Jumaat Yang Syahdu
Selamat berpuasa kepada sahabat semua,
Kematian itu datang dengan tiba-tiba,tanpa di jemput
atau di minta-minta.Datang pada bila-bila masa sama ada di waktu sakit mahu pun
sihat ceria.Mati itu pasti,di mana pun tika itu kita berada.Di rumah,di ofis,
di samudera yang luas, di kamar mandi dan di mana jua tempat dan situasi kita
berada. Mahu tidak mahu pasti melaluinya.Ya begitulah kematian bila menjemput
tidak boleh di tahan barang sesaat pun.
Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai
mati.” (Surah Ali ‘Imran ayat 185).
Berita kematian yang di sampaikan dari dua orang
sahabat kampong telah mengejutkan saya,bila baca sms yang di kirim oleh mereka
menyatakan telah kembali ke rahmatullah seorang warga penduduk kampong pada
malam jumaat jam 8:45 malam ini.Dalam bulan Ramadan yang mulia ini Allah SWT
telah menjemput hambanya kepangkuan-Nya.Begitulah kehidupan yang kita lalui
saban hari dan waktu,ada sahaja insan-insan yang di sayangi yang pergi
menjemput panggilan ilahi.Semoga juga kematian Almarhumah di malam jumaat yang
mulia itu beroleh kebaikan seperti sebuah maksud hadis di bawah;
Diriwayatkan dari Imam
at-Turmuzi dalam himpunan hadis dari Abdullah Bin A'mru telah berkata: Bersabda
Nabi Sallahu Alaihi Wasallam:
Tidaklah seseorang Muslim itu meninggal dunia pada
hari jumaat atau pada malam Jumaat melainkan Allah menyelamatkannya dari
fitnah kubur.
(Berkata al-Albani dalam Ahkam
Janaiz, hadis yang dihimpunkan dari pelbagai toriq adalah hasan atau
sohih).
Pagi ini (27/07/2012-Jumaat),hari kelima kita
berpuasa,dengan izin Allah di beri kesempatan untuk ziarah kematian di kampong
asal,ziarah kematian ahli kariah.Hidup yang sementara di akhiri dengan
kematian,begitulah yang mula pasti berakhir,yang pangkal akan ke penghujung.Distinasi
yang pasti dan bakal semua lalui.Kita adalah bakal-bakal calon jenazah.Bila
adanya kematian,maka ia kan menjadi k motivasi kita agar sentiasa bersedia
mempersiapkan diri dengan mengumpul amal bakti sebanyak-banyaknya untuk di bawa
ke sana nanti.
Dengan menziarahi kematian akan mengingatkan kehidupan
yang sebenar lagi abadi,ia suatu yang perlu di ingati selalu,sumber motivasi
agar kita tidak terus lalai dan leka dengan dunia yang sementara ini. Maka bila
adanya suatau kematian,kita sama-sama ziarah untuk menghormatinya.Beruntungnya
mereka yang ziarah kematian sehingga ia dapat turut sama-sama menyembahyangkan
jenazah tersebut;
Daripada
Abu Hurairah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda, maksudnya:
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
"Sesiapa yang hadir menziarah jenazah sehingga dia dapat menyembahyangkannya, maka baginya mendapat pahala sebuah gunung dan sesiapa hadir menziarah sehingga jenazah itu dikebumikan. Maka ia mendapat pahala sebesar dua buah gunung."
(Riwayat
Bukhari dan Muslim)
Bila ziarah kematian,sering kali saya terbayang-bayang
seandainya situasi ini akan terjadi pada diri saya.Ya..kehilangan keluarga
tersayang,siapa yang tidak bersedih dan menangisi insan yang kita
sayangi.Kehilangan Ibu atau Ayah,satu situasi yang tidak dapat saya gambarkan.
“Ya.. Allah,satu masa nanti aku juga akan menghadapi situasi ini,maka kuat dan
tabahkanlah hatiku ketika itu..”. Begitu juga rasanya kepada sahabat
kampong yang kehilangan ibunya itu. Semoga Allah menempatkan Almarhumah
bersama-sama orang yang bertaqwa.
Menurut perbualan Yb yang hadir pada pagi itu yag
turur ziarah ,beliau ada satu lagi ziarah kematian di Bukit Kerayong. ‘Kematian
itu pasti’ bisik hati saya.Di mana-mana kematian ada waktu ini. Di benua mana
dan di pelusok dunia hari ini kematian menjemput sesiapa
sahaja,kecil,besar,tua,muda,kaya,miskin,pemerintah,orang kampong,orang besar
dan semuanya kematian sedang mengintai-ngintai mereka termasuk juga saya yang
sedang menulis ini.
Jadikanlah setiap kematian yang berlaku sebagai
iktibar kepada kita yang masih hidup ini.Ia akan sentiasa membuatkan kita
bersiap sedia mempersiapkan bekalan ke sana.Semoga kita sentiasa memperingati
diri,keluarga dan masyarakat Islam keseluruhannya bahawa kematian pasti menjemput
kita pada bila-bila masa sahaja.
Semoga Allah menerima amalan kita.
Amin Ya..Rabb…!!!
Jom Membaca..Jom Menulis..!
salam..
ReplyDeletekematian pasti mnjemput kita
slalu mngingati mati akan
mmbuat hati x leka beribadah