Followers

Tuesday, April 29, 2014

Monday, April 28, 2014

Minda Buku: Jangan Jadi Mangkuk


Benarkah  kata-kata di atas?, Para sahabat boleh tafsirkan sendiri ya, saya kutip kata-kata ini dari FB IMAM MUDA HASAN;

Minta maaf, jangan ada yang berkecil hati dengan kata-kata ini.
Sekiranya mangkuk banyak dalam almari, tapi suasana ilmu tetap wujud dalam rumah, insyaAllah anak kita akan menjadi anak yang baik juga 

Sunday, April 27, 2014

Minda Sastera Hebahan: Bicara Karya & Jasa ATONDRA di Bicara Karya Penyair iii

Bicara Karya & Jasa ATONDRA di Bicara Karya Penyair iii

Tarikh: 3.5.14. 2.00 – 6.00 petang. Host : Datuk Johan Jaaffar.
Tempat: Di Kediaman Dato Atondra, 117, Jalan SS 5/1, Kelana Jaya
Penggiat & Peminat Sastera dipersilakan untuk bersama.







Hebahan maklumat dan gambar ini dicapai dari FB Yassin Salleh

Saturday, April 26, 2014

Minda Sastera Sajak: Satu Pertanyaan Untuk Kau




Satu Pertanyaan Untuk Kau
(Sang Presiden datang ke Malaysia)

Cukuplah darah yang kau tumpahkan di sana
cukuplah fitnah yang kau tabur di sana
cukuplah bohong yang kau laku di sana
cukuplah sombong yang kau tegak di sana.

Ke sini kau untuk apa
ke sini kau mahu apa
ke sini kau misi apa
ke sini kau agenda apa.

Kuasa, dasar imperialisme mu 
sudah cukup menyeksa, dusta
bikin yang lain susah kau tak kesah
kuasa munafik mu orang tak lupa.

Lihatlah di sana musnah
lihatlah di sana resah
lihatlah di sana susah
lihatlah di sana punah ranah.

Itu semua kau punya kerja
itu semua kau punya cerita
itu semua kau punya dusta
itu semua kau punya angkara.

Lalu ke sini kau mahu apa
ke sini konon merapat ukhwah
ke sini kau mahu ekonomi kukuh
ke sini lagi mahu melebar kuasa

Cukuplah segala kau punya dusta
cukuplah segala kau punya sandiwara
cukuplah segala kau punya tipu daya
cukuplah segala kau punya drama.

Sekali lagi aku mahu tanya
KE SINI...
KAU MAHU APA?


Masshah 2014
26042014
Meru.


Friday, April 25, 2014

Minda Sastera: Menulislah Dengan Penuh Kasih Sayang


Minda Buku: Aduhai Bulan April Masih 6 Buah Buku

6 buah buku setakat hari ini, untuk bulan april 2014


Nampaknya, semua genre sastera...

Alhamdulillah, syukur tidak terhingga hanya pada Allah SWT, kerna dengan izin-NYA jua, diberi kesempatan dan kelapangan masa untuk membaca buku-buku yang masih menunggu giliran, 6 buah buku telah berjaya dibaca setakat hari ini untuk bulan april 2014, mudah-mudahan apa yang dibaca dapat dijadikan  motivasi diri daa juga panduan dalam penulisan keratif.

Kesemua, 6 buah tersebut dari genre sastera, khususnya penulisan keratif. Tiga buah buku hasil tulisan seorang ulamak tersohor di Indonesia, buku lama yang diperbaharui disainya dan diterbitkan oleh syarikat penerbitan Pustaka Syeikh Nuruddin (PSN). Buku-buku tersebut bertajuk;

1)Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
2)Tuan Direktor
3)Merantau ke Deli

Buku terbitan KEMUDI SELANGOR

1)Sayembara Cerpen

Buku terbitan ITBM-PENA

1)Cakap-Cakap Puisi
2)Di Sofa Kata

Semoga setiap saat waktu yang terluang, dapat saya manfaatkan untuk sesuatu yang berfaedah, khususnya untuk membaca buku. Semoga para sahabat yang berkunjung blog ini terangsang dan termotivasi untuk terus membaca.

Sampai jumpa lagi!.

