Followers

Sunday, August 5, 2012

Catatan Ramadan (20)




Ramadan Mesti Ada Buah Kurma

Hari ke enam belas kita berpuasa pada hari ini. Dengan izin-Nya dapat bertemu lagi dalam perkongsian ilmu yang tidak seberapa ini. Bila Ramadan tiba,tidak pernah lupa dan ketinggalan dengan adanya buah kurma  Ia adalah buah yang mesti ada di setiap meja. Tanpa adanya hilang seri waktu berbuka pada waktu itu.Kurma ini merupakan makanan untuk berbuka puasa oleh Rasulullah saw. Biasanya Rasulullah saw akan memakan kurma sebelum menunaikan solat. Seperti yang ternukil dalam sebuah hadis;

Rasulullah s.a.w.berbuka dengan rutab (kurma basah) sebelum solat. Sekiranya tiada rutab, maka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tiada, baginda meminum beberapa teguk air. (Riwayat Abu Daud)

Begitulah rasulullah berbuka puasa hanya dengan buah tamar yang basah dan kering,itu pun jika ada buah tamar tersebut jika tiada rasulullah saw hanya berbuka dengan beberapa teguk air sahaja. Hebatnya junjungan rasulullah saw.Kita hari ini berbuka dengan pelbagai macam jenis juadah,itu baharu juadah,belum lagi jenis air minumannya. Kita masih jauh untuk mencontohi rasulullah saw. Namun begitu pun, kita masih mengekalkan buah kurma untuk di makan dahulu sebelum kita menjamah makanan yang lain-lain.

Apa sebenarnya kelebihan buah kurma ini?;

Saya cuba nerujuk sebuah buku yang bertajuk ‘Rahsia Minda Hebat’ karangan Dato Siti Nor Bahyah Mahmood dan Haji Muhammad Zakari, tentang beberapa kelebihan tentang buah kurma ini.Saya perkongsikan di bawah ini;

1)    Makanan yang tahan lama tanpa rosak dan busuk.
2)    Sebagai ubat penyakit lahir, penyakit minda dan juga makanan yang mengenyangkan.
3)    Ibn Qayim dalam Tib al-Nabawi berkata:
“Kurma dapat menguatkan perut,hati,daya ingatan,menyuburkan pertumbuhan badan, menyembuh penyakit dan menjadi makanan dan minuman yang
mengenyangkan.”

4)    Beri rasa manisan buah kurma yang segar dan basah di mulut anak yang baru lahir (tahnik)
5)    Kurma juga merupakan sarapan pagi yang terbaik.
6)    Apabila berpuasa,berbukalah dengan kurma.Jika tidak ada buah kurma,berbukalah dengan air sahaja.
7)    Jus buah kurma mengandungi khasiat yang mudah diserap oleh badan.

Itu lah beberapa kelebihan yang ada pada buah kurma bila kita mengambil sebagai pemakanan kita. Justeru itu mari lah kita amalkan memakan buah kurma. Selain mendapat pahala kita juga akan mendapat sihat.

Semoga amalan kita pada hari ini di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!


Saturday, August 4, 2012

Catatan Ramadan (19)




Coretan Di Bukit Lancong

Alhamdulillah tidak terhingga di panjatkan kepada Allah SWT,kerana memberi peluang lagi untuk bersua pada hari ini. Ramadan semakin menuju kehujung.Apakah amalan kita di terima oleh Allah SWT ?. Semoga apa yang kita lakukan semuanya di terima oleh-Nya.Ramadan tetap akan meninggalkan kita,mungkinkah kita akan bertemu Ramadan pada tahun hadapan?.Itu kita tidak tahu,berdoalah agar kita di panjangkan umur dan dapat bertemu semula dengan Ramadan pada tahun hadapan.

Syukur,hari (4/08/2012-Sabtu) ini dapat berbuka puasa beramai-ramai bersama keluarga di Bukit Lancong,Shah Alam. Sesekali berkumpul ramai-ramai memang bagus. Dapat jumpa adik beradik,anak buah dan terutamanya yang sangat gembira tentu emak mertua kerana anak-anak berbuka bersama. Pelbagai hidangan juadah di hidang,untuk berbuka,bila masing-masing bawa juadah.Macam-macam jenis ada.Begitu lah bila bulan Ramadan,masa berbuka aneka jenis makanan terhidang.

Syukur,berbuka sudah,solat maghrib berjemaah sudah,menunggu untuk solat terawih.Sambil berborak-borak dengan abang ipar dan anak-anak buah. Sambil mencuit-cuit hidangan yang masih ada.Alhamdulillah…hari ini dapat berpuasa lagi dan masih di kesempatan berada di bulan Ramadan,bisik hati saya.Malam ini berterawih di Masjid Hidayahtul Mutaqin Bukit Lancong.Masjid yang selesa,beraircond lagi.Solat terawih berimamkan imam tahfiz,bacaan mantap dan menyegarkan minda.

Solat terawih lapan rakaat,selesai empat rakaat di selangi dengan tazkirah terawih dalam 30 minit.Kelihatan jemaah masih setia untuk menunggu majlis ilmu.Ustaz yang di undang berbicara tentang keistimewaan Ramadan.Puasa dan tuntutannya.Puasa adalah perintah Allah SWT sebagaimana orang-orang terdahulu mengerjakannya. Allah SWT bila mana mahu memberi sesuatu perintah akan menggunakan bahasa yang indah dan sopan.Tidak seperti manusia,kasar,rasa di diri tuan,suka memerintah.Itu perangai manusia.Kata Ustaz dalam tazkirahnya. Tetapi Allah SWT dengan manusia,dengan keindahan bahasanya; “Wahai orang-orang yang beriman…”.Itu lah kesopanan dan keindahan bahasa Maha Pencipta kita.

