Sebenarnya seawal
usia kita masuk sekolah, kita sudah pandai menulis, sekadar menulis A.B dan
C... bukankah itu sudah dikatakan boleh menulis. Apa susahnya menulis?, Ya, apa
susahnya menulis. Jarang sekali kita dengar susahnya membaca, tetapi kerap kali
kita dengar malaslah membaca novel atau buku tebal-tebal. Baca sedikit dan
sekejap mata sudah mengantuk, mulut mula menguap, akhirnya tidur. Itu tentang
membaca.
Kita cakap-cakap
pasal menulis, apa sahaja yang mahu ditulis. Pernah satu masa, saya
mengesyorkan anak buah sebelah isteri, menulis dalam blog. Melihat nukilan atau
tulisan di laman muka buku sangat bagus, panjang pula tu. Tapi apa jawapannya.
Tak ada masa nak tulis dalam blog.
Oklah tidak
mengapa, apa bezanya ya menulis di muka buku dengan blog. Menulis juga kan’,
mungkin menulis di blog kena banyak masa, menulis di muka buku tidak begitu
agaknya, pun begitu prosesnya juga bukankah menulis, ya, menulis. Menulislah,
itu sahaja saranannya, di blog atau muka buku, terpulang!.
Menulis, menulis
dan menulis itu sahaja, apa-apa sahaja yang boleh dikongsikan dan dimanfaatkan
oleh khalayak. Pengalaman, apa-apa sahaja pengalaman yang pernah dilalui, suka,
duka, manis, pahit, pilu, sedih dan banyak lagi boleh dikongsi. Kisah kejayaan
pribadi atau kebahagian pribadi, juga boleh dikongsikan, mungkin ada
nilai-nilai motivasi buat pembaca.
Pengalaman belajar
di luar negara, melancong, perjalanan Umrah atau Haji, bertugas di luar negara,
pengalaman masuk hutan, mendaki gunung, belayar di lautan mengelilingi bumi,
merentasi berenang lautan Inggeris dan bermacam lagi pengalaman yang boleh
ditulis. Itu semua ada nilai-nilai murni, semangat dan motivasi buat khalayak
pembaca.
Dan apa yang saya
sekarang lakukan juga adalah proses menulis, menulis apa sahaja yang terlintas
di minda saya, entah betul atau tidak hanya pembaca yang sudi membaca dan
memahami maksud tulisan saya ini. Memaksa diri untuk menulis seperti saya
memaksa diri untuk membaca, membaca dan terus membaca.
Akhir dari penulisan
ini, agar rangsanglah diri agar terus menulis. Agar kehidupan ini semakin indah
dengan adanya perkongsian penulisan dari semua golongan. Orang muda dengan gaya
dan pengalaman penulisannya, juga orang dewasa, tua dan sebagainya turut
berkongsi dalam penulisannya.
Pada akhirnya
nanti, masyarakat akan lebih peka tentang sesuatu perkara yang berlaku
disekitaran mereka, lalu mereka mengambil kertas dan pena, menukilkan apa
sahaja yang mereka lihat. Ia akan berkembang dan terus berkembang menjadi
sebuah episod yang tiada kesudahannya. Kalau begitu, siapa kata kita tidak tahu
menulis?.
Selamat membaca dan
menulis!.
No comments:
Post a Comment