Followers

Monday, October 29, 2012

Semangat Membaca Dan Menulis




Segala puji bagi Allah SWT, salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat Nabi Saw seluruhnya. Dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat saya menulis diblog ini setelah beberapa minggu tidak menekan papan kekunci ini untuk menuliskan sesuatau yang bermanfaat untuk para sahabat blogger dan pengunjung semua..Hari ini, dengan berbekalkan semangat zulhijjah dan semangat korban saya sedaya upaya melawan rasa  kemalasan untuk menulis di sini.

Saya rasa begitu juga dengan para sahabat yang mengalami rasa malas mahu mengupdate blog masing-masing, tidak seperti pada awal pembinaan blog, masing-masing dengan penuh semangat ingin menulis setiap detik apa yang berlaku dalam kehidupan kita semua mahu dikongsi dan dicatatkan. Situasi ini berlaku pada setiap blogger begitu dengan saya. Kalau tidak manakan saya membina beberapa blog untuk tujuan itu. Semangat untuk menulis berkobar-kobar pada awalnya, sedikit demi sedikit kendur pula. Kini datang lagi semangat itu.

Semoga kekal semangat untuk menulis disini. Begitu dengan membaca, Alhamdulillah setakat ini semangat ini masih berterusan. Tempoh waktu saya tidak menulis dalam blog saya manfaatkan dengan membaca. Sudah beberapa minggu saya menghabiskan beberapa buah buku untuk dihadam. Semakin hari semakin membara melihat buku-buku yang semakin bertambah. Mahu tidak mahu rak buku pun tambah lagi, makin lama ruang bilik bacaan penuh dengan rak. Seronok lagi melihat buku-buku yang tersusun rapi didalam raknya. Ia bagaikan motivasi untuk diri agar terus bersemangat untuk membaca.

Semangat menulis disini naik semula bila melihat buku-buku yang semakin banyak, Apatah lagi melihat hasil penulisan yang saya tulis diblog saya print dan baindingkan seolah seperti buku, masa depan boleh di baca oleh anak-anak saya. Ya..begitulah seronok dan indahnya membaca dan menulis. Saya akhiri penulisan ini dengan perkongsian sebuah tulisan dari penulis muda yang berjaya; saudara Nimoiz T.Y.

JANGAN SEBUT PERKATAAN MALAS

Oleh: Nimoiz T.Y

Apa salahnya menyebut perkataan malas? Tidak ada salahnya. Yang salah ialah apabila dengan menyebut perkataan malas kita menjadi semakin malas. Sebenarnya, istilah malas tidak pernah wujud. Yang ada ialah istilah lain. Misalnya, anda malas ke dapur untuk membuat air. Anda sebenarnya bukan malas, tapi mungkin takut nak ke dapur. Sebab ada hantu, contohnya.

Anda sebenarnya bukan malas nak baca buku. Tapi sebenarnya berasa mengantuk. Anda sebenarnya bukan malas nak menulis. Tapi sebenarnya badan lesu. Anda bukan sebenarnya malas nak bekerja, tapi sebenarnya tubuh sakit-sakit. Ya, anda bukan sebenarnya malas tetapi letih, mengantuk, lesu, kurang sihat, tidak bermaya, sakit kepala, tidak ada “mood”, banyak fikirkan benda lain, kerja yang perlu dibuat agak sukar dan lain-lain.

Tidak ada jawapan mudah untuk semua soalan ini – soalan malas! Kecuali mencari penyelesaian sendiri. Contohnya, antara sebab-sebab lesu ialah kurang bersenam. Antara sebab selalu mengantuk ialah kurang tidur. Antara sebab tidak bermaya dan sakit kepala ialah cuaca panas. Oh ya, kalau cuaca panas nak atasi macam mana? Banyakkan minum air, misalnya.Pengajaran hari ini tidak ada apa-apa. Tulisan ini pun pendek sahaja. Sebenarnya saya malas, opsss...sebenarnya saya mahu supaya ada tulisan terbaharu dipaparkan di sini. Kalau tidak ada tulisan terkini, nanti pengunjung akan malas ke sini, opsss, bukan malas, tapi tidak ada semangat datang ke sini.
           
