Gambar hiasan dari blog Halmysamad.
Alhamdulillah,syukur
pada Allah SWT sekali lagi di pertemukan dalam dunia maya ini.Persaingan hidup
yang semakin hangat.Kemajuan teknologi semakin pesat.Dengan sekali
klik,bermacam-macam maklumat dan ilmu dari serata dunia dapat kita baca dan
mejadikan kita berfikir dengan bijak dan matang.Minda jadi segar dengan
membaca.Baca apa sahaja yang kita mampu baca,ambil panduan yang di nukilkan
oleh sang pengarang untuk pembaca.
Buku
sudah menjadi sumber maklumat dan panduan sejak berkurun lamanya.Tulisan-tulisan
yang di hasilkan oleh para ilmuan Islam dan Ilmuan barat sudah merata-rata
tersebar.Ramai orang membacanya,mengkaji,berhujah,berdebat dan pelbagai ilmu
lain yang lain muncul dengan hasil membaca buku-buku tersebut.Membaca sejarah
kehidupan mereka yang cinta dan menikmati keindahan buku sangat
mengujakan.Menulis berjilid-jilid buku atau kitab untuk tatapan masa depan umat
telah di lakukan oleh ilmuan Islam seperti Imam Nawawi,Imam Ghazali dan
lain-lain lagi.
Bukankah
sejarah sudah membuktikan,kewujudan tamadun yang hebat kerana ramainya
ilmuan-ilmuan yang bertanggungjawab dengan menulis pelbagai ilmu untuk di
tinggalkan umat di kemudian hari.Baghdad pernah menjadi ibukota ilmu bertaraf
antarabangsa.Pelbagai ilmu dan buku-buku yang terdapat di dalamnya.Namun
akhirnya musnah dek kerakusan musuh.Maka sepanjang sungai airnya hitam dengan
kitab-kitab yang di buang kedalam sungai menjadikan airnya hitam kepekatan
lunturan dakwat dari kitab-kitab yang di buang kedalamnya.
Hari
ini,buku dalam apa jenis pun laku dan
laris oleh mereka yang cinta dan sayang dengan buku-buku yang terbit.Mereka
sebagai penagih cinta buku.Amat menghargainya.Berapa harga nilai sesebuah buku
sanggup mereka miliki.Yang penting bagi mereka kecintaan dan kerinduan pada
buku terubat.Hebat dan kuatnya pengaruh buku pada setiap penagih dan
pencintanya.Apakah mereka lalai dari semua urusan dunianya ?.
Tidak
sekali-kali tidak,bahkan mereka mengikuti dengan penuh perihatin dan minat apa
yang berlaku dalam dunia yang semakin bergolak ini.Namun buku tetap menjadi
teman sejati buat mereka.Malah mereka membukukan apa yang terjadi di hadapan
mereka.Dengan buku mereka dapat melahirkan sebuah buku lagi untuk di nikmati
dan di cintai oleh pencita-pencita buku yang lain.Hebat bukan?.Dengan membaca
buku si penagih buku bisa melahirkan buku.Yang tentunya untuk tatapan generasi
masa depan.
Untuk
akhirnya,saya kongsikan sebuah sajak yang saya kutip dari majalah Dewan Sastera
terbitan DBP,sajak perihal buku,yang di tulis oleh Baha Zain. Nah,saya sajikan
untuk sahabat semua,moga terbuka hati dan mendapat suntikan motivasi untuk
minat membaca buku;
Buku
Buku
adalah teman bicara yang pendiam
tatkala
sunyi engkau ramah di sisi,
tatkala
sibuk engkau setia menanti,
terbuka
di atas meja atau tegak berdiri
di
rak almari,
sampai
aku datang membelai, helai demi helai;
dan
dari kulit ke kulit sampai selesai.
Kata
orang, engkau adalah amanah bangsa,
mengabdikan
luka-luka sejarah,dan kesucian
daulatnya,
menyuarakan
mimpi-mimpi rakyat
dan
bayangan masa depan.
Engkau
bukan sekadar teman, tetapi
pengingat
zaman,
tentang
akar hidup di dasar bumi, dan
arah
pucuk di udara,
supaya
orang tidak lupa daratan,
dan
bijak mentadbir dunia.
Siapakah
yang bijak tidak dicerdikan oleh buku?
Buku
adalah guru yang menerangi akal perasaan,
seperti
kolam jernih sewaktu terang bulan,
memancarkan
keindahan, memancarkan
kebenaran.
Bercintalah
dengan buku sewaktu guru tiada,
buku
tidak memilih dan memihak kepada sesiapa,
kata-katanya
yang baik mengajar orang menjadi
Manusia.
Baha Zain
Febuaru
2012
(
Tulisan ini sekadar luahan yang terlintas di fikiran penulis,mana-mana fakta
yang salah dalam tulisan ini mohon di perbetulkan dan teguran).
No comments:
Post a Comment