Thursday, April 24, 2014

Minda Sastera Sajak: Salam Jumaat



Salam Jumaat

Salam jumaat buat seluruh jagat
salam keamanan juga buat seluruh umat
masih ada ruang peluang untuk bertaubat
selagi dunia masih belum kiamat
selalu-selalulah beringat-ingat
jauhilah perkara yang jahat zulmat
sebelum usia menjadi singkat pasti tamat.

Salam jumaat buat seluruh sahabat
hindarilah perlakuan yang membawa laknat
kelak hilang bahagia rezeki tersekat
ringankan tangan hulurkan infaq juga zakat
nanti pasti kehidupan beroleh berkat
jauhilah jua perkara yang khurafat
agar kehidupan dalam kebenaran tidak sesat.

Salam jumaat buat seluruh yang sihat-sihat
berumur elakkan dari kerja yang berat-berat
tulislah apa sahaja untuk wasiat cepat-cepat
kerna bila-bila masa akan menjemput malaikat
selagi ada daya kuasa kudrat
lakukanlah perkara yang banyak manfaat
nanti kelak tidak menyesal bila masuk lahat.

Masshah 2014
Bilik buku
4:42ptg-10/01/2014-Jumaat

Meru.


KEROHANIAN

TIGA puisi kerohanian oleh tiga penyair iaitu HaizamOLEK, ibnudinassingkiri dan masshah.

Puisi Sebagai Fakir oleh ibnudinassingkiri berunsur kerohanian tinggi iaitu sufi. Apakah ini anjuran kepada penyair atau siapa?

Larilah jauh-jauh
hingga ke perdu
bianglala. Tanggalkan
baju dunia, sangkut
di ranting takwa.

HaizamOLEK pada puisi Berkat “Yasin” yang menjadi tradisi wajib umat Islam dengan bacaan Yasin untuk si mati:

Temurun tradisi
penghulu malam
di bulatan bersimpuh
meraih sinar
mengirim lalu
buat alam si mati.

Puisi Salam Jumaat daripada masshah berteks asal warna hijau (ciri Islam) bahawa Jumaat adalah penghulu segala hari bagi umat Islam:

Salam jumaat buat seluruh jagat
salam keamanan juga buat seluruh umat
masih ada ruang peluang untuk bertaubat
selagi dunia masih belum kiamat
selalu-selalulah beringat-ingat
jauhilah perkara yang jahat zulmat
sebelum usia menjadi singkat pasti tamat.

PUISI MENARIK – JANUARI 2014

·       -  AzmiRahman, “DUKALUKA”, Sabtu, 4 Januari 2014, 11:14 AM
·        - HaizamOLEK, “Berkat “Yasin””, Jumaat, 10 Januari 2014, 7:00 AM
·         -ibnudinassingkiri, “”Si Tali-Barut””, Selasa, 7 Januari 2014, 9:59 AM
·         -IrwanAbuBakar, “Tendang Terajang Kajang ”, Jumaat, 31 Januari 2014, 1:09 PM / Edit terakhir: Sabtu, 2 Februari 2014, 7:48 AM
·         -kablam22, “TIADA LAGI KESEDIHAN HANYA SEMANGAT DAN KESYUKURAN”, Isnin, 13 Januari 2014, 2:06 PM / Edit terakhir: 2:10 PM
·         -mansor bin a hamid, “BULAN BELAYAR MALAM”, Ahad, 19 Januari 2014, 9:38 PM / Edit terakhir: 9:41 PM
·         -masshah, “Salam Jumaat”, Jumaat, 10 Januari 2014, 5:54 PM / Edit terakhir: 6:09 PM
·         -Nik Dahna, “ROS DI JENDELA RINDU”, Ahad, 5 Januari 2014, 11:53 PM / Edit terakhir: Isnin, 6 Januari 2014, 12:00 AM
·         -nimoizty, “Tatkala Menatap Akhbar Hari Sabtu”, Khamis, 16 Januari 2014, 2:29 PM
·         -yajuk, “Penjaga Kebun”, Jumaat, 10 Januari 2014, 3:03 PM
 -      -ZahidNaser, “abati dan kamu”, Khamis, 16 Januari 2014, 7:32 PM


#Sebahagian ulasan Tuan Puzi Hadi dalam mengulas puisi-puisi bulan januari 2014 yang dikirim oleh para karya di Portal eSastera.Com. Alhamdulillah, puisi bertajuk 'Salam Jumaat' juga diulas oleh beliau.

Juga telah terpilih di antara puisi pilihan untuk bulan januari 2014.

DEMI MASA