Selama
tiga malam, saya tidur lewat untuk mengemas rak majalah yang mengandungi
koleksi majalah politik. Majalah politik yang saya beli dan simpan sekitar
tahun 1997-2003. Ia nya punyai nostalgia tersendiri buat saya, majalah-majalah
itu yang memberi kefahaman terhadap pergolakan politik tanah air waktu itu.
Maklum waktu itu situasi politik kita sangat panas. Setelah kebangkitan rakyat
tentang kuasa reformasi bagi mengugah kuasa pemerintah yang ada waktu itu.
Majalah-majalah ini memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman tentang
situasi politik pada waktu itu.
Saya
tidak pernah ketinggalan setiap keluaran akan membelinya. Dengan pelbagai
tajuk-tajuk yang panas mengegarkan politik tanah air kita. Sedar tidak sedar ia
menjadi koleksi dalam bilik buku saya. Mungkin pada masa hadapan akan menjadi
bahan rujukan dan sejarah untuk anak-anak saya mengambilnya sebagai bahan
rujukan untuk mereka. Namun kini, seolah lesu, tiada lagi majalah-majalah
seperti yang ada dalam koleksi simpanan saya.
Mungkin
hasil dari wujud nya blog-blog atau laman-laman sosial yang sangat banyaknya
menulis berkaitan politik tanah air kita, maka para penulis majalah politik
tidak lagi mahu menerbitkan majalah politik semasa dan mungkin tidak mahu mengambil
risiko tentang halangan dari pihak berkuasa, terutamnya dalam isu permit. Apa
pun saya mengharapkan akan muncul semula majalah politik yang sangat perlu,
biar pun media maya kian menerima sambutan dan menguasai nya.
Saya,
kongsikan gambar koleksi majalah politik tersebu;
PELBAGAI KOLEKSI MAJALAH POLITIK
Koleksi Majalah Politik EDITOR LUTFI OTHMAN
Koleksi Majalah Politik DETIK
Koleksi Majalah Politik GELETEK
Koleksi Majalah Politik KONSEP
Koleksi Majalah Politik ANEKA PERISTIWA
Koleksi Majalah Politik ISU
Koleksi Majalah Politik PLANET HIJAU PELBAGAI TAJUK
Koleksi Majalah Politik TAMADUN
Koleksi Majalah Politik SUARA
Koleksi Majalah Politik EDITOR TERMIZI MOHD JAM
Koleksi Majalah Politik EDITOR SURIA JANIB
LAIN-LAIN KOLEKSI MAJALAH POLITIK
Jom Membaca Dan Menulis.