Followers

Friday, November 2, 2012

Masih Membaca Lagi ?




Dalam sms yang saya terima dari seorang kawan melalui telefon bimbit beberapa bulan yang lalu, dia bertanyakan tentang membaca lagi ke. Mungkin dia lihat blog saya yang jarang terupdate membuatkan pertanyaan itu timbul. Saya jawab pada nya yang saya masih membaca lagi dan lagi, kebiasaan yang saya buat insyallah saya akan terus lakukan. Bukanka kah membaca minda menjadi segar ?.

Selagi ada masa terluang dan terdaya saya lakukan  saya akan terus mambaca dan terus membaca. Saya juga nyatakan pada nya, buku-buku yang saya beli pun semakin bertambah dan ini membuatkan saya semakin bersemangat untuk terus membaca. Seperti dalam penulisan yang saya sering luahkan tentang perasaan saya terhadap membaca, membaca akan menjadi budaya dalam kehidupan selagi nyawa masih ada.

Membaca adalah seruan agung dari yang Maha Agung, ia juga suatu tuntutan agama yang sangat murni dan amat di galakan. Seruan membaca dari sumber wahyu, ia tentunya suatu gagasan yang yang di dalamnya penuh dengan hikmah dan pengajarannya. Sebagai seorang muslim saya yakin ia merupakan satu tuntutan yang sangat penting dalam kehidupan manusia.

Orang-orang bijak dulu terutamanya ilmuan-ilmuan Islam ulung sangat hebat dalam pembacaan mereka, mereka bukan sahaja hebat membaca tetapi hebat dalam menulis kitab-kitab yang besar dan muktabar. Membaca bagi mereka suatu kemestian mlah mereka lahap dengan buku (ilmu), malah ada kisah-kisah mereka yang sangat menyentuh hati. Ada yang membaca sambil berjalan, rumah mereka penuh dengan buku-buku, mati tertimpa dengan buku yang banyak dan banyak kisah lagi tentang kehebatan mereka dalam dunia ilmu pembacaan mereka.

Bahkan ilmu-ilmu mereka sekarang sedang kita warisi, malahan Negara-negara barat telah mengunakan hasil dari penulisan mereka sebagai bahan rujukan barat. Itu lah ilmu dari hasil pembacaan dari ilmuan ulung dunia Islam pada masa lampau. Bagaimana dengan kita sekarang ?. Tepuk dada tanya iman. Mampul kah kita melakukan seperti mereka ?. Ya, begitulah hebatnya mereka dalam dunia pembacaan yang akhirnya melahirkan ilmu-ilmu yang hebat untuk kita.

Justeru, semoga kita dapat sama-sama mencontohi sikap mereka dalam mencari ilmu dan dalam menyampaikan nya. Mudah-mudahan hendaknya.

Sampai jumpa lagi.

Jom Membaca dan Menulis.

Thursday, November 1, 2012

BORAK BUKU’ STRATEGI PUPUK MINAT MEMBACA




Pembudayaan nilai kecintaan pada ilmu pengetahuan memerlukan strategi pemupukan yang berterusan dan pelbagai. Antara strategi penting tentunya mendorong minat masyarakat terhadap buku dan budaya membaca.
                                  
Penulis amat tertarik dengan penganjuran siri ‘Borak Buku’ oleh sekumpulan anak muda baru-baru ini. Mereka bernaung di bawah Biro Penulis Muda PENA dengan kerjasama Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Wilayah Tengah dan Alumni Minggu Penulis Muda DBP.

Acaranya mudah dan ringkas saja. Suasananya pula santai. Selepas mengenal pasti pembicara buku dan menentukan pilihan buku yang bakal ‘diborak’ atau dibicarakan, anak-anak muda ini menghebahkan program menerusi laman sosial Facebook.

Urusan penganjuran ini hanya dikendalikan oleh seorang saja. Pada acara baru-baru ini, seorang remaja perempuan, Nisa Yusof menjadi pengendali penganjuran. Pada hari dan waktu yang ditentukan, seramai lebih kurang 10 hingga 15 orang anak muda berkumpul di sebuah kedai kopi di pusat hentian KL Sentral bagi berborak tentang buku sambil menikmati minuman kopi pilihan.

