Saya sertakan tulisan dari Portal Sinar Harian untuk anda fikir-fikirkan;
Membaca itu suatu hiburan
SEGMEN hiburan di media cetak
lazimnya memberi liputan terhadap dunia filem, muzik dan juga teater.
Golongan artis yang
terlibat samada pelakon, penyanyi dan penggiat teater turut menjadi subjek yang
memenuhi kolum-kolum di dada akhbar dan juga majalah.
Melewati
tahun-tahun 2000, mereka yang menjadi pilihan untuk dimuatkan ke dalam segmen
hiburan sudah diperluaskan untuk mencakupi ahli sukan, juruhebah, juruacara,
pembaca berita, hos rancangan, chef, motivator dan tidak ketinggalan juga
golongan ustaz.
Mereka ini sudah
menjadi bahan hiburan kerana terlibat dalam dunia persembahan. Kerana itu,
dunia hiburan kini mempunyai tafsiran yang baharu apabila bidang yang
serius seperti sukan, menyampaikan berita, memasak dan berforum atau berceramah
telah diberi nafas baru yang bertenaga hingga menjadi bidang yang menghiburkan.
Sinar Harian turut
memperluaskan skop hiburan seperti mana-mana penerbitan cetak yang lain.
Bagaimana pun, kami
ingin maju selangkah lagi dengan memasukkan golongan penulis serta buku sebagai
bahan hiburan.
Ini adalah kerana,
perkembangan industri buku, penulisan dan membaca pada hari ini mempunyai
khalayak yang semakin bertambah.
Industri buku
semakin rancak bila kian ramai mereka yang menjadikan membaca sebagai suatu
bentuk rekreasi, melayakkan membaca sebagai salah satu bentuk hiburan.
Justeru itu, untuk
menyemarakkan dunia buku dan pembacaan sempena Pestabuku Antarabangsa Kuala
Lumpur pada tahun ini, Sinar Harian melalui kolum hiburannya ZASS (Zon Artis
Sensasi Santai) akan memulakan segmen GilaBuku satu halaman sehari di sepanjang
tempoh pestabuku tahun ini.
Segmen GilaBuku
akan terus menjadi sisipan 4 halaman tetap ZASS pada setiap Ahad mulai 4 Mei
2014.
Segmen GilaBuku
akan memuatkan aktiviti industri buku, penerbitan buku, penulis, pengkritik,
isu-isu dunia perbukuan, kelab peminat buku dan juga golongan yang menghidupkan
dunia hiburan bentuk baru ini iaitu khalayak pembacanya.
Untuk anda yang
meminati buku, dapatkan liputan awal GilaBuku, di akhbar Sinar Harian Jumaat
ini.
Sangat mengujakan melihat koleksi buku Tuan. Yang pastinya akan bertambah setelah ke pesta buku nanti kan? heheh
ReplyDeleteTerima kasih Cikgu Helmi, Insyallah, jika tiada aral melintang nanti akan ke sana. Semoga paparan gambar tersebut akan bertambah motivasi da terangsang untuk membaca dan terus membaca.
ReplyDeleteSalam.
ReplyDeleteYa Allah, dengkinya saya tengok jumlah buku yang sudah dibaca. Kalau ditambah tahun 2013 dan awal 2014 pun, saya rasa jumlah buku yang saya sudah baca tidak setinggi buku tuan. Kena pupuk minat membaca lagi ni. :)
Wlkmsalam Wan;
ReplyDeleteTerima kasih Wan, ya, semoga terus termotivasi dan terangsang untuk membaca, membaca dan terus membaca, selagi daya, selagi mahu, selagi ada masa dan yang penting, sering saya ingatkan pada diri sendiri agar, bereskan kerja-kerja yang penting dahulu, selepas itu mahu baca, bacalah, semahu-mahunya.
Insyallah Wan, Wab pun boleh baca banyak lagi. Apa yang penting termotivasi dengan paparan gambar tersebut. ok!.
Selamat membaca dan membaca.