Syukur Alhamdulilah,masih di beri keizinan lagi bertemu di dalam dunia maya,berkongsi penulisan buat sahabat semua.Dalam pertemuan hari ini saya post kembali tulisan yang sudah pernah saya post pada tahun yang lalu. Moga ada manfaatnya.
Ramadan Bulan
Membaca
Assalamualaikum dan salam sejahtera,dengan izinnya dapat bertemu lagi di dunia blog hari ini,Alhamdulillah juga kita masih diizinkan untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini,moga segala amal ibadah kita di terima Allah SWT.
Kalau kita lihat di kaca telivesyen
kita,kita akan perasan iklan-iklan dari penerbit-penerbit buku,dalam
melaksanakan kempen membaca buku keluaran mereka,nampaknya mereka bersaing bagi
menawan hati setiap penonton supaya membaca dan seterusnya membeli buku-buku
hasil terbitan mereka,bagi aku,ini adalah usaha yang sangat baik dan seharusnya
di sokong oleh setiap masyarakat di Malaysia.
Ada penerbit menawarkan sambil
membeli, kita turut boleh beramal,dengan hasil belian buku yang kita beli,wang
itu akan di dermakan sebahagiannya kepada mereka yang memerlukan,ini sangat
bagus dan cantik sekali.Walaupun bulan puasa,tidak menghentikan kita dari
tabiat terus membaca buku.
Bukankah Ramadan adalah bulan
membaca,bulan yang sangat di galakan untuk kita menelaah,mentadarus
Al-Quran,sebuah kitab yang agung sebagai panduan hidup seluruh makhluk di bumi
ini,yang mana turunnya juga dalam bulan Ramadan,apakah kita sebagai orang yang
mengaku Islam tidak mahu menyahut seruan ini.
Dalam Al-Quran ada
menyebutkannya,tentang turunnya Al-Quran di bulan yang mulia ini;
“..bulan Ramadan yang padanya
diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,dan menjadi
keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk,dan (menjelaskan) perbezaan
antara yang benar dan yang salah.."
Surah:AL-Baqarah ayat:185
Sebuah kitab yang sarat dengan
panduan dan rujukan yang terbaik,di dalamnya ada panduan dalam melayari bahtera
kehidupan,di dalamnya ada panduan untuk
bernegara,rumahtangga,berpolitik,berperang,perpaduan dan bermacam lagi bentuk
seruan dan larangan yang semuannya itu menyeru kepada manusia agar mentaati
segala perintahnya dan menjauhi segala bentuk larangannya.Siapakah yang
menafikan semua ini,kecuali golongan yang tidak beriman dan mengakui kerasulan
Nabi SAW.Ia merupakan mukjizat yang teragung yang di turunkan melalui
perantaraan Jibril kepada Nabi SAW.
Jadi membaca adalah satu seruan yang
sangat murni,lebih-lebih lagi membaca al-Quran di bulan Ramadan yang mulia
ini,Di mana juga kita berada,Quran tetap menjadi panduan dalam kehidupan
kita,menjadi bacaan rutin harian kita,membacanya tidak akan menimbulkan rasa
jemu berlainan jika kita membaca bahan bacaan lain,mungkin kita akan bosan kalau
asyik membaca buku yang sama,kita akan cari buku baru bagi memuaskan hati
kita,tetapi tidak dengan Quran,membacanya kita akan tenang dan tenteram jiwa
kita,itulah keagungan mukjizat Al-Quran,tiada tandingannya.
Usahakanlah Ramadan kali ini untuk
kita membaca Al-quran,juga di samping itu membaca buku-buku yang bermanfaat
untuk kita,terutamnya buku-buku agama yang sekarang berlambak di pasaran
buku.Penerbit buku baru juga ramai yang dah bersaing bagi menawan hati setiap
peminat buku,jangan jadikan Ramadan untuk bermalas-malasan membaca,membacalah
walau sehelai muka surat,lebih-lebih lagi Al-Quran.Membaca terus walaupaun
dalam keadaan berpuasa,pasti ilmu yang kita dapat mendapat keberkatan dari
Allah SWT.
Kesimpulannya,membacalah walau di
mana anda berada,hari apa,bulan apa,di mana pun anda berada kerana membaca
adalah tuntutan yang sangat terpuji,Ia termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.
Semoga segala amalan kita di terima oleh Allah SWT.
Amin Ya..Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis...!
No comments:
Post a Comment