Pada siri ‘Borak Buku’ itu, selaku pembicara, saya mengulas karya sarjana Muslim dari India iaitu Sayyid Abu Hassan Ali Al-Nadwi yang diterjemahkan dan diterbitkan dalam sekitar 1950-an bertajuk Apakah Derita Yang Dihadapi Dunia Akibat Kemunduran Kaum Muslimin.

Selepas mengulas latar dan kandungan buku itu dalam tempoh 40 minit, kami saling berbincang dan bertanyakan pelbagai persoalan berkaitan buku dan kesesuaian pemikirannya dalam konteks kehidupan hari ini.
Setelah azan Asar, acara berakhir dan semua berjanji untuk bertemu lagi pada pertemuan seterusnya sebelum bersurai menuju haluan masing-masing. Begitulah acara ‘Borak Buku’ yang berlangsung dengan penuh santai, ringkas dan mudah.


Dr. Razak (kanan sekali) ketika menjadi tetamu Borak Buku

Acara ini dikongsi kerana ia boleh dianggap satu bentuk kegiatan yang menarik dalam rangka strategi memupuk minat membaca dan mendorong kecintaan pada buku dan ilmu pengetahuan dalam masyarakat terutama di kalangan generasi muda.

Kita beranggapan acara sebegini wajar dikembangkan dan dibudayakan dengan lebih meluas lagi. Ia dilihat satu pendekatan yang berkesan terutama bagi membuka ruang baru bagi kegiatan serius yang membabitkan penyertaan generasi muda.

Kegiatan berborak mengenai buku ini tidak semestinya dilaksanakan di kedai kopi. Ia juga boleh dikembangkan di tempat umum lain seperti di taman rekreasi, di sudut bangunan tertentu malah di ruang tertentu di masjid dan surau selagi ia tidak mengganggu ketenteraman awam.

Unsur utama yang perlu dikekalkan ialah sifat acaranya yang bercorak santai, mudah dan ringkas. Kegiatan bersifat begini penting terutama bagi mengundang penyertaan anak-anak muda yang berada dalam kategori yang dikenali kini sebagai Generasi Y yang didapati kurang memberi minat pada acara bersifat rasmi atau formal sejak akhir-akhir ini.

Ketika penulis bergiat dalam sebuah pergerakan Islam di negara ini, salah satu strategi bagi pemupukan budaya ilmu di kalangan anggotanya ialah menerusi penganjuran acara yang dikenali sebagai ‘usrah’.

Ia berbeza sedikit bentuknya dengan Borak Buku. Usrah dilaksanakan secara mingguan. Ia menggunakan konsep perkumpulan keluarga di mana ahli-ahli usrah yang berada dalam lokasi berdekatan berkumpul pada masa tertentu secara bergilir di kediaman masing-masing.

Kebiasaannya, usrah bermula selepas bersolat Maghrib bersama. Jamuan malam ringkas disediakan oleh tuan rumah. Acara utama usrah dikendalikan oleh seorang moderator yang dikenali sebagai Naqib. Dalam acara ini, ahli-ahli akan berbincang secara ilmiah tentang pelbagai persoalan. Kegiatan tetap ialah berdiskusi tentang buku-buku terpilih karya ilmuwan Muslim semasa.

Acara usrah ini juga bersifat santai, mudah dan ringkas namun dalam masa yang sama menekankan nilai persahabatan dan semangat kekeluargaan. Ahli-ahli akan berdiskusi sehinggalah ke waktu yang tidak akan mencecah larut malam kerana mereka harus mendapat istirahat untuk menjalankan kewajipan pekerjaan pada keesokan harinya.

Penulis ialah pensyarah di Fakulti Pengajian Islam, UKM

Sumber: MPR

Wednesday, October 31, 2012

Membaca Minda Menjadi Segar






Sedang membaca ?, baguslah begitu dan tahniah lah kerana menjadikan membaca sebahagian aktiviti kehidupan sahabat semua. Mungkin membaca antara aktiviti selain beriadah, berjalan di taman, bershoping dan sebagainya. Biar pun sekejap sekadar lima minit, dua muka surat, seminggu satu buku, sebulan dua buah buku, syabas dan tahniah sekali lagi. Apa yang penting agenda membaca ada dalam dairi kehidupan yang sedang kita harungi sekarang. Alah sekadar membaca akhbar, kira baik juga lah tu, tak kanlah itu pun tiada masa dan jawapan yang biasa dengar malas...ya malas!.

