Friday, October 18, 2024

11 Kata-Kataku Berkaitan Buku Dan Membaca(1)

 


11 Kata-Kataku Berkaitan Buku Dan Membaca(1)

1.Membaca membuatkan kita akan  tahu, mengerti, faham, merenung, berfikir, berbincang, berdebat…namun sebenarnya semakin banyak membaca semakin banyak yang tak tahu, lalu perlulah terus banyakkan membaca.

2..Menatapnya tak pernah menjemukan, apatah lagi membacanya, itulah buku.

3. Mungkin orang lain suka dan seronok memancing,seronok dan suka melukis dan sebagainya.Apa salahnya aku suka dan seronok dengan buku.

4.Saat bercuti bukan bermakna membaca pun ikut bercuti, membacalah selagi ruang untuk membaca masih ada.

Semua itu terpulang pada diri sendiri.Orang yang suka membaca tidak pernah menghiraukan di mana pun tempatnya.

5. Sebuah buku hanya akan tinggal menjadi sebuah buku,jika hanya dibaca dan disimpan sahaja.Ia akan menjadi sebuah gagasan kehidupan,jika ia bukan sekadar dibaca tetapi lebih bermakna jika ia difahami,dikaji,diambil ibrah apa yang tertulis,diguna pakai untuk penambahbaikan diri yang membacanya.Justeru membaca bukan sekadar membaca.

6.Nikmatnya sebuah buku bila ia ditulis dari hati yang luhur.

7. Hadiahkanlah buku kepada sesiapa sahaja.Mereka suka atau tidak bukan urusan kita. Apa yang penting, kita sudah hadiahkan sesuatu berharga buat mereka.Jadikan buku sebagai hadiah terbaik untuk sesiapa yang kita sayangi

8. Benarlah kata-kata Ulama tersohor Nusantara, Buya Hamka.Pabila kita membaca buku-buku yang baik, ertinya buku yang berkualiti, isikandungannya menyuntik jiwa kita sebagai pembaca,

menyedarkan kita tentang erti kehidupan, memperbaiki diri, mengenal kebesaran Ilahi dan kesan dari membaca buku-buku yang baik ini, dapat membentuk jati diri seorang pembaca.

Maka, benarlah kata hamka, membaca buku-buku yang baik adalah makanan rohani. Sebagai pembaca, pilihlah bahan bacaan yang bagus untuk diri kita.

Demikianlah mengikut kefahamanku tentang maksud yang diutarakan oleh Buya Hamka

9.Membaca Itu seronok
Membaca itu Indah
Membaca itu bahagia
Membaca itu sabar.

10. Aku bukanlah orang hebat untuk bercakap tentang buku. Cuma aku bercakap tentang buku dari apa yang aku rasa dari sanubariku. Perasan seronok, indah dan bahagia bersama buku.

11. Aku hanya insan kerdil yang mengambil secebis contoh dari ilmuan hebat yang menyintai buku dan ilmu.

*Hak Cipta Terpelihara.


No comments:

Post a Comment