Sunday, October 10, 2010

Hanya 3 Buah Buku Sahaja Boleh Pinjam



Hari minggu(10hb Oktober 2010,Ahad) yang indah dan ceria,waktu pagi selepas melayari internet,terfikir pula,hari ni adalah hari pemulangan buku pinjaman Perbadanan Perpustakaan Negeri Selangor.Lewat pulang alamat kena denda satu buku 50 sen.Untu mengelakkan denda,saya harus dan mesti pulangkan buku itu hari ini juga,adab meminjam mesti kena pulangkan balik,takkan nak jadi harta pula,harta milik orang ramai mana boleh di simpan sebagai harta sendiri pula.Pulang tetap pulang.Ingat adab menghormati buku..!.

Alhamdulillah,dengan izin Allah jua memberi kesempatan untuk saya sampai ke destinasi di sini.Pergi ke kaunter pemulangan buku,cuba Tanya pada Cik Puan yang jaga kaunter,”Cuma boleh pinjam 3 buah buku je ke..?”.”Kalau nak lebih pinjam boleh gunakan nama isteri atau anak jika mereka ada jadi ahli..”balas Cik Puan jaga kaunter.Maklum tak puas rasanya pinjam 3 buah buku,nanti ada masa yang lain nak suruh Isteri daftar sebagai ahli,baru boleh pinjam buku lebih.

Habis buat pemulangan,saya terus cari buku untuk pinjaman hari ini,cari punya cari dapatlah 3 buah buku yang boleh saya baca dan hadam dalam minda saya nanti.

Antara buku-buku yang saya pilih untuk pinjaman kali ini;

1)Ke Luar Jendela-Hassan Ahmad


2)Pandangan Dari Tudor City,New York-Abdullah Ahmad


3)Ilmu Pengaruh,Bukan Jampi Tetapi Seni-Syahrul Nizam Junaini


Selagi Allah masih memberi ruang dan masa,Insyallah saya akan teru membaca dan membaca,semoga membaca ini menjadi budaya kehidupan dalam rumahtangga yang saya bina.Mari kita semarakkan budaya membaca dalam kehidupan seharian kita(yang penting tugas,tanggungjawab yang peting sudah diselesaikan).

Dari Ayah,Ibu,Isteri,Anak,Adik,Abang,Kakak dan semuanya mari kita tanamkan budaya membaca ini.Bangsa yang Berjaya adalah bangsa yang membaca..!.

2 comments:

  1. Terima kasih kerana sudi membaca buku tulisan saya, Ilmu Pengaruh: Bukan Jampi Tetapi Seni.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih Tuan Syahrul sudi berkunjung:).Buku yang menarik Tuan,Insyallah dalam peroses pembacaan.Tentunya ada petua-petua menarik yang boleh di praktiskan:).

    ReplyDelete