Followers

Tuesday, January 19, 2016

Penulis Buku Kontal-Kantil Ziarah Ke Rumah


Buku 'Kontal Kantil Karya Terpilih Ismas Saring



Cerita minggu lepas(11/01/2016M-Isnin)

Wak Saring Sirad atau nama penanya Ismas Saring, telah ziarah ke rumah pada Isnin minggu lepas. Tujuannya untuk 'print' biografi ringkas dan puisi terbaru beliau('Print' beliau rosak). Biasalah bila bercerita dengan penulis veteren ini, tak akan pernah menjemukan. 

Bercerita soal kehidupan masa lampau, dunia sastera, penulisan, politik dan sebagainya...penulis yang kaya dengan pengalaman ini juga bekas wartawan, pengalaman beliau sepanjang bertugas di luar negara sebagai 'Travel Writer' ada di tulis di dalam cerpen-cerpen beliau di Buku Kontal Kantil.

Dan menurutnya sedang cuba menyiapkan cerpen-cerpen terbaharu berkaitan pengalamanya diluar negara. Sudah tiga buah cerpen yang siap. Harap-harap, kita semua dapat membaca karya terbaru beliau.

Sahabat-sahabat yang masih belum mendapatkan buku Kontal-Kantil-Karya-Karya Terpilih Ismas Saring, bolehlah cari di kedai buku yang berhampiran. Jika susah sangat, cuba masuk ke Portal ITBM, boleh beli secara talian.










Semoga Wak Saring Sirad diberikan kesihatan yang baik
 dan terus berkarya!

Sunday, January 17, 2016

Belian Buku Keempat Januari 2016M



Bertambah lagi koleksi buku puisi di dalam 'BILIK BUKU'. Malam tadi baru mengambinya dari kawan muka buku, juga seorang penulis dan penyair. Duduk di mukim yang sama, tapi baru sempat buat pertemuan tadi.

Alhamdulillah banyak perkongsian yang diberikan darinya, berkaitan penulisan puisi. Terima kasih banyak-banyak buat sahabat baru, nama pena beliau, Qalam Bertinta. Semoga ukhwah ini terus terjalin dan berterusan sampai bila-bila.

Aaamiin Ya Rab!!!

Berkaitan buku Derita Rakyat, sebuah antologi puisi dari penyair-penyair yang peka berkaitan permaslahan rakyat. Semua dilontarkan dalam bentuk puisi. Saya belum membaca dan hadaminya, hanya sekadar menyelak-nyelak muka surat sahaja. Akan dibaca nanti. Terbitan PAKSI. Harga cuma RM20.00 sahaja.

Sesiapa yang meminati puisi boleh memilikinya.

Membaca selagi ada hayat!

Saturday, January 16, 2016

Majalah Terbitan DBP Januari 2016M




Selain membeli dan membaca buku.  Majalah-majalah juga merupakan belian utama setiap bulan, terutamanya majalah terbitan DBP. Majalah Dewan Sastera, Tunas Cipta, Dewan Tamadun, Dewan Masyarakat dan Dewan Bahasa, menjadi pilihan utama.

Saya suka membaca karya-karya puisi, cerpen dan artikel-artikel sastera di dalamnya. Ia buat menambah pengetahuan berkaitan dunia sastera tanah air, juga perkembangan dunia buku atau karya sastera.

Tidak seperti sebelum ini, amat sukar untuk mendaptkan naskah-naskah tersebut. Ia mudah didapati di mana sahaja kedai buku. Tahniah dan syabas kepada DBP. Harap-harap ia akan kekal sampai bila-bila. Majalah-majalah tersebut akan menjadi koleksi 'BILIK BUKU' saya. Selagi hayat masih ada, saya akan terus membaca.

Mudah-mudahan!

Aamiin Ya Rabb!

Membaca selagi hayat masih ada!

Teman Yang Tidak Mengecewakan






Membaca selagi masih ada hayat!

Friday, January 15, 2016

2O16M Terus Membaca





Salam Jumaat kepada sahabat pencinta buku, harap semua sihat walafiat.

Dalam keadaan apa sekali pun membaca tetap di hati. Buku teman setia, sukar untuk dipisahkan. Dengan  buku kita boleh mengembara keseluruh pelusuk dunia, di mana-mana, kemana-mana tetap dengan buku. Hebat! mereka yang boleh berbuat sebegini. Membaca selagi ada hayat, menjadi slogan atau tema agar saya terus bersemangat membaca pada tahun ini.

Selagi nyawa masih ada, ruang dan peluang masa yang diberikan oleh Yang Maha Esa, selagi itulah, InsyaAllah, akan dimanfaatkan dengan aktiviti membaca. Itulah antara harapan saya pada tahun ini, membaca, membaca dan terus membaca. Mudah-mudahan harapan ini diterima dan dimakbulkan oleh Allah S.W.T.

Aamiin Ya Rabb!!!


Membaca selagi hayat masih ada!

Thursday, January 14, 2016

Buku Keenam Januari 2016M





Maklumat Buku

Tajuk Buku: Maaf Aku Bukan Lagi Leon Trotsky Kamu Semua

Penulis: Lucius Maximus

Terbitan: Dubook

Muka Surat: 192

Harga: RM25.00

Cetakkan: 2014 (Cetakkan kedua)

Kategori: Umum


Status: Sedang dibaca



Membaca selagi ada hayat!

Wednesday, January 13, 2016

Syaitan Yang Tidak Membaca





Syaitan Yang Tidak Membaca

“ Membaca tanpa guru, ibarat berguru dengan syaitan.” Kata seorang sahabat. Kemudian dia sambung lagi. 

“Sebab tu aku tak baca buku dah.”

“Orang malas membaca, sama teruk dengan syaitan.” Jawab aku sambil berlalu pergi.

Petikkan dari buku: Aku Bukan Ustaz YuTiub. Muka Surat 145.



Membaca selagi hayat masih ada!

DEMI MASA