Nikmat Rejab 1435H
Rejab datang kembali
membawa seribu erti
buat kehidupan seorang muslim
kedatangannya amat di tunggu
bagi mereka yang merindui
di dalamnya
terkandung pelbagai fadhilat
nikmat dan barokah,
kerana ia adalah bulan
kebajikan
dan kebaikan Allah kepada
Hambanya.
Marilah kita beramal
sebanyaknya
puasa, solat, zikir, berselawat,
bertasbih, beristighfar, membaca
Quran
dan segala rupa kebaikan dan
kebajikan kita tunaikan
kerana pintunya dibuka
seluas-luasnya untuk kita.
Rejab…bawalah kami dalam
arus-mu
bawalah kami ke dalam
pelayaran-mu
jangan jadikan kami golongan
yang rugi dan alpa tentang
besarnya fadhilat-mu.
Tuhan…Kami hamba-Mu amat lemah
dan kerdil di hadapan-Mu
bantulah hamba-Mu dalam
menyelusuri arus rejab yang deras ini
janganlah kau jadikan kami
orang yang ketinggalan dalam bulan-Mu ini.
Rejab ini jadikanlah kami
benar-benar menjadi seorang hamba yang bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami
benar-benar menjadi seorang Pemimpin yang bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami
benar-benar keluarga yang bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami
seorang ayah yang benar-benar bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami
seorang isteri yang benar-benat bertaqwa
rejab ini jadikanlah kami
anak-anak yang benar-benar bertaqwa.
Dan biarlah harapan kami ini
berterusan
sehingga rejab-rejab yang akan
datang
inilah harapan kami pada-Mu
Tuhan
dalam rejab kali ini,
terima kasih Tuhan kerana
nikmat
dan anugerah rejab untuk kami
semua.
Masshah 2014
2052014
Meru.
Ya Allah. Tiga bulan menjelang Ramadan yang penuh barakah. Masih terkapai-kapai dalam melakukan amalan-amalan suruhan-Nya.
ReplyDeletemuliakan rejab dengan amal ibadah untuk bekalan akhirat . follow sini (46)
ReplyDelete