Engkaulah kejora sinar zaman...
Hiba berbelaikan sepi…jiwa meratapi duka
Desir berita hadir…kala berserinya pagi
Sukar dipercaya ia…bagai berilusi mimpi
Namun bukan mainan dusta…benarlah bagai dikata
Tuhan yang Maha Tahu
Apa ketentuan takdir
Kita hanyalah hamba
Berserah kepada Dia
Engkaulah kejora sinar zaman… menginsafkan rohani
Merdu mengalun rima… bermadah dari hati
Menyemaikan cinta Maha Esa…meniup kesyahduannya
Menyerap dijiwa…tenggelam di alam rasa
Sukar di cari ganti
Mekar kasihmu ria
Segar menghibur hati
Tak mungkin dilupakan
Senandung zikir ku titipkan..hadiah perpisahan
Buat dirimu kasih…yang pergi selamanya
Wahai Tuhan Dikau maafkanlah…hulurkanlah keampunan Mu
Rahmatilah rohnya…sentosa di alam sana
Pulanglah…bersama…ketenangan…menuju Allah
Damailah…bahagialah…bersama kasihnya
Kumpulan:Rabbani
"Aku adalah pengejar syurga akhirat,bagiku dunia ini adalah tempat mempersiapkan segala sesuatu untuk meraih syurga akhirat;aku yakin bahawa syurga akhirat tidak akan pernah dapat aku raih kecuali aku boleh menikmati syurga dunia terlebih dahulu.Maka rumah dan keluargaku adalah syurga dunia paling indah buatku. Tempat kerja syurga dunia harianku. Tetangga, masyarakat,dan bangsa adalah syurga duniaku yang lebih luas.Ke manapun dan sampai bila-bila pun syurgaku selalu bersamaku..."
Kata-kata yang terdapat dalam beliau.
senyuman sentiasa di bibir...
Secebis kenangan telah terlakar dalam dairi kehidupan ku,walaupun sekejap namun ianya memberikan pengajaran yang banyak buat diri yang lalai dan leka,buat ingatan diriku sebagai seorang anak,mengapa aku berkata begini?kerana contoh yang aku lihat pada peribadi Almarhum cukup indah dan memikat sekali,tatkala melihat dirinya menyantuni emak,aku merasakah itulah anak yang soleh,dari realitinya menghormati orang tua,adik beradik amat mengesankan aku,mengapa tidak?..Aku dapat merasakan ketulusan hati budi sang anak pada ayah dan ibunya,memang benar Almarhum seorang anak yang taat pada ayah dan ibunya,kemana saja dia pergi membuat persembahan dia pasti akan memberithu dan menelefon emaknya,tidak kiralah lambat atau cepat pasti akan menghubungi emak,sesungguhnya emak menjadi tautan kasih bagi diri beliau.
Almarhum bersama emak tersayang..
Senyuman dibibir terukir indah bukan dipaksa tapi dari hati,setiap tutur kata penuh sopan dan hikmah,mungkin itulah didikan ayah ibu juga guru yang sangat berjasa,beliau murah dengan senyuman,itu diakui oleh rakan-rakan nasyidnya yang lain,bagi mereka beliau bagaikan ayah,guru buat mereka terutamnaya rakan seperjuangan dalam kumpulan Rabbani.Memang susah hendak melihat beliau marah,kecil hati,apa tidaknya anak-anak buah yang suka menyakat dan bergurau adakalanya boleh dilihat boleh mengecilkan hatinya,tapi beliau masih tidak mengambil reaksi yang negatif,malah makin lebar senyumannya…ahhhh masih terbayang.Benar-benar tulus senyumannya..
Sebahagian daripada keluarga Almarhum
(Serba sedikit tentang Almarhum Ustaz Asri Ibrahim aku kongsikan untuk anda,segala pujian padanya aku kembalikan kepada yang berhak iaitu Allah SWT,ia sekadar pandangan ku terhadap sikap,akhlak yang ada pada diri Almarhum,mungkin boleh di jadikan contoh buat kita)
No comments:
Post a Comment