Selepas ke Pantai Kelanang, balik singgah ke Pantai Morib. Jalan-jalan di Karnival Kemerdekaan 2015. Terlihat satu booth menjual buku-buku terpakai, semurah RM1dan RM5.
Dua buah buku, dibeli di MPH sewaktu singgah di Giant Seksyen 13, Shah Alam. Dua buah buku ini akan menjadi santapan seterusnya, mengikut giliran. Akan juga menjadi ahli kelab bilik buku, akan bertambah cerilah bilik buku dengan kehadiran mereka berdua.
Belian buku untuk bulan OGOS 2015, lagi dengan tiga buah buku, sebuah karya Prof. Dato Shahnon Ahmad, 'Kembara Seorang Hamba' dan dua buah novel semurah RM6.00 sebuah. Juga buku untuk anak-anak dan untuk isteri sebuah majalah serta sebuah buku.
Alhamdulillah, belian buku bulan Ogos 2015, secara online melalui penulis Buku 'Kemenangan Yang Tertangguh', Saudara Hasbie Muda telah selamat sampai semalam. Tiga buah buku berkaitan Mahasiswa, 'Mahasiswa Bangkit', 'Antologi Cerpen Ikhtilat Semanis Coklat' dan 'Tiada Nokhtah'. Buku-buku tersebut akan menjadi koleksi di bilik buku. Mudah-mudahan ia bermanfaat untuk diri sendiri dan bakal diwarisi untuk anak-anak.