Sekadar membaca sms itu pun malas tak tahulah apa nak cakap. Membaca signboard, membaca juga, jangan sampai tidak mahu baca signboard nanti sesat jalan pula dek’ kerana malas sangat membaca, jadi sesat jalan yang mahu di tuju. Begitu sekali malasnya?, Itu sudah kira teruklah, siapa yang susah?, diri sendiri yang susah sebab malas membaca biar pun sekadar maklumat jalan di signboard.

Jadi, penting atau tidak membaca itu?. Ya amat penting dan sangat penting. Tak payahlah saya tulis panjang-panjang tentang pentingnya membaca. Saya yakin semua orang sudah bijak-bijak dan faham tentang faedah membaca. Ada yang sudah menjadi guru, ustaz, professor, mufti, kadi, Tuan Hakim, Ulamak, dan sebagainya. Mereka tahu dan faham faedah membaca, sebab itu mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing. Di sebabkan dengan membaca inilah mereka berjaya hingga sampai kemuncak yang di hajatinya.

Sampai begitu sekali hasil dari membaca?. Ya begitulah, dari tidak tahu hingga jadi tahu, dari tidak faham jadi faham dan memahami., dari kurang mahir jadi mahir dan sebagainya. Hebat bukan kuasa membaca ini. Dalam quran sendiri menyebut seruan agung dari yang Maha Agung, seruan Iqra itulah yang menyeru junjungan besar Nabi SAW agar mengikuti apa yang diungkapakan oleh Jibril a.s seperti yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran.

Minda akan segar jika selalu di sirami dengan membaca (ilmu), kitab Al-quran yang hebat, panduan dan manual kehidupan setiap insan muslim dan seluruh umat manusia, ia menunjuki manusia tentang kebenaran. Dan pelbagai lagi keindahan isikandungannya yang dapat di cerna oleh setiap yang membacanya. Ketenangan dan kesegaran minda pasti di perolehi dengan membacanya. Hebat bukan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi SAW ini?. Ingin menafikannya?. Ia bukan sekadar panduan tetapi lebih daripada itu, mencakupi setiap ruang kehidupan umat manusia.

Nah, alasan apa lagi bagi kita yang sering mengungkapakan rasa malas, tidak ada masa dan pelbagai alasan untuk kita tidak mahu membaca. Jangan lah sampai kita menafikan seruan membaca itu adalah seruan Agung dari yang Maha Agung. Jadi, apa lagi di tunggu membacalah (membaca yang berfaedah termasuk menjadikan minda kita segar ) sekarang?.

Jom Membaca Dan Menulis.

Monday, October 29, 2012

Semangat Membaca Dan Menulis




Segala puji bagi Allah SWT, salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat Nabi Saw seluruhnya. Dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat saya menulis diblog ini setelah beberapa minggu tidak menekan papan kekunci ini untuk menuliskan sesuatau yang bermanfaat untuk para sahabat blogger dan pengunjung semua..Hari ini, dengan berbekalkan semangat zulhijjah dan semangat korban saya sedaya upaya melawan rasa  kemalasan untuk menulis di sini.

Saya rasa begitu juga dengan para sahabat yang mengalami rasa malas mahu mengupdate blog masing-masing, tidak seperti pada awal pembinaan blog, masing-masing dengan penuh semangat ingin menulis setiap detik apa yang berlaku dalam kehidupan kita semua mahu dikongsi dan dicatatkan. Situasi ini berlaku pada setiap blogger begitu dengan saya. Kalau tidak manakan saya membina beberapa blog untuk tujuan itu. Semangat untuk menulis berkobar-kobar pada awalnya, sedikit demi sedikit kendur pula. Kini datang lagi semangat itu.

Semoga kekal semangat untuk menulis disini. Begitu dengan membaca, Alhamdulillah setakat ini semangat ini masih berterusan. Tempoh waktu saya tidak menulis dalam blog saya manfaatkan dengan membaca. Sudah beberapa minggu saya menghabiskan beberapa buah buku untuk dihadam. Semakin hari semakin membara melihat buku-buku yang semakin bertambah. Mahu tidak mahu rak buku pun tambah lagi, makin lama ruang bilik bacaan penuh dengan rak. Seronok lagi melihat buku-buku yang tersusun rapi didalam raknya. Ia bagaikan motivasi untuk diri agar terus bersemangat untuk membaca.

