Imej dari: Google Image
Renungan buat mereka yang berkata, "Saya
benci politik. Politik kotor, memecah belahkan, saling memfitnah dan terlalu
sukar dipercayai janji orang-orang politik. Saya mahu menjaga ugama saya,"
mari berfikir sejenak;
1) Adakah dengan menjauhi politik, anda
terjamin jadi bersih? Tidakkah dunia ini seluruh penjurunya bercampur baur
antara baik dan buruk dan kita sendirilah yang menentukan untuk kita?
2) Adakah orang-orang mulia seperti para ulama
dan mujahidin sepanjang zaman yang terlibat dalam politik peringkat tertinggi
telah menjadi kotor kerananya?
3) Bagaimana anda menakrifkan politik baginda
al Rasul صلى الله عليه وسلم yang memuncak sehingga
terpaksa berperang dengan senjata?
4) Jika orang yang 'bersih' seperti anda
menjauhi politik, apa hukum membiarkan dunia politik untuk dikuasai orang-orang
yang kotor?
5) Jika hak anda dicabuli oleh orang politik,
seperti dibekukan kenaikan pangkat semata-mata kerana enggan menyokong orang
politik, adakah satu kemuliaan dan 'kebersihan' jika anda hanya diam membisu
atau menolak
orang yang datang membantu mempertahankan hak
anda itu?
6) Adakah untuk anda mencampuri politik, ia
memerlukan sehingga tubuh anda dan keluarga sendiri dianiayai dulu oleh orang
politik, atau cukup dengan melihat saudara seagama yang lain dianiaya. Adakah
anda mahu terhantuk dulu baru tengadah?
7) Adakah anda melihat agama Islam mengajar
agar dijauhi politik dan orang politik?
8) Adakah anda melihat seorang nabi bukan ahli
politik? Dengan maksud, nabi diutuskan untuk menjauhkan umat daripada politik?
9) Apakah pendapat anda untuk menjatuhkan ahli
politik yang jahat tanpa menyentuh politik?
10) Adakah anda menemui dalil atau nas yang
membenarkan anda lari dari tanggung jawab menentang kemungkaran politik?.
Tulisan: -Nik Mohamad Abduh-
No comments:
Post a Comment