Tuesday, April 29, 2014

Minda Siasah: Himpunan Rakyat 1 Mei, Salahkah Kita Berhimpun Secara AMAN?


PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN PERKARA 3 HINGG 113,PERKARA 5-13-Kebebasan Asasi-Kebebasan bercakap,berhimpun dan menubuh persatuan.

1]Tertakluk kepada Fasal [2],[3] dan [4];

A]tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;

B]semua warganegara berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;


C]semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.


(Di bawah ini saya lampirkan sebuah tulisan lama berkenaan hak berhimpun, jika sahabat sudi membacanya, silakan...)











Berhimpun Salahkah...Apa Hak Kita

Dalam penulisan kali ini saya akan bercakap berkenaan dengan hak kita dalam berhimpun,sengaja saya tulis tulisan ini selepas beberapa hiruk pikuk dikalangan pemimpin Negara,badan-badaan Ngo,pasukan keselamatan dan lain-lain.Berminggu-minggu mereka bercakap tentang perhimpunan haram..haram..haram..haram..tidak ada lain melainkan haram semuanya.

Perhimpunan Aman BERSIH 2.0 pun sudah tamat…tiada satu pun bangunan pecah dan terbakar,pasu bunga tumbang dan sebagainya.Perdana Menteri pun sudah mengucapakan tahniah kepada pasukan polis[apa maknanya ni..sebelum ni mungkin beliau dah arahkan pasukan polis].Apa pun semuanya aman..biarpun ada tangkapan,ugutan,semburan asid,gas pemedih mata..itupun bukan peserta yang memulakan tetapi pasukankeselamatan atas arahan atasan.Apa pun namanya atas arahan atasan,zalim tetap zalim,melanggar undang-undang tetap satu kesalahan kerana tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun secara aman.

Sengaja saya menuliskan[Perlembagaan Persekutuan] perkara di atas bagi memberi kefahaman mereka-mereka yang masih lagi dikelirukan dengan status sesuatu perhimpunan yang di lakukan oleh mana-mana persatuan,badan NGO ataupun mana-mana parti politik yang wujud di tanahair kita.Kita selalu dimomokan dengan status perhimpunan yang di katakana ‘PERHIMPUNAN HARAM’.Sedangkan di dalam perlembagaan telah termaktub dengan jelas dan nyata tentang status sesuatua perhimpunan itu.

Mengapa terjadi begini..Sebab di kalangan rakyat pada umumnya masih tidak faham dan tidak tahu isikandungan perlembangaan dengan erti kata lain kita masih ‘buta undang-undang’,sehingga kita mudah di perbodoh-bodohkan ataupun dengan bahasa kasarnya kita mudah di ‘perlembu-lembukan’ oleh segolongan manusia yang kononnya meletakan perlembangaan Negara di tempat yang tertinggi,sedang mereka sendiri memperolok-olokan ataupun melanggar undang-undang yang terkandung dalam perlembagaan tersebut.

Malahan mereka sendiri yang menyelewengkan fakta yang terkandung di dalamnya bagi mengelirukan sebahagian rakyat,yang kebanyakannya tidak tahu apa-apa tentang perlembagaan ini.
Malang bukan,kita sudah merdeka lima puluh tahun lebih tetapi kesedaran tentang hak kita sendiri kita tidak pernah di dedahkan dan di war-warkan manakala kita pula tidak berusaha untuk mencari dan belajar tentang perlembagaan Negara ini[undang-undang yang terkandung].Sepatutnya sudah ada matapelajaran yang membicarakan perkara ini.Mungkin pemerintah takut jika rakyatnya ‘celik undang-undang’.Takut bila rakyat faham,segala perkara yang mereka langgar undang-undang akan terkantoi’.Jika rakyat faham,mereka takut kehilangan kuasa kesimpulan mudah yang boleh di fahami.

Apa yang selalu kedengaran, perhimpunan haram,jangan sertai,polis tidak beri permit dan macam-macam lagi yang kita tidak tahu dan mengerti.Bagi mereka yang belajar dalam pengajian undang-undang kita sedia maklum,mereka pasti faham tentang undang-undang[tapi ada juga menteri jaga undang-undang,buat-buat tidak faham] tersebut.

Perhimpunan apa pun,jika di jalankan dengan tertib dan beradab pasti akan mewujudkan rasa aman dengan pasukan keselamatan menjaga dan berkerjasama sewaktu perhimpunan di jalankan.Setakat pekikan suara,hiruk pikuk,jeritan itu perkara biasa,maklum yang berhimpun seramai ratusan ribu orang.Tak kan lah dalam perhimpunan itu diam,senyap sunyi saja.Peserta himpunan terdiri daripada macam-macam jenis manusia,tentulah hiru pikuk,jeritan atau pun tempikan suara mereka kedengaran.Apa yang penting dalam suatau perhimpunan itu tiada provokasi samada dari peserta mahupun dari pihak keselamatan.

Dari pengalaman penulis sendiri,yang pernah menyertai beberapa perhimpunan[PASTINYA AMAN DAN TIDAK BERSENJATA],setakat ini peserta-peserta perhimpunan adalah mereka-mereka yang cintakan keamanan dan keharmonian,belum pernah yang bertindak keterlaluan.Kebanyakannya tindakan pasukan keselamatan yang tidak menghormati hak rakyat yang termaktub dalam perlembagaan.

Mereka yang berhimpun tidak sekali pun membawa senjata,yang mereka bawa hanyalah sedikit garam,tuala good morning dan sebotol air mineral,sebab mereka tahu semburan gas pemedih mata dan pancuran air asid akan di hamburkan ke atas mereka.Dan ini lah yang terjadi,bukan peserta yang memulai sengketa atau pun yang menimbulkan huru-hara tetapi pasukan keselamatan atas arahan atasan menjadikan keadaan jadi huru hara.Mereka tidak menghormati hak rakyat dek’ kerana menerima arahan atasan.


Begitulah serba sedikit perkongsian,kita fahami sama-sama hak kita dalam perlembagaan,jika kita faham pasti perubahan yang kita tuntut akan menjadi mudah dan mereka yang berkuasa tidak akan mudah memperbodoh-bodohkan kita rakyat yang berjiwa merdeka.Selepas ini mudah-mudahan rakyat akan lebih peka tentang hak-hak mereka.Cukuplah setakat ini rakyat di perbodohkan.Mari kita tuntut hak kita dengan rasa aman dan harmoni kerana itu hak kita yang termaktub dalam perlembagaan Negara.

MASSHAH 2014.


No comments:

Post a Comment