Beberapa minggu
lalu pada sebelah petang, bersama anak buah Amer Amerul ke Tesco Setia Alam.
Bertujuan untuk menyemak penyata ahli KWSP. Setelah menyemak penyata KWSP, saya
mengambil kesempatan untuk singgah di kedai buku Sinar Bistari di tingkat atas
Tesco Setia Alam.
Ia merupakan
distinasi utama saya, bila ke Tesco. Kalau dahulu, kedai buku Granmedia menjadi
tempat persinggahan, tapi oleh kerana kedai tersebut sudah berpindah. Kini
kedai buku Sinar Bistari pula menjadi sasaran saya pula.
Ke Kedai Buku Sinar
Mengambil
kesempatan beberapa minit untuk memasuki dan mencari beberapa buah buku untuk
dibeli. Saya tidak mengambil masa yang lama. Pusing-pusing sekejap dibahagian
penerbitan buku lain seperti PTS, Galeri Ilmu, Mustread dan lain-lain. Maklum
ada lagi sesi penting untuk diselesaikan bersama anak buah.
Tanpa banyak
memilih saya capai sahaja dua buah buku baharu terbitan Grup Buku Karangkraf.
Buku-buku tersebut bertajuk ‘Memacu Transformasi’ tulisan Saifuddin
Abdullah dan ‘Maaf Cakap’ tulisan Norden Mohamed. Kedua-dua buku
tersebut baharu sahaja terbit beberapa minggu yang lalu.
Bolehlah untuk saya
baca, pada masa-masa yang terluang. Seronok bila dapat buku baharu, tidak sabar
untuk membukanya dan menyelak-nyelak isikandungan buku tersebut. Dalam kereta
lagi saya sudah buka bungkusan plastik tersebut.
Bolehlah nanti
baca, ketika kerja shift malam. Itulah masa yang banyak boleh saya membaca,
terutamanya pada waktu rehat. Insyallah, pada kesempatan yang lain saya akan
kongsikan kedua-dua buah buku tersebut dalam penulisan yang lain nanti.
Ke KFC Setia Alam
Sambil makan-makan
ayam. Amer menerangkan tentang Unit Trust, sambil mendengar penerangan dari
anak buah, tangan saya asyik membelek buku-buku tadi. Dalam hati tidak sabar
untuk membacanya nanti. Amer terus terangkan pasal Unit Trust, Amer rekmen saya
supaya masuk unit trust. Untung...dan berbaloi nanti, katanya, biasalah bodek
Aciknya.
Dia kata
pulangannya lebih lumayan pada masa akan datang, saya dengar sahaja apa yang dia
terangkan. Tanpa banyak pertanyaan saya terus setuju dengan cadangannya itu.
Terus sign borang untuk menyertai skim tersebut. Mudah-mudahan taklah ada
penipuan seperti skim-skim yang lain. Itulah harapan setiap pelabur seperti
saya.
Untung-untung umur panjang,
dapat menikamti hasilnya.Tidak pun para warislah yang akan dapat menikmatinya
nanti. Dua perkara dapat hari ini, dapat buku dan dapat ilmu tentang Unit Trust.
Semoga anak buah, sukses dengan kerjayanya itu.
Selamat membaca!.
No comments:
Post a Comment