Friday, May 25, 2012

Seronok Dengan Buku




Manusia yang normal pasti suka dengan buku.Apa jenis buku pun bila dibaca pasti menyeronokan.Seronok membacanya hingga ke muka surat terakhir.Rasa puas membacanya dan rasa ingin mengulanginya lagi.Sungguh hebat bukan penangan buku.Baca berulang hingga lusuh dan lunyai buku itu.Jiwa pembaca sangat sensitive bila sebuah buku yang dimilikinya hilang.Sangat sayang dengan bukunya.Cari sampai dapat,biar pun hanya sekadar lupa letak di mana bukunya.

Melihat buku tersusun indah di rak-rak buku juga seronok,rasa sayang dengan khazanah ilmu di dalamnya.Menyentuhnya bagaikan ada getaran magnet agar segera membukanya.Setiap helaian muka suratnya sarat dengan mutiara-mutiara ilmu yang indah.Mengambil ilmunya mencerahkan minda dan terang suluhan cahayanya.Susunan dan ungkapan dalam bahasanya sangat menenagkan pembacanya.Indahnya dan seronoknya bila sentuhan hingga keakhir ayat muka suratnya.

Sungguh tokoh ilmuan Islam waktu dulu sangat cinta dengan buku,sudah pasti kandungan ilmunya yang tinggi.Mereka berjalan sambil membaca,tidur bersama buku,membawa buku di mana sahaja dan pelabagai lagi cara mereka dalam menghargai buku.Rumah-rumah mereka penuh buku-buku daripada perabot indah seperti kita sekarang.Budaya ilmu cukup hidup dalam keluarga dan masyarakatnya.Hidupnya cukup akrab dengan buku.

Ya..itulah sikap mereka,kita bagaimana?.Rumah kita penuh apa?.Tidak salah untuk kita buat apa pun.Cuma budaya kita belum sampai seperti yang mereka lakukan.Kita sarat dengan hiasan-hiasan dalaman,pasu-pasu bunga,arca-arca dan lain-lain.Letak bukunya di mana ya?.Seronokah kita dengan buku?.Perasaan kita dengan buku tidak sama dengan perasaan kita untuk memiliki perabot baru.Tidak seghairah itu.Ya..tidak seghairah itu.

Akhirnya,buku tetap buku,siapa memiliki dan menghargainya pasti ada faedah besar yang di dapatinya.Keseronokannya makin hari makin bertambah,ghairahnya makin meninggi.Cintanya makin mendalam,ya…sedalam mana cinta mu dengan buku?.

Sekadar meluah rasa.

Jom Membaca…!

Monday, May 21, 2012

Pasar Buku Untuk Penggemar Buku


Jualan buku dari but kereta, santai tapi meriah






Berkonsepkan 'jualan but kereta' iaitu aktiviti menjual pelbagai jenis barang baru dan terpakai dari kenderaan masing-masing, Perkarangan Perpustakaan Kuala Lumpur (PKL), di tepi Dataran Merdeka pagi semalam dipenuhi kereta dengan but terbuka berisi buku-buku baru dan terpakai.

Seawal jam lapan pagi hingga 12.30 tengahari, sebanyak 30 kenderaan memenuhi perkarangan PKL dalam program Pasar Buku Kuala Lumpur anjuran Perbadanan Kota Buku.

Buat julung kalinya Perbadanan Kota Buku menganjurkan program ini bagi menghimpunkan penggemar buku dalam aktiviti yang santai dan sederhana.

Menurut pengurus kanan Perbadanan Kota Buku, Razin Abdul Rahman, jualan but kereta yang hanya menjual buku merupakan acara yang  pertama kali diadakan di Malaysia bertujuan menggalakkan penerbit, pembaca, penulis serta penggiat buku untuk menjalankan aktiviti perniagaan dalam suasana yang ringkas tetapi meriah.

"Memang jualan but kereta sudah biasa di Malaysia tapi melibatkan barangan lain. Kalau melibatkan buku, inilah kali pertama di sini.

