Semoga terangsang untuk minat membaca...
Friday, March 27, 2015
Wednesday, March 25, 2015
Beli Buku Kena GST
Panas memang panas, sepanas cuaca
sekarang, cuaca sekarang memang panas, suhu politik tanah air pun sepanjang
masa panas. Hati-hati manusianya semakin hari semakin panas. Mana tidak
panasnya, sebab mereka bikin hati kita panas. Apa pun tak boleh!.
GST?, apa ke bendanya itu …kalau kita
tengok iklannya di tv, gah bagai, GST macam bagus, seolah boleh
mengkaya-rayakan rakyat jelata, yang sememangnya ingin kaya. Siapa yang tidak
mahu kaya?. Kan ramai yang sering berKALAU-KALAU…KALAU AKU KAYA!
Saya, andai ditakdirkan kaya, mahu
beli buku banyak-banyak, tambah koleksi bahan bacaan dalam bilik buku. Ada juga
angan-angan bina perpustakaan yang indah, perggh, siapa yang tak mahu kaya?,
Kalau aku kaya….macam ada sebuah lagu
tu…entah saya pun tak tahu siapa yang nyanyi lagu tersebut. Lama sudah tidak
buka siaran radio yang ada lagu-lagu ni. Sungguh!.
Masa tu jika sudah kaya, ada GST pun
GSTlah, tak ada hal punya. Maklum sudah kaya apa pun boleh buat. Tidak macam
sekarang, ramai yang kata ‘Apa Pun Tak Boleh!’. Alahai…alala…hai!.
GST?, Senang cakap cukai barangan dan
perkhidmatan, nilai cukai yang dikenakan 6%. Entahlah, itu yang setakat saya
tahu, selebihnya tengok dalam iklan macam bagus sangat, tunggulah nanti, 1
April 2015, hari yang bersejarah dan indah buat rakyat Malaysia, sangat
ditunggu-tunggu mereka yang merindui GST…macam rindukan kekasih katanya…GST…cepatlah
hadir ke sisi kami…itu menurut mereka yang menyokong tegar, dulu, kini dan
selama-lamanya.
Mereka kata GST banyak turun harga
barang, entahkan ia entahkan tidak, tengok makin mencanak mereka naikan barang,
perkhidmatan awam pun mereka mahu naikkan, tapi dengar ceritanya tangguh dulu,
maklum orang besar sudah bersuara. Biasalah kalau orang-orang besar bersuara,
cepat sahaja tunduk dan patuh, kononnyalah.
Satu lagi ni, dengar kata buku pun
kena GST, alahai…alala…hai, ilmu pun nak jual beli, betul-betul perihatin
mereka. Entahlah…GST oh GST hebat penangan mu. Saya secara pribadi memang tidak
bersetuju dengan GST, banyak sebab, saya rasa sebab saya sama dengan apa yang
ada dalam pemikiran kawan-kawan.
Nanti kalau saya tulis berjela di sini
tentang sebab-sebab tidak setuju, takut pula dikatanya cakap politik pula,
maklum pasti akan menyentuh sesetengah pihak dan kerajaan yang ada. Cukuplah,
tak perlu saya tulis berjela fasal sebab.nol.
Oklah, kalau sudah pihak kerajaan
hendak sangat dengan GST dilaksanakan pada 1 April 2015 nanti(kalau
kerajaan sampai hatilah). Apa hendak dikatakan lagi. Mereka berkuasa
boleh buat apa sahaja. Terpaksa kita ikut, walau kita tidak setuju, hati panas
marah sekali pun, mereka tetap mahu kuat kuasakan juga.
Bukan tidak ada bantahan, dari pihak
pembangkangnya, Ngonya, dan ada yang buat demontrasi, malah ada yang kena
tangkap masuk lokap, gara-gara membantah GST, tak mengapalah, mereka sanggup
menanggung risiko demi GST tidak dilaksanakan, mereka buat demontrasi pun untuk
rakyat,mereka sanggup lakukan biarlah, bukan mereka mahu gulingkan kerajaan
pun, mereka sekadar unjuk rasa. Dalam perlembagaan Negara sudah termaktub hak
bersuara, selagi tidak memudaratkan, tanpa senjata. Betul tak?, wah ni dah
masuk bab politik ni…terpulanglah, tidak salah pun berpolitik, janji jangan
main kotor dalam berpolitik. Cukup.
Bantah macam mana sekalipun, akhirnya
kerajaan mahu laksanakan juga…nak buat macam mana?. Sabar sahajalah yang boleh
saya katakan, dan sudah pastinya rakyat pun begitu, cuma perasaan
bercampur-campur…geram, sakit hati..alahai…alala hai…
Balik semula fasal buku kena GST,
macam yang saya katakan tadi, segala macam telah dilakukan untuk tidak
dilaksanakan GST, tetapi akhirnya berjalan juga, pasrah sahajalah…Buku kena GST…takkanlah
terus tidak mahu beli buku, mahu tidak mahu kena beli juga, takkanlah mahu
diulang-ulang buku lama(bukan tak boleh).
