Wednesday, November 7, 2012

Buku Dan Ceramah





Setiap kali ada ceramah, tidak kira lah sama ada di masjid mahu pun di tempat awam, di dewan orang ramai. Biasa nya akan ada jualan. Ada yang jual ubat, jual makanan, jual pakaian, jual minyak kereta, jual buku pun ada. Bak kata meriah setiap kali ada ceramah ( Ceramah politik: isu-isu semasa )di tempat-tempat umum, namanya pun ceramah umum.
                                                 
Apa yang saya suka bila ada gerai menjual buku-buku. Itu lah destinasi yang saya tuju, mana tahu lah ada buku-buku yang terkini. Peluang yang ada ambil kesempatan untuk meninjau-ninjau ke situ sambil-sambil dengar ceramah. Itu jika di tempat ceramah umum.

Manakala ceramah yang di adakan di masjid, biasanya habis ceramah dan menunaikan solat isya baru berpeluang untuk melihat-lihat dan membeli jika berkenan dengan buku yang ada. Biasanya para penceramah rajin membawa kitab atau buku untuk mereka jual pada para jemaah. Mereka gunakan duit jualan itu untuk membina madrasah, pusat tahfiz dan lain-lain.

Adakalanya pihak masjid juga menjemput penceramah yang juga seorang penulis, dalam kesempatan itu penceramah juga memperkatakan bukunya dan dengan tidak langsung memperomosikan hasil tulisan mereka. Sudah satu trend baharu, apa yang saya lihat pihak masjid menjemput penulis-penulis membicarakan hasil penulisan mereka.

Sudah tentunya mereka di kalangan ilmuan yang berkelayakan dalam membicarakan perihal buku yang mereka hasilkan. Kuliah-kuliah buku ini sangat menarik sekali. Ini merupakan pembaharuan yang sangat di alu-alukan. Bagi saya itu sesuatau yang sangat baik dan menarik. Di samping itu juga, jika setiap kali ada ceramah di adakan jualan buku-buku, tak kira lah apa jenis buku yang penting membawa kebaikan pada semua. Ini juga bagi menggalakkan orang ramai peka dengan amalan membaca.

Biasa nya saya akan membeli beberapa buah buku untuk ole-ole di bawa balik. Bergantung kepada duit yang di bawa. Walau pun sebuah buku, itu pun cukup memuaskan hati saya. Apa yang penting ada buku yang dapat di miliki. Memang seronok jika memiliki buku. Saya harap sahabat-sahabat pun begitu.

Sekian, sekadar perkongsian.

Jom Membaca Dan Menulis.

No comments:

Post a Comment