"Berbanding di luar negara, jualan buku dari but kereta ini memang sangat biasa cuma di Malaysia, ia belum lagi menjadi kebiasaan. Jadi kami mengambil inisiatif mendekatkan masyarakat dengan buku melalui aktiviti ini,"
kata beliau ketika ditemui di program tersebut, semalam.

Melalui aktiviti ini tambah beliau, pemilik buku khususnya penerbit dan penulis boleh menjual karya-karya terbitan mereka dengan harga yang rendah sekaligus menggalakkan pembaca untuk berkunjung ke aktiviti seperti ini pada masa akan datang.

"Kami cuba mudahkan penerbit dan individu untuk menjual buku mereka sebab hari ini mereka tak perlu sewa tapak, hanya maklumkan kepada kami penyertaan mereka. Mereka dapat sepenuhnya hasil jualan buku tanpa sebarang caj dikenakan," katanya.

Razin juga berkata, Pasar Buku Kuala Lumpur akan dijadikan acara bulanan di sekitar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan orang ramai.

"Kota Buku akan mangadakan aktiviti ini sebanyak dua kali sebulan dan boleh disertai sesiapa sahaja.

"Kita akan pilih tempat yang strategik seperti di Taman Tasik Titiwangsa dan kawasan-kawasan rekreasi yang lain,"
katanya sambil melahirkan rasa gembira di atas respons positif yang diberikan orang ramai.

Buku penghibur jiwa

Sementara itu, penyair dan juga pengkaji seni budaya warisan Melayu, Prof Dr. Siti Zainon Ismail menyokong penuh usaha sedemikian dan menyatakan komitmennya untuk turut serta dalam aktiviti yang seterusnya.

Beliau yang turut menjual buku-buku tulisannya dan rakan-rakan seniman lain berkata, aktiviti mendidik dan santai begini sesuai untuk semua golongan.

"Buku merupakan sebahagian dari hidup saya dan saya akan terus menyokong aktiviti seperti ini. kalau kita fikirkan, buku-buku ini memang penghibur jiwa dan memberi ketenangan.

"Saya haraplah semua orang tak kira berpangkat dan berjawatan besar ke, orang biasa ke, tua atau muda, kita sama-sama meriahkan aktiviti begini.

"Contoh bagi saya sendiri, saya boleh terus terus berjumpa dengan anak-anak yang mungkin teringin nak jumpa saya, tapi tak tahu nak cari saya di mana," kata beliau yang ramah dan murah dengan senyuman.

Salah seorang penjual buku, Syikh Sazli Sabri pula berkata, beliau ingin berkongsi buku-buku yang dimilikinya dengan orang lain melalui aktiviti sebegini.

"Saya biasa tinggal di Eropah dan biasa mengikuti aktiviti begini. Jadi saya nak hidupkan budaya ini di Malaysia. Bila kita beli buku, kita hanya baca sekali dan tak ulang lagi. Jadi apa salahnya saya jual semula dengan harga yang murah untuk dikongsi oleh orang lain pula," katanya yang banyak menjual buku cerita kanak-kanak dari dalam dan luar negara.

Selain jualan buku, pasar buku tersebut turut dimeriahkan dengan persembahan gurindam oleh penulis Mohd Sidek Mohd Dollah atau nama penanya Mas Adeki, bacaan puisi oleh Prof Siti Zainon dan lelongan buku yang dikelolakan pengacara televisyen, penyelidik dan perunding kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM), Tuan Sayed Munawar Sayed Mohd Mustar.

Sumber: Harakahdaily

Thursday, May 17, 2012

JOM KE PASAR BUKU



JOM RAMAI-RAMAI KE PASAR BUKU

Perpustakaan Kuala Lumpur dengan kerjasama Kota Buku akan menganjurkan Pasar Buku pada Ahad ini. Berikut butiran program: 

Hari: Ahad 
Tarikh: 20 Mei 2012 
Masa: 8am-1pm
Tempat: Berhampiran Dataran Merdeka

Jumpa disana! 

