Tiga belas buku telah sampai, 8 buah buku terbitan Studio Anai-Anai dan 5 buah buku terbitan Sindiket Soljah, belian melalui online. Buku-buku indie menjadi kegemaran terbaharu saya...ia akan mewarnai BILIK BUKU dan menjadi koleksi di dalamnya.
Beli, baca dan simpan menjadi koleksi dalam Bilik Buku...
Lagi, sebuah buku karya dari penulis berasal dari Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Telah selamat sampai. Kumpulan Cerpen terbaharu beliau, 'Sang Pemberitahu'. Bakal menjadi bacaan dan koleksi 'BILIK BUKU'.
Buku terbaharu Rafi Harumin
Bergambar bersama penulis Rafi Harumin, sewaktu di PBAKL 2015
Lagi dua buah buku baharu. Dua buah buku panduan belajar bahasa.
Gara-gara mahu belajar bahasa Jepun. Dua buah buku 'Mari
Belajar Bahasa Jepun' Tahap 1 dan 2. Tulisan Liza Sensei...InsyaAllah, ada masa
mahu ambil kelas bahasa Jepun...semangat terus..kik3...
Buat sementara, biar buku ini akan menjadi panduan.
Buku baru lagi untuk bulan Januari 2016. Buku-buku karya penulis dari Kelantan Darul Naim,Tuan Hasyem Latiff. Dua set, satu set untuk bacaan anak-anak di Bilik Buku dan satu
set untuk infaq sebuah Madrasah.
“Sewaktu
kecil, saya belanjakan wang yang diberi ibu bapa saya untuk beli buku pada hari
minggu.
Saya
banyak membaca buku Bahasa Inggeris, jadi sebab itu saya fasih dalam pertuturan
Bahasa Inggeris. Dari kecil lagi saya meletakkan kepercayaan tinggi, apabila
kita buat berulang kali untuk sesuatu perkara, tidak dapat tidak, kita akan
jadi cekap, termasuk membaca buku.
Jika
anda banyak membaca, otak anda makin cekap. Apa yang anda bakal capai 3-5
tahun, adalah dari apa yang anda baca sekarang. Usah berkira untuk belanja wang
ringgit untuk dapat bahan bacaan. Nilainya bukan pada apa yang kita keluarkan
(wang ringgit), tetapi pada apa yang kita akan dapat nanti (ilmu).”