Tentang
Koleksi Sajak Entah Apa-Apa Entah; Koleksi Sajak Pasca Reformasi-Kemuncak
kesombongan dan keegoan sang penguasa.
Melalui penulisan
pengenalan ringkas ini, mudah-mudahan dapat difahami oleh para pembaca. Catatan
ini merupakan catatan dalam era pemerintahan Tun Mahathir, ketika itu perasaan
marah, benci, geram, meluat dan pelbagai perasaan tentang pemerintahan sangat
dibenci oleh sebahgaian rakyat Malaysia ketika itu. Selepas pemecatan Dato Sri
Anwar Ibrahim, berlakulah era reformasi yang dilaungkan oleh Anwar Ibrahim.
Suhu panas
politik semasa ketika itu amat membahang, demontrasi di sana-sini.
Ceramah-ceramah dianjurkan oleh penyokong Anwar Ibrahim berlaku di seluruh
negara, begitulah kemuncaknya permusuhan politik Anwar dengan Mahathir.
Perpaduan Melayu tergugat lebih-lebih lagi UMNO yang menunjangi kerajaan waktu
itu. Mahathir tidak berdiam diri. Dengan menggunakan segala kemudahan instrumen
kerajaan bagi menyahkan gelombang reformasi Anwar Ibrahim.
Kemuncak itulah,
dari setahun ke setahun, keegoan dan kesombongan bagi pendapat penulis rakyat
biasa ini, Mahathir makin terserlah keangkuhannya. Segala media elektronik dan
media cetak sepenuhnya digunakan untuk memberi gambaran yang jelak terhadap
para reform, khususnya serangan ke atas Anwar Ibrahim. Biar pun ketika itu
Anwar sudah di I.S.A kan, namun pihak rejim tidak pernah puas, jika boleh watak
Anwar dimatikan, kemungkinan ada perancangan untuk itu.
Semua yang
berlaku ini, sangat menekan sebahgian rakyat, juga terhadap diri penulis secara
pribadinya. Sebab itu lahir catatan-catatan yang mengecam, membidas,
memperleceh, makian, memperbodoh setiap tindakan rejim. Catatan ini
menghasilkan tulisan yang sangat anti pada rejim. Penulis melihat keadaan itu
pada waktu itu, wajib ditentang. Malah rejim sangat zalim dan menindas rakyat.
Sesiapa yang melalui waktu itu pasti mengerti.
Namun begitu
kebencian itu bukanlah pada sosok tubuh sang penguasa itu, tetapi lebih kepada
sikap dan tindak tanduk yang sangat tidak bertamadun yang dilakukan oleh sang
penguasa, pemikiran yang sonsang terhadap agama sangat menjengkelkan, mana
tidaknya jika agama dan sunah nabi boleh dipermainkan, malah seolah-olah agama
hanya diakal-akalkan. Malah kebiadapannya itu tidak ditegur oleh para penasihat
di sisinya. Mereka seperti saiton bisu, bungkem berterusan dan sangat
menghodohkan.
Sehingga kini
pun, usaha-usaha menuntut perubahan tetap berlaku, PRU tahun 99, PRU tahun 2004
(Zaman Pak Lah), PRU 2008 dan PRU 2013 telah memperlihatkan kepada kita bahawa
perubahan telah berlaku sedikit demi sedikit bahkan amat mengejutkan rejim.
Kini rejim sudah beralih tangan, namun Mahathir masih ada lagi, kecelaruan pandangan
beliau makin ketara, namun cengkamannya masih berkuku. Nafsunya masih besar.
Masih tidak ada perubahan pada dirinya untuk tidak mencampuri urusan negara.
Itulah Mahathir,
dulu kini dan selamanya masih begitu, catatan-catatan dalam koleksi ini banyak
menyentuh tentang Tun Mahathir. Penulis bertanggungjawab terhadap apa yang
ditulis.
Di bawah ini,
undian tentang adakah Tun Mahathir seorang Diktaktor?. Keputusan ini...
bagaimana pandangan anda?, kaitkan dengan catatan penulis dalam koleksi ini. Adakah
ada kebenarannya. PRO dan KONTRA...
Namun begitu, penulis
tetap mendoakan agar Tun Mahathir beroleh hidayah dari Allah SWT, melihat
umurnya yang sudah menjangkau 80tahun lebih. Mudah-mudahan dalam usia begitu
beliau dapat bermuhasabah. Itu pun jika beliau insaf dan sedar.
Sekian.
No comments:
Post a Comment