Sunday, May 13, 2012

Anda Ulat Buku?





Anda akan dilabelkan sebagai ulat buku @ pencinta buku jika anda mempunyai ciri-ciri seperti di bawah:

1. Suka membaca dan membeli buku.

2. Mempunyai koleksi buku-buku peribadi.

3. Setiap kali ada wang atau gajian, akan terus menuju ke kedai buku terlebih dahulu.

4. Kerap membeli buku walaupun buku lama yang baru dibeli belum habis dibaca.

5. Teruja jika ada potongan harga yang ditawarkan di kedai-kedai buku.

6. Membuat persiapan awal untuk menghadiri pesta-pesta buku yang akan berlangsung.

7. Sangat sayang pada buku dan lokek jika ada orang yang ingin meminjamnya.

8. Kemana-mana saja sentiasa berkepit dengan buku.

9. Disetiap sudut rumah akan kelihatan buku-buku.

10. Tidak kedekut untuk membeli buku walaupun sebuah buku itu berharga ratusan ringgit.

11. Tidak hiraukan aktiviti lain, hanya beraktiviti dengan buku-buku saja.

12. Sering lewatkan masa tidur dan rela bersengkang mata untuk menghabiskan bacaan.

13. Membaca buku yang sama berulang-ulang.

14. Dimana-mana saja, hati dan pandangan selalu sebuk membaca buku.

15. Lupa makan, jika sedang kusyuk membaca.

16. Bersedia mengeluarkan wang untuk menyediakan rak-rak untuk penyimpanan buku.

17. Banyak habiskan masa di kedai-kedai buku dan perpustakaan.

18. Tidak suka bersosial kerana masa lebih berharga untuk meneruskan bacaan buku.

19. Tidur dengan buku.

20. Menangis dan kesal jika buku hilang atau dimakan anai-anai.

21. Ingat atau hafal tajuk dan isi kandungan sesebuah buku.

22. Apabila bersama buku, hati menjadi tenang dan kesedihan menjadi sifar.

23. Sakit hati jika melihat orang lain tidak menghargai buku.

24. Sentiasa bersemangat untuk menyudahkan dan memulakan bacaan sesebuah buku.

25. Membaca buku dengan ruh hingga mempengaruhi emosi.

26. Longgokan buku-buku menjadi terapi minda.

27. Sering bercakap, ketawa, bersedih dan menangis kesan dari pembacaan sesebuah buku.

28. Sanggup bersusah payah untuk mendapatkan buku-buku yang sukar ditemui.

29. Tamak dalam membaca buku. Dalam masa yang sama membaca 5 buku sekaligus.

30. Jika berjumpa dengan kawan-kawan yang ada minat yang sama, topik buku akan sentiasa menjadi topik utama.

31. Cemburu jika melihat ditangan orang lain ada buku, sedangkan ditangan sendiri tidak memegang buku.

32. Memenuhi ruang dan dinding rumah dengan susunan buku-buku.

33. Mempunyai impian untuk membuka kedai buku dan memasarkan buku-buku hasil karya sendiri di kedai buku tersebut.

34. Bersemangat mempengaruhi orang lain untuk sama-sama menjiwai kehidupan sebagai ulat buku.

35. Menyimpan banyak penanda buku sebagai koleksi.

36. Suka menghidu bauan buku-buku baru yang terdapat di kedai-kedai buku.

37. Sangat prihatin dengan kesalahan ejaan, tulisan, muka surat dan cetakan pada sesebuah buku.

38. Tidak banyak bercakap, suka mendengar dan selalu menganalisa setiap apa yang orang lain katakan. Ini kerana fikiran sedang menerawang mencari kemiripan dengan apa yang pernah dibaca.

39. Sesekali bercakap, kata-kata yang dituturkan ibarat mutiara yang sangat bernilai harganya dan terpancar cahaya ilmu diwajah.

