siapa merebutnya 
beroleh untung.

Siapa sebaliknya
sesal tak sudah.

Akhir ramadan 
moga taqwa menjadi milik
bersama.

masshah 2012
meru-7/08/2012-Selasa.

No comments:

Post a Comment

DEMI MASA