Bingkisan Dari Negeri Di Bawah Bayu
Syukur
Alhamdulillah dengan izin Allah SWT masih diberikan kesihatan dan kesempatan
waktu untuk turut sama-sama memeriahkan dan mengimarahkan bulan Ramadan yang
mulia ini.Kesempatan pada malam ini,dapat menunaikan solat Isya dan solat sunat
terawih di masjid as-syarif Meru.Malam ini sengaja saya bersolat di masjid
as-syarif,kerana ada tetamu istimewa yang akan menyampaikan tazkirah selepas
terawih.
Alhamdulillah
solat terawih di masjid as-syarif sangat meriah dan imarah sekali,di mana-mana
pun suasananya memang begini,bisik hati saya.Semoga hingga ke akhir Ramadan
suasana ini berkekalan.Harapan saya dan mungkin juga harapan orang
ramai.Begitulah suasana indah dalam bulan Ramadan,selepas solat terawih ada
majlis ilmu.Buat menambah bekal ke akhirat nanti.Menuntut ilmu suatu kewajipan
yang mesti di tunaikan,di mana-mana masjid dan surau pun akan mengadakan
tazkirah selepas terawih.
Pada
malam ini,tazkirah terawih di sampaikan oleh tetamu istimewa bekas penyanyi
kumpulan nasyid yang popular ditanahair kita sedikit masa yang lalu,Nazry
Johani.Beliau telah bergelangang dalam dunia dakwah setelah keluar dari
kumpulan Raihan.Kini aktiviti beliau lebih banyak berdakwah di tanah tumpah
kelahirannya,Negeri Sabah Di bawah Bayu,tempat kelahiran beliau di Ranau.Malam
ini beliau mewakili AMAL CARE MALAYSIA,satu badan Ngo yang membuat kerja-kerja
amal dan dakwah di seluruh tanahair,Sabah dan Sarawak kini sebagai sasaran
dakwah mereka.
Nazry
mengajak para jamaah beristighfar bersama-sama sambil di selangi satu
persembahan slideshow dan tayangan video ringkas menunjukkan kedudukan dan gambaran
umat Islam Sabah waktu kini.Rasa sebak dan sangat menyentuh hati melihat
perkembangan terkini saudara seagama kita di negeri di bawah bayu,Saya yakin
ramai yang menitis airmata melihat gambar-gambar dan video yang
ditayangkan.Bagai tidak percaya,begitu sekali nasib kehidupan umat Islam di
sabah,setelah sekian lama di bawah pemerintah yang mengaku beragama Islam
,namun nasib keadaan bangsa dan agamanya tidak mengambarkan akan kemajuan yang
di gembar-gemburkan selama ini.
Terus
terang saya katakan,sungguh pilu dan memilukan.Kemudahan infrastukutur sekian
lamanya begitu.Hubungan jalan raya,aduh..begitu kah?. Nazry Johani menyatakan
jalan rayanya ada yang berbatu besar,kalau naik kancil habis tinggal
rangka.Beliau menyedarkan umat Islam di meru agar menginfakan atau menderma
harta yang ada untuk umat Islam di sabah.Betulah ramai orang membuat
infaq,derma,sedekah,buat korban dan sebagainya di Negara jiran seperti kemboja
dan lain-lain Negara,itu tidak salah,ya baik memang sangat baik,namun hakikat
sebenarnya saudar kita seislam di seberang sana juga memerlukan bantuan seperti
Negara jiran kita.
Sungguh
menyentuh kalbu,kalau mahu di katakana ini rintihan,ya memang ini rintihan umat
Islam sabah,Mereka dahagakan ilmu Islam dari para daie atau pendakwah.Malah ada
yang puluhan tahun Islam tetapi mereka tidak tahu solat,tidak tahu siapa Tuhan
mereka.Aduh..pilunya,tugas siapa kah ini?.Tuhan maafkan aku jika aku tidak
mampu untuk menyampaikan dakwah ku untuk mereka,sekadar doa dan derma yang aku
mampu berikan..”.Rintih hati ini.Melihat gambar-gambar gereja di setiap tempat
dan pelusuk kawasan di negeri sabah,ini membawa makna,golongan kristian tidak
pernah jemu dan rehat menyampaikan dakyah-dakyah mereka kepada seluruh penduduk
pendalaman sabah,Timbul persoalan di benak saya.Apakah misi kristianisasi
mereka sudah berjaya di sabah dan Sarawak?.Sungguh mereka begitu bertungkus
lumus menyampaikan dakyah agama mereka.Kita ..?. Masih leka dan lena di
buai-buai mimpi indah yang melupakan sudara kita di negeri sabah dan Sarawak .”Ya..Allah maafkan aku hamba yang leka...”.
Ya,sesungguhnya
bingkisan Nazry Johani pada malam ini sungguh mengejutkan umat Islam di Meru
barangkali.Kutipan derma melalui tabung yang di sediakan menerima sambutan dari
para jemaah.Inilah sumbangan dan infaq kami di sini,buat mu,saudara Islam kami
di Sabah dan juga di Sarawak.Doa dan harapan kami agar misi bantuan dan dakwah
oleh para ngo dan AMAL CARE MALAYSIA di permudahkan oleh Allah SWT demi
menyelamatkan akidah dan kehidupan saudara seagama kita.
Nazry
Johani mengakhiri perkongsian bingkisan dari Sabah dengan zikir
‘Laillaha’illah’ dan taubat serta doa munajat .Sungguh hening dan menyentuh
hati para jamaah.Semoga rayuan dan doa yang di panjatkan di terima dan di
makbulkan oleh Allah SWT.Sesungguhnya malam ini adalah malam yang penuh indah
dan syahdu buat saya.Moga keinsafan ini terus berkekalan .Ya Rabb..bantulah dan
permudahkanlah apa yang hamba mu lakukan ini.Semoga Engkau menerima segala amal
bakti kami..”
Amin
Ya Rabb..!!!
Jom Membaca..Jom Menulis...!
No comments:
Post a Comment