40. Koleksi buku menjadi perhiasan utama di rumah hingga menimbulkan kekaguman kepada setiap tetamu yang bertandang.



SUMBER:BLOG JOM BACA BUKU

Sunday, May 6, 2012

Teruja Dengan Penulisan Hebat


Sebuah Catatan Dari Seorang Penulis



Melihat kesungguhan para penulis menukilkan apa yang dialami dalam kehidupan mereka dalam bentuk buku sama ada penulisan berbentuk cerpen ,sajak,tarvelog kehidupan dan sebagainya sangat mengujakan saya sebagai pembaca.Mana tidaknya segala pengalaman mereka dilakarkan dalam bentuk sebuah buku.Ini menarik minat saya sebagai pembaca untuk cuba-cuba melakarkan apa yang terjadi dan yang telah terjadi dalam kehidupan saya selama ini.Sekadar berkongsi-kongsi pandangan.

Penulisan dalam blog telah menarik minat saya untuk menukilkan apa-apa sahaja yang berlaku dalam lingkungan yang telah saya alamai.Sesungguhnya membaca buku-buku dari penulis yang hebat melahirkan minat dan keinginan saya untuk turut melahirkan tulisan berbentuk pengalaman yang pernah dilalui.Biarpun pengalaman itu tidak sehebat mana pun,ia nya hanya sekadar  perkongsian pengalaman hidup dari insan biasa seperti saya.

Melalui penulisan blog,saya dapat meluahkan
pengalaman,pandangan,peristiwa dan sebagainya yang sedang di alami.Dari kelahiran seorang cahaya mata(BLOG NUR DANIA BALQIS) hinggalah warna-warni politik Negara yang semakin panas(MUHAMMAD ANAS).Dari ruang hobi dan kegemaran saya kongsikan blog berkenaan buku(JARINGAN PERKONGSIANMINDA ANDA).Ia sebahagaian dari kehidupan saya.Amalan membaca ingin dijadikan budaya dalam kehidupan rumahtangga yang di bina.Melaluinya kita mendapat pelbagai faedah yang tidak didapati oleh mereka yang tidak menyukai amalan membaca.

Penulisan melalui luahan rasa hati,penulisan berbentuk puisi ataupun sajak juga saya wujudkan dengan terbinanya satu blog yang saya namakan AKU BUKAN SASTERWAN,Ia nya mengandungi hasil nukilan rasa melalui penulisan sajak atau puisi,ia bukanlah sehebat mana,sekadar meluah rasa yang berbuku di hati.Sebenarnya apa yang kita lihat,dengar dan lalui itu semua adalah bahan cerita yang boleh kita kongsi bersama.Begitulah rupa-rupanya penulis-penulis hebat yang ada ditanahair kita mengolah ilham hingga menjadi sebuah catatan yang indah dan unggul malah hebat sekali.

Dari catatan kehidupan,pengembaraan,surat-surat,rintihan,keluhan dan pelbagai lagi dapat dikongsikan bersama pembaca-pembaca.Mereka mempunyai ruang waktu untuk terus berkarya kerana segala ilham sering mereka cari mahupun pada diri mereka mahupun yang mereka imaginasikan.Realitinya mereka adalah penulis yang sentiasa peka tentang persekitaran kehidupan yang dilaluinya.Ruang lingkup karya mereka bukan sahaja dari sudut pribadi,namun segenap peristiwa dan kejadian di persekitaran mereka merupakan bahan karya yang di nukilkan untuk di kongsikan bersama.

Sesungguhnya apa sahaja yang terlintas,terbuku,terlihat,terdengar dan apa sahaja yang diimaginasikan boleh sahaja menjadi sebuah catatan perkongsian yang menarik dan bermanfaat.Kekaguman melihat para penulis tanahair dengan karya masing-masing membuatkan saya bercita-cita dan berimpian untuk mengolah sebuah karya untuk  peninggalan warisan akan datang.Namun entah kapan ia nya kan menjadi realiti.Atau kah ia nya hanya angan-angan saya,atau sekadar impian dan angan-angan sahaja.?

Jom Membaca.

(Tulisan ini sekadar pandangan penulis blog ini,salah dan silap mohon di komen)