GST pun GSTlah, jika dah minat dengan
buku, cinta, sayang, ghairah dan seumpamanya dengan buku, beli tetap beli, baca
tetap baca. Itu secara pribadi pada diri saya lah. Masing-masing ada pendirian.
Jika bolehlah, saat-saat akhir ni, kerajaan boleh batalkan GST untuk buku lagi
baik kan?...Atau lebih baik, GST tidak ada untuk semua? Amcam? Boleh dipercayai…terpulang!.
Oklah, cukuplah setakat ini saya
mengomel fasal GST, tulis panjang berjela nanti tidak terbaca pula, cukupah
ringkas-ringkas yang penting mesej difahami. Selamat mengharungi GST yang
mengkayakan rakyat…menurut ceritanya.
Selamat menikmati GST kepada semua
pencinta buku!
Jom Membaca.
Monday, March 23, 2015
Membacalah Usah Bertangguh
Satu pagi,
waktu kerja sif malam, seperti biasa saya akan berehat di kantin. Macam biasa
saya akan bercinta-cinta dengan buku yang saya bawa. Waktu rehat sif malam
memang saya manfaatkan dengan membaca buku. Jika saya tidak mengantuk sangat
memang itulah kegiatan saya diwaktu rehat. Kawan-kawan sekerja sudah maklum
tabiat saya. Mereka kadang-kadang bertanyakan saya tentang jumlah buku yang
sudah terkumpul di rumah. Berapa jumlah buku yang dibeli setiap bulan, dan
malah ada yang bertanya macam mana mahu sematkan suka membaca dalam diri.
Mungkin
mereka melihat saya asyik membaca setiap kali rehat. Rata-rata daripada mereka
berkata, membaca sikit cepat mengantuk, buku terlalu tebal nak habiskan
membaca, dulu pun membaca juga, dan macam-macam lagi alasan yang boleh
didengari dari mulut mereka. Mereka cuma rasa kagum, teruja melihat orang lain
membaca tetapi tidak hendak cuba sematkan dengan sesungguhnya tabiat membaca
pada diri sendiri.
Macam-macam
perangai manusia, punca segala penghalang sikap malas, itu sahaja bagi
pandangan saya, bila malas mana ada kekuatan untuk melakukan perkara yang
diingini, apa sahaja perkara jika ada sikap malas, ia tetap tidak akan berjaya
dilaksanakan. Saya juga sering malas mahu membaca, tetapi oleh kerana saya mahu
membaca, membaca dan membaca secara automatik sikap malas terjunam terus, kalah
dengan terjahan membaca, membaca, dan membaca.
Saya orang
biasa sahaja, tidak hebat mana pun, lawan sikap malas dengan apa yang kita mahu
lakukan. Jika mahu melukis, terus lakukan kerja-kerja melukis itu, terus
lakukan, insyallah ia boleh berlaku, mahu bersihkan kawasan rumah, tanpa
bertangguh-tangguh, terus lakukan, dan lain-lain seumpamanya. Ini sekadar
pandangan saya, jika ada betulnya bolehlah dicuba. Jika tidak, abaikan sahaja.
Apa pun
alasannya, bergerak dan bertindaklah dari sekarang, jika benar ada niat mahu
membaca, usah ditangguh-tangguh usaha murni itu, sahutlah seruan agung dari
yang Maha Agung, seperti dalam firman-Nya yang bermaksud:
“Bacalah (Wahai
Muhammad) dengan nama Tuhan-Mu yang menciptakan (sekelian makhluk), Ia
menciptakan manusia dari sebuku darah beku; bacalah, dan Tuhanmu Yang Maha
Pemurah, yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan, Ia mengajarkan manusia
apa yang tidak diketahuinya.”
(Surah
Al-Alaq:1-5)
Semoga
perkongsian ringkas ini ada manfaatnya.
Jom Membaca!
Monday, March 9, 2015
Koleksi Buku Dr.Tuah Iskandar
Koleksi Buku Dr.Tuah
Koleksi buku-buku motivasi Juruam Dr.HM Tuah Iskandar yang terdapat di bilik buku. Saya suka cara motivasi beliau dan penulisannya.
Bahasa yang mudah dan santai, seolah kita sedang mendengar beliau bercakap di depan kita bila membaca bukunya.
Pelbagai judul tajuk bukunya merangsang diri siapa yang membacanya.
Jom membaca!
Monday, March 2, 2015
Belian Buku Bulan Mac 2015
Hasil buruan terburu-buru, ambil sahaja mana yang dilihat, untuk diri dan anak-anak ada pilihannya sendiri
Jom membaca!