Semangat menulis disini naik semula bila melihat buku-buku yang semakin banyak, Apatah lagi melihat hasil penulisan yang saya tulis diblog saya print dan baindingkan seolah seperti buku, masa depan boleh di baca oleh anak-anak saya. Ya..begitulah seronok dan indahnya membaca dan menulis. Saya akhiri penulisan ini dengan perkongsian sebuah tulisan dari penulis muda yang berjaya; saudara Nimoiz T.Y.

JANGAN SEBUT PERKATAAN MALAS

Oleh: Nimoiz T.Y

Apa salahnya menyebut perkataan malas? Tidak ada salahnya. Yang salah ialah apabila dengan menyebut perkataan malas kita menjadi semakin malas. Sebenarnya, istilah malas tidak pernah wujud. Yang ada ialah istilah lain. Misalnya, anda malas ke dapur untuk membuat air. Anda sebenarnya bukan malas, tapi mungkin takut nak ke dapur. Sebab ada hantu, contohnya.

Anda sebenarnya bukan malas nak baca buku. Tapi sebenarnya berasa mengantuk. Anda sebenarnya bukan malas nak menulis. Tapi sebenarnya badan lesu. Anda bukan sebenarnya malas nak bekerja, tapi sebenarnya tubuh sakit-sakit. Ya, anda bukan sebenarnya malas tetapi letih, mengantuk, lesu, kurang sihat, tidak bermaya, sakit kepala, tidak ada “mood”, banyak fikirkan benda lain, kerja yang perlu dibuat agak sukar dan lain-lain.

Tidak ada jawapan mudah untuk semua soalan ini – soalan malas! Kecuali mencari penyelesaian sendiri. Contohnya, antara sebab-sebab lesu ialah kurang bersenam. Antara sebab selalu mengantuk ialah kurang tidur. Antara sebab tidak bermaya dan sakit kepala ialah cuaca panas. Oh ya, kalau cuaca panas nak atasi macam mana? Banyakkan minum air, misalnya.Pengajaran hari ini tidak ada apa-apa. Tulisan ini pun pendek sahaja. Sebenarnya saya malas, opsss...sebenarnya saya mahu supaya ada tulisan terbaharu dipaparkan di sini. Kalau tidak ada tulisan terkini, nanti pengunjung akan malas ke sini, opsss, bukan malas, tapi tidak ada semangat datang ke sini.
           
Bangun bangun, jangan malas-malas, jangan sebut perkataan malas, dan menulislah! “

Sumber: Portal eSasterawan.Net

Jom Membaca Dan Menulis....!

Wednesday, October 24, 2012

JOM MEMBACA (2)


Tuesday, October 2, 2012

PROKSI SEISI OKTOBER 2012: MEDIA SOSIAL UNTUK PROFESION DAN PEMBELAJARAN


SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI: 019-2550599 (PUAN ILYA)

ATAU EMAIL UNTUK DAFTAR: ESASTERA@ESASTERA.COM/



Salam,

 Dengan segala hormatnya dijemput sdr dan rakan-rakan menghadiri kursus PROKSI 2012: MEDIA SOSIAL UNTUK PROFESION DAN PEMBELAJARAN pada 6 dan 7 Oktober 2012, Sabtu dan Ahad minggu ini. Kursus ini percuma.

Kehadiran saudara pastinya akan memeriahkan program ini.

Tarikh: 6 dan 7 Okt 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9pagi - 5 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat Kekwa, Bangunan SUK (Bangunan SSAAS), Shah Alam, Selangor

Untuk mendaftarkan diri, mohon e-melkan NAMA PENUH dan NOMBOR TELEFON kepada: esastera@esastera.com. Untuk 50 orang sahaja .

Festival Sastera Kanak-kanak 2012




Salam semua sahabat Blogger

Sukacita dimaklumkan bahawa Kota Buku akan menganjurkan Festival Sastera Kanak-kanak 2012 pada 1 hingga 6 November 2012 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Datanglah beramai-ramai menyertai festival tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan. Banyak acara menarik disediakan untuk semua peringkat umur.

Sebarang maklumat lanjut sila berhubung :

1. Norhayati Razali
 
2. Muhammad Hafizudin Sanip

PERBADANAN KOTA BUKU
Aras Bawah, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa
50462 Kuala Lumpur

Tel : +60321418393 / 21418094
Faks : +60321418095

Sumber:

DEMI MASA