Bangun bangun, jangan malas-malas, jangan sebut perkataan malas, dan menulislah! “

Sumber: Portal eSasterawan.Net

Jom Membaca Dan Menulis....!

Wednesday, October 24, 2012

JOM MEMBACA (2)


Tuesday, October 2, 2012

PROKSI SEISI OKTOBER 2012: MEDIA SOSIAL UNTUK PROFESION DAN PEMBELAJARAN


SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI: 019-2550599 (PUAN ILYA)

ATAU EMAIL UNTUK DAFTAR: ESASTERA@ESASTERA.COM/



Salam,

 Dengan segala hormatnya dijemput sdr dan rakan-rakan menghadiri kursus PROKSI 2012: MEDIA SOSIAL UNTUK PROFESION DAN PEMBELAJARAN pada 6 dan 7 Oktober 2012, Sabtu dan Ahad minggu ini. Kursus ini percuma.

Kehadiran saudara pastinya akan memeriahkan program ini.

Tarikh: 6 dan 7 Okt 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9pagi - 5 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat Kekwa, Bangunan SUK (Bangunan SSAAS), Shah Alam, Selangor

Untuk mendaftarkan diri, mohon e-melkan NAMA PENUH dan NOMBOR TELEFON kepada: esastera@esastera.com. Untuk 50 orang sahaja .

Festival Sastera Kanak-kanak 2012




Salam semua sahabat Blogger

Sukacita dimaklumkan bahawa Kota Buku akan menganjurkan Festival Sastera Kanak-kanak 2012 pada 1 hingga 6 November 2012 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Datanglah beramai-ramai menyertai festival tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan. Banyak acara menarik disediakan untuk semua peringkat umur.

Sebarang maklumat lanjut sila berhubung :

1. Norhayati Razali
 
2. Muhammad Hafizudin Sanip

PERBADANAN KOTA BUKU
Aras Bawah, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa
50462 Kuala Lumpur

Tel : +60321418393 / 21418094
Faks : +60321418095

Sumber:

Saturday, September 29, 2012

JOM MEMBACA...!


Monday, August 27, 2012

Buku Travelog: Travelog Haji



Sekadar Maklumat:

Penulis: Muhd Kamil Bin Ibrahim

Tajuk: Travelog Haji-Mengubah Sempadan Iman

Harga: RM 29.90 untuk Semenanjung Malaysia, RM 32 untuk Sabah/ Sarawak

Insyallah,Boleh di miliki di mana-mana kedai buku.

Tetamu Generasi Iqra

Alhamdulillah, bertemu lagi di dunia maya untuk hari ini. Tentu dengan izin-Nya. Syawal yang suci masih di rasai, suasana hari raya masih terasa biar pun masing-masing sudah bertugas. Program ziarah-menziarahi masih berjalan. Di sana sini, masing-masing masih menerima tetamu, saudara jauh, rakan sekerja dan sebagainya. Baguslah teruskan amalan mulia ini, semoga Allah merahmati kita semua.

Kedatangan tetamu membawa rahmat, begitulah indahnya Islam anutan kita. Syawal memberikan kita banyak memori. Bagi saya memori ini memori yang sangat indah dan manis. Melihat kesudian anak-anak buah yang sudi melihat-lihat dan meninjau-ninjau seterusnya membelek-belek buku yang berada di bilik buku yang tidak seberapa itu. Dalam hati mendoakan agar mereka juga minat membaca dan menjadi generasi Iqra.

Lihatlah gambar dibawah, masing-masing bergaya dengan aksi-aksinya. Tak ketinggalan juga Pak Ciknya sekali ;). Maklum sekali-sekala bergaya dengan anak-anak buah. Semoga memberi manfaat dan ada motivasi disebalik gambar-gambar tersebut;










































SEMOGA KALIAN MENJADI GENERASI IQRA..!

DEMI MASA