Followers

Monday, January 4, 2016

Bukan Jumlah Buku Tetapi Ilmu Yang Didapati

Alhamdulillah, sepanjang tahun 2015M dengan izin Allah SWT, saya dapat menyelesaikan sebanyak 200 buah buku untuk dibaca. Setiap ruang yang saya punyai, saya isi dengan membaca.

 Baik di rumah dan di tempat kerja, saya isi ruang kosong dengan membaca. Itu pun setelah kerja-kerja yang sepatutnya diselesaikan terlebih dahulu.

Apa pun perkara yang kita mahu lakukan semua kena ada kesungguhan...begitulah sebagai pembaca...paksa diri, lama-lama menjadi seronok dan ghairah membaca.

Semoga pemaparan ini tidaklah membuatkan saya bangga diri, riak dan apa sahaja makna yang sewaktu dengannya. Ia sekadar mengajak masyarakat untuk menyemarakkan budaya membaca ke dalam diri, keluarga dan masyarakat Malaysia seluruhnya. 

Agar nanti akan wujud masyarakat yang berilmu, berdaya saing dan inovatif. 

Dengan pemaparan gambar-gambar buku di blog ini juga akan memberi suntikan motivasi dan juga terinspirasi untuk membaca buku.


"Semarakkan Budaya Membaca"












Membaca selagi hayat masih ada!

Buku Lagi Untuk Januari 2016M

Malam tadi ronda-ronda Pasar Malam di Pekan Meru. Selain cari makanan zahir, cari juga makanan batin...kik3...bukulah tu. Sebuah buku dibeli, tulisan Imran Burhanuddin dan Ustaz Azhar Idrus. Buku bertajuk FOTOGRAFI GAYA MUKMIN-Panduan Fekah Seni Foto, terbitan PTS. 

 Baca sinopsisnya dibelakang buku berkaitan dengan fotografi, lebih berkaitan perbincangan fikah, tentang hukum-hukumnya. Sesuai untuk jurufoto profesional Muslim dan sesiapa sahaja yang bukan jurufoto profesional, taraf amatur pun kena baca.

Kata Ustaz Azhar Idrus:

"Doh kalu nak tahu lebih, kena bace le..."

Tapi kalau tak beli macam mana nak baca dan tahu kan'...

Ok! Selamat membeli dan selamat membaca!







Membaca selagi hayat masih ada!

Sunday, January 3, 2016

Bila Anak-Anak Bergaya Depan Buku


Sebelum mengemas buku-buku yang telah selesai dibaca pada 2015(entah bila mahu menyusunnya), saya memberi peluang anak-anak untuk beraksi bergambar di hadapan buku-buku tersebut. Lihatlah aksi-aksi mereka.

Buku, buku dan buku....








 Semoga anak-anak bakal menjadi generasi iqra!

Saturday, January 2, 2016

Buku Pilihan Hati 2016

Seperti biasa, susai membeli barang-barang dapur di Tesco Setia Alam, saya akan ke distinasi kegemaran, Kedai Buku Sinar Bistari. Mencari buku-buku pilihan hati untuk bacaan tahun 2016. Tiga buah buku menjadi pilihan hati untuk dibaca dan akan menjadi koleksi 'BILIK BUKU'.

Selain buku dua buah majalah menjadi pilihan untuk bacaan santai, Majalah ANIS dan Majalah MASKULIN. Sewaktu usia muda dulu, Majalah MASKULIN memang menjadi bahan bacaan saya, bila dah masuk usia lebih dewasa sudah tidak lagi membelinya. 

Entah mengapa tiba-tiba mahu membelinya, mungkin dek' kerana muka hadapannya wajah Mantan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir...

Untuk anak-anak juga tidak lupa, seperti biasa anak-anak akan memilih majalah kegemarannya. Mudah-mudahan mereka akan terus berminat membaca. Menjadi generasi Iqra, generasi berilmu dan bermaklumat. Juga tidak lupa akan mengamalkan apa yang dibacanya.

Aamiin Ya Rabb!


'AKU BUKAN USTAK YUTIUB' karya Mufarwa Farid. 
Terbitan NUBOOK


Sebuah buku terbitan DUBOOK 
bertajuk MAAF AKU BUKAN LAGI TROTSKY KAMU SEMUA. 
Tulisan  Lucius Maxsimus.


Sebuah buku BIOGRAFI SYEIKH ARSYAD AL-BANJARI, 
 terbitan Karya Bistari Karangkraf. Tulisan Abdul Rahman Hj. Abdullah.



Majalah Anis dan Maskulin 2016


Bacaan pilihan anak-anak


Membaca selagi hayat masih ada...

Baca jom!


Friday, January 1, 2016

Buku Pertama Untuk Januari Tahun 2016M

Buku pertama yang dibeli dan mula dibaca untuk tahun baru 2016M. Sebuah buku travelog Kembara Ilmu bertajuk 'Dari Andalusia Ke Amerika'. Hasil karya Aidil Adha Sulaiman, terbitan Karya Bistari Karangkraf.






Membaca selagi masih ada hayat...

Baca jom!

Selamat Tahun Baru 2016M



Saturday, October 31, 2015

DEMI MASA