Pesta buku(PBAKL 2014) sudah berlalu sepuluh hari yang lalu, bagi mereka
yang ke pesta buku tersebut sudah pastinya mempunyai memorinya tersendiri.
Tentu banyak buku-buku yang diborong dan dibeli. Semua itu pasti memuaskan hati
masing-masing. Maklum sahaja, pesta buku menjanjikan diskaun yang
berbaloi-baloi, rugi kalau tidak direbut. Tahniah dan syabas kepada
sahabat-sahabat blogger yang berjaya mengunjungi pesta buku tersebut.
Bagi diri ini yang tiada kesempatan
untuk ke sana, memanglah sangat rugi sekali, terpaksalah pujuk hati ini agar
sabar dan redha atas ketentuannya, insya’Allah umur panjang pada tahun hadapan
boleh pergi, begitulah diri ini memujuk hati yang tidak berjaya ke pesta buku
tersebut. Ini disebabkan oleh, langkah berjaga-jaga, maklum orang rumah sedang
sarat mengandung, bila-bila masa sahaja boleh bersalin. Tidak sanggup rasanya
saya mahu tinggalkan begitu sahaja.
Ajakan demi ajakan dari Pak Agi(Abdul Ghafar Ibrahim) saya terpaksa tolak
dengan baik, waktu itupun kerja shift petang, memanglah agak susah untuk ke
sana. Pak Agi tidak pernah jemu untuk mempelawa saya untuk pergi sama-sama,
tapi disebabkan perkara tadilah saya tidak dapat mengikutinya. Sesekali
terkilan juga tidak dapat bersama Pak Agi, apa boleh buat, jadual kerja yang
tidak mengizinkan dan juga keadaan isteri yang begitu.
Juga penulis dan wartawan veteren, Wak Saring Sirad@Ismas Saring turut
mengajak saya, kerana Wak Saring ada slot dalam bicara buku beliau ‘Kontal
Kantil’, juga saya tolak secara baik. Beberapa kali juga Wak Saring mengajak
saya, saya dengan alasan yang sama di atas tadi. Apa pun saya mengucapkan
ribuan terima kasih kepada kedua-dua sahabat penulis tersebut. Sesungguhnya
saya amat berbesar hati atas ajakan dan pelawaan mereka.
Ya, pesta buku, PBAKL 2015, jika saya diizinkan Allah SWT panjang
umur, Insya’Allah kita pasti bertemu. Itulah impian saya untuk pesta buku yang
akan datang. Sekali lagi kepada sahabat-sahabat blogger yang berjaya ke pesta
buku tersebut diucapkan syabas dan tahniah. Buku, buku, buku, baca, baca,
baca..., semoga terus bersemangat dan sukses dalam segenap lapangan yang
diceburi.
JOM BACA BUKU
Assalamuaalikum, Tuan Masshah. Oh, saya ingatkan Tuan pergi tempoh hari. Tertunggu-tunggu juga saya buku apakah yang dibeli. Tapi, perancangan-Nya lebih adil bukan. Jadi, keredaan itu dapat menyejukkan hati yang resah. Tidak mengapa, membeli buku di mana sahaja pun boleh. Asalkan niat untuk membaca itu ada, pasti ada jalan dan waktunya nanti.
ReplyDeleteWlkmsalam Cikgu, begitulah kisahnya. ya saya redha;). Apa pun semua ketentuan-NYA. Beli di mana-mana dan baca di mana-mana.
Delete