Pantasnya masa berlalu, tinggal beberapa hari
lagi satu pesta besar-besaran, ditunggu-tunggu oleh mereka yang gilakan
buku akan berlangsung di Kuala Lumpur. Pesta tahunan yang sering dilakukan ini
bukan sembarangan pesta, bukan ‘pesta pora’ yang entah apa-apa entah, juga
bukan pesta terkinja-kinja di atas pentas . Tetapi pesta ini merupakan pesta
yang penuh dengan kenikmatan dan kecanduan terutamnya kepada para pencinta
buku.
Ya, pesta buat para pembaca, penerbit,
penulis, para ilmuan dan seluruhnya manusia-manusia yang cintakan ilmu.
Hati-hati mereka bersorak riang dengan kedatangan pesta ini. Mereka tidak sabar
untuk mencuci mata melihat-lihat nikmat keindahan buku-buku. Bukan sahaja
melihat-lihat tetapi sudah pasti mereka akan menyentuh, mendakapi seta
mencumbui buku-buku tersebut. Saya tertarik dalam para sebuah sajak seorang
penyair; Bangsa yang tidak sukakan buku merupakan bangsa yang penakut.
Anda fikir-fikirkanlah sendiri, sama ada pernyataan ini benar atau salah.
Pesta buku setiap tahun ini akan membawakan
penerbit-penerbit buku yang ada di tanah air, siapa yang tidak kenal
penerbit-penerbit seperti Kumpulan Karangkraf, PTS, Mustread, Galeri Ilmu,
Kemilau Publika, Jasmeen, dan banyak lagi. Mereka sentiasa produktif melahirkan
karya-karya yang terbaik. Ramai yang sudah kenal penerbit-penerbit tersebut.
Karya-karya yang diterbitkan hasil dari penulisan penulis yang cukup dikenali.
Sebahagian khalayak sudah kenal dan banyak membaca karya-karya terbitan mereka.
Melihat pada iklan-iklan yang mereka
war-warkan, sungguh mengujakan hati ini, sudah tentunya buku-buku terbitan
terbaharu akan menjadi seperti goreng panas, ini dilihat bila setiap penerbit
telah mengeluarkan buku-buku hasil
penulisan karya-karya penulis masing-masing. Lihatlah Galeri Ilmu, sudah
mengiklankan terbitan terbaharu mereka, juga Kumpulan Karangkraf, PTS, dan
lain-lainnya. Mereka masing-masing sudah bersedia untuk diserbu oleh peminat
dan pencinta buku yang bakal datang dari pelusuk tanah air.
Potongan harga atau diskaun juga sudah
diwar-warkan, ada yang menawarakan pakej A atau pakej B, semua itu terserah
kepada pembeli buku tersebut nanti. Begitulah bersemaraknya setiap penerbit
menawarkan tawaran yang tentunya sangat berbaloi buat para pembaca. Lagi
menariknya, ada tawaran melancong ke luar negara dengan membeli buku-buku hasil
terbitan mereka, contohnya penerbit buku ITBM, dengan pembelian yang sangat
berbaloi pembeli boleh melancong hadiah ke Paris. Hebat sungguh hebat sekali!.
Bagaimana para sahabat semua, sudah bersedia untuk ke pesta buku kali ini?.
Pesta buku yang berlangsung selama sepuluh
hari(24April-4Mei 2014) akan memberikan kepuasan yang maksima buat para
pengunjung, di samping diskaun, tawaran hadiah dan pelbagai lagi. Pesta buku
kali ini juga menawarkan pakej Ilmu, banyak program bedah buku bersama penulis,
perkongsian ilmu dan macam-macam lagi disediakan oleh setiap penerbit. Bukan
dapat buku sahaja, tetapi ilmu pun dapat. Itu terpulang kepada masing-masing,
bijak-bijaklah menyusun masa, takut-takut ada yang histeria melihat tawaran
yang pelbagai dalam pesta buku itu nanti.
JOM SERBU PESTA BUKU!.
Tak sabar rasanya saya nak memborong nanti. Yang pastinya buku pilihan saya dari terbitan ITBM dan DBP.
ReplyDeleteYa, Insyallah, jika kelapangan nanti saya turut akan ke sana, manalah tahu ada buku-buku yang berkenan di hati. Saya suka juga buku-buku ITBM, Biar pun bersaiz besar tapi ringan.
ReplyDelete