Menulis jangan semberono..!
Setiap kali saya melayari internet,singah di laman web atau blog,membaca pandangan para blogger dalam tulisan mereka,saya merasakan betapa penulisan dalam blog atau laman web,memerlukan garis panduan bagi setiap blogger mematuhi adab-adab atau etika dalam penulisan mereka.Adakalanya tulisan-tulisan mereka melampui batas-batas kaedah yang dianjurkan oleh agama Islam,maklum sahaja adakalanya tanpa di sedari dalam penulisan mereka mengandungi unsur-unsur fitnah dan hasutan yang sangat membahayakan pada diri,Agama,masyarakat dan Negara.Namun bagaimana pun,kita tidak pernah menafikan sumbangan mereka dalam menyampaikan sesuatu maklumat atau berita kepada masyarakat.
Tulisan ini juga mengingatkan diri sendiri agar berhati-hati ketika memberi sesuatu pandangan dalam penulisan yang di tulis,maklum sahaja dalam melontarkan buah fikiran adakalanya kerana terlalu ghairah memperkatakan sesuatu,sehingga melupakan adab-adab atau kaedah yang ditunjukkan dalam agama.Jadi sebagai seorang penulis(blogger muslim)sudah sewajarnya hasil penulisan kita jauh dari sebarang penyelewengan.
Dalam pembacaan saya dari sebuah buku yang di tulis oleh Dr.Aidh Abdullah Al-Qarni,buku bertajuk ‘Kunci Kejayaan Minda’,ingin saya kongsikan 5 prinsip ataupun etika seorang penulis(tidak kiralah penulis blog,web atau buku serta lain-lainnya)untuk kita sama-sama amalkan dalam kita membuat penulisan.
Antara yang perlu di lihat dalam diri seorang penulis;
1)Tidak menulis kecuali sesudah benar-benar menguasai disiplin ilmu yang sedang di kaji.
2)Tidak menulis kecuali masalah yang memang menjadi lapangannya dan tentang isu yang dikuasainya.Jika tidak ia hanya mempamerkan kelemahannya.
3)Mengelakkan penulisannya daripada pembohongan,pendapat yang menyalahi norma masyarakat dan menghindari kata-kata celaan dan cacian.
4)Tidak bermegah-megah dengan hasil tulisannya dan karyanya kerana itu akan menjadi fitnah baginya.
5)Memberi sumber rujukan,pendapat atau nasihat kepada pemiliknya dan hindari mencuri ilmu atau karya orang lain.
Justeru itu,marilah sama-sama kita mempastikan apa yang kita tulis dalam penulisan kita,mematuhi adab-adab atau etika seperti anjuran di atas.Moga nanti segala tulisan kita mendapat ganjaran dari Allah SWT.Saya akhiri tulisan ini dengan sepotong maksud ayat al-Quran seperti yang terkandung dalam buku tersebut,sebagai ingatan kita semua iaitu firman Allah dalam Surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud;
“Sesiapa yang khianat,maka pada hari kiamat datang dengan membawa apa yang dikhianatinya itu.”
Sekian..Jumpa Lagi..!
No comments:
Post a Comment