Kangkung ‘MeleTOP’
Beberapa minggu
lalu kecoh betul di media-media sosial samaada di facebook, twitter, laman web,
blog, instagram, dan sebagainya. Malah setiap ayat diungkapakan pasti ada
perkataan kangkung. Para penulis sajak turut menulis sajak kangkung dengan
pelbagai versi. Ini gara-gara pemimpin
negara semasa bercakap tentang kenaikan dan penurunan harga barang. Ia telah
menjadi bahan lawak jenaka seluruh negara, bahkan dunia turut mengetahui
tentang perkara ini.
Kangkung, kangkung
dan kangkung, tak perlulah saya difinasikan apa itu kangkung, semua orang tahu,
pernah lihat, sentuh dan makan sebagai menu harian adakalanya. Lawak kangkung
ini menjadi lawak maharaja lawak mega, ia menjadi jenaka terkini. Habis semua
segala menu kangkung dipromosikan. Gambar-gambar kangkung di sana-sini.
Kangkung sudah ‘MeleTOP’, bak kata neelofa.
Malah dengan
kekeratifan mereka yang berkebolehan, klip ucapan pm telah diubah suai dengan
lagu kangkungnya, klip-klip video yang lain pun turut dibikin, sungguh gawat
dan lucu sekali. Seluruh negara ketawa terbahak-bahak melihat dan menontotnya.
Gara-gara kangkung sudah turun harganya. Apa sahaja yang diucap oleh pemimpin
akan menjadi nilaian rakyat yang punyai sentiviti.
Semua Terdedah
Pendedahan dari
maklumat terkini melalui media sosial amat pantas, klik sahaja segala gajet
yang ada ditangan,pasti segala berita baik dan buruk pasti akan dapat dilihat
dan dibaca. Hari ini sesiapa yang tidak punyai akaun fb atau apa sahaja yang
berkaitan dengan media sosial akan dianggap ketinggalan. Maklum zaman serba
canggih sebegini tidak punyai maklumat, harap media arus perdana?...mustahil
mereka akan mendedahkan berita yang tidak menguntungkan mereka.
Apa sahaja yang
dibuat pemimpin negara kini pasti akan terbongkar dan terdedah, pemimpin buat
hari jadi pun rakyat boleh cepat tahu, ke luar negara makan angin dan
macam-macam lagi, pasti akan terbongkar. Inilah teknologi terkini. Siapa mahu
menafikannya lagi. Inilah kesan daripada ICT. Bukankah Tun Mahathir dulu
beria-ia mahukan terbangunya bandaraya pintar seperti Cyebarjaya, Putrajaya
yang punyai akses teknologi ICT?.
Kangkung tetap
kangkung, yang kita tidak mahu pemimpin macam kangkung otak kosong tak
menguntungkan siapa-siapa. Kenaikan harga barang, telah menjadi kemarahan rakyat,
sana-sini membicarakan, Tidak kira orang kecil, orang besar, orang kaya dan
orang miskin kini merasa bebannya. Jangan ditanya siapa yang mengundi kerajaan
yang ada ini, yang mengundi kerajaan hari ini pun sudah ada yang marah-marah
dan mengeluh, tapi apa makna keluhan mereka?, nasi sudah menjadi bubur...padan
muka untuk mereka dan juga kita ini.
Tak Tahu Pilih
Pemimpin
Lima tahun sekali
pun masih tidak tahu menilai, boboroknya sistem yang ada kini olahan tangan
mereka yang tidak punyai rasa sensitif dengan apa yang berlaku. Syukurlah,
negara kita aman, kita tak macam Palestin, Afgahnistan, Mesir dan lain-lain
negara. Kita masih boleh makan, anak-anak tak kebulur, biar harga mahal tapi
masih murah berbanding singapura,US...itulah pemikiran yang lemah dijajah
bertahun-tahun oleh bangsa warisan penjajah. Tak apalah yang penting Melayu masih
memerintah...tak apalah...
Sedar-Sedarlah
Sikit
Pembangkang pula
masih mahu berpolitik, tak habis-habis masing-masing mahu tunjuk hero, buatlah
kerja. Inikan masa bekerja, masa mahu buktikan pada rakyat yang mengharapkan
sesuatu yang baik untuk mereka. Tanganilah setiap perselisihan atau pun
pergolakan yang berlaku dengan bijak. Takkan mahu sama dengan parti yang sedang
memerintah negara sekarang?.
Ingat-ingatlah
sikit, rakyat sedang melihat-lihat, memperhati kalian sebagai pemimpin. Dalam
media sosial hari ini juga, sudah ramai yang melahirkan kekecewaan dan ‘keboringan’
mereka terhadap pemimpin pembangkang ini. Takkanlah anda mahu macam kangkung
juga. Bijak-bijaklah menjadi pemimpin, jauhilah dari terlajak macam pemimpin
sebelah sana. Ingat kuasa yang ada ini bila-bila masa boleh terbang jika asyik
mahu bertelagah dan berselisih.
Kita faham dan
sedar, perselisihan, pertelingkahan, pergaduhan dan apa yang dinamakan krisis
berlaku di mana-mana. Bahkan suami isteri pun ada bergaduh-gaduh,
bermasam-muka, tidak bertegur sapa dan macam-macam lagi, itu biasalah. Nama pun
manusia, tidak pernah sepi dari membuat silap salah. Tapi patut-patutlah,
jangan sampai macam mahu roboh dibuatnya. Muhasabahlah...
Rakyat sekarang
sedang dan tengah terbeban dengan macam-macam kenaikan, hanya kangkung sahaja
yang murah, sebagai parti yang konon harapan rakyat maka buktikanlah sebaiknya.
Ingatlah semua itu diperhati dan dinilai oleh rakyat yang sekarang sudah
bijak-bijak, mereka tidak bodoh-bodoh lagi macam dulu-dulu.
Mereka ada internet
ditangan mereka. Masuk tandas pun mereka masih boleh online lagi.
Apa lagi...dan lagi
apa?... macam-macam yang mahu diutarakan di sini, tapi rasa cukuplah sekadar
ini sahaja, maklum sudah lapar nak makan, nasi putih, sayur kangkung dan ikan
masin, sedap hingga menjilat jari. Kangkung pun kangkunglah.
INGAT JANGAN JADI
KANGKUNG.
Sekian.
No comments:
Post a Comment