Begitu lah serba sedikit perkongsian pada hari ini,kesempatan yang terluang ini saya coretkan apa yang berlaku dalam dairi kehidupan saya terutamanya dalam Ramadan ini.Semoga segala amalan kita di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

Friday, August 3, 2012

Catatan Ramadan (18)



Sekadar Muhasabah

Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana dengan izin-Nya kita dapat bersua lagi pada hari ini.Hari ini sudah masuk hari ke empat belas kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Sudah di fasa kedua,semoga kita sentiasa meneriama maghfirah dari-Nya. Peluang dan ruang yang masih ada ini,mudah-mudahan tidak di Persia-siakan.Diam tak diam detik keakhir sedang bermula.Entah boleh atau tidak kita sampai ke penghujung Ramadan ini.Berdoa lah agar Allah SWT mengizinkan kita sama-sama menghabiskan baki-baki Ramadan yang tinggal enam belas hari lagi.

Sana-sini sudah mula sibuk bercerita hari raya,media massa sudah ada yang mengiklankan syawal.Baju raya,kerusi raya,kuih raya,kereta raya dan sebagainya,malah lagu raya sudah ada yang di pasang seawal dari itu,terutamanya di pasaraya-pasaraya besar dan kompleks membeli-belah. Suasana bagai esok nak raya,begitulah kita dalam meraikan syawal,sedang Ramadan masih berbaki lagi.

Surau atau masjid,yang pada mulanya saf-safnya ramai sudah semakin susut,tidak seperti malam pertama dan malam-malam yang seterusnya. Maklum ada yang tunaikan lapan rakaat dan yang tetap istiqamah dua puluh rakaat pun ramai.Apa pun itu bukan persoalan yang saya mahu perkatakan.Masing-masing punya kefahaman dan kemahuan,mahu pahala lebih buat lebih,mahu pahala kurang pun itu hak masing-masing.Lapan atau dua puluh yang penting masing-masing sudah laksanakannya.

Begitulah Ramadan yang indah ini,pelbagai ragam manusia meraikannya. Bagi orang yang benar-benar beriman,setiap saat dan waktu yang di lalui disi dengan pelbagai aktiviti yang berfaedah.Merebut peluang pahala yang berganda-ganda menjadi agenda utamanya.Ramadan ini lah waktunya untuk mengumpul sebanyak-banyaknya pahala. Mereka tidak pernah meningalkan sedekah,bacaan quran,memberi makan orang yang berpuasa,selawat,menolong orang susah,pergi kesurau atau masjid siang malam pagi petang,itu semua sudah menjadi rutin yang mesti di lakukannya.

Orang-orang beriman tahu dan faham,bahawa kehidupan yang sementara ini haruslah di pergunakan dengan sebaik-baiknya,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini kerana mereka menginsafi bahawa mereka tidak tahu nasib mereka,sama ada akan bertemu lagi atau tidak Ramadan pada tahun-tahun yang mendatang nanti.Malah pada saat dan ketika ini,mereka tetap bimbang apakah puasa dan segala amalan yang mereka lakukan di terima atau tidak.Sikap orang yang beriman memang seharusnya merasa bimbang dengan apa yang mereka lakukan.

Ramadan akan berakhir juga nanti,ia akan meninggalkan semua.Orang-orang beriman akan sentiasa merinduinya.Maka masa yang berbaki ini,sama-samalah bermuhasabah diri,sempurnakah sudah segala perbuatan kita selama beberapa hari ini.Puasa kita benar-benar puasa yang di kehendaki,bacaan quran,sedekah kita dan yang selainnya.Atau masih ada yang lompang sana-sini.Jika ada, masih ada peluang dan masa lagi kita bertaubat dan memperbaiki kesilapan yang ada.Fasa maghfirah inilah kita kena banyakan berdoa keampunan pada-Nya.Ruginya jika kita tidak melakukannya.

Semoga renungan muhasabah ini,membuka minda kita agar kembali menyedari penting dan besarnya Ramadan buat kita yang mengaku beriman kepada Allah SWT.Justeru itu,kembali kita hayati firman Allah;

"Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa." (Surah al-Baqarah, 
ayat 183)

Akhirnya,semoga pada kepenghujungnya kita memperolehi maksud takwa yang sebaenar-benarnya.Semoga di terima segala amal bakti kita oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis..!

Thursday, August 2, 2012

Catatan Ramadan (17)



Syukur Alhamdulilah,masih di beri keizinan lagi bertemu di dalam dunia maya,berkongsi penulisan buat sahabat semua.Dalam pertemuan hari ini saya post kembali tulisan yang sudah pernah saya post pada tahun yang lalu. Moga ada manfaatnya.


Ramadan Bulan Membaca



Assalamualaikum dan salam sejahtera,dengan izinnya dapat bertemu lagi di dunia blog hari ini,Alhamdulillah juga kita masih diizinkan untuk sama-sama menjalani ibadah puasa pada hari ini,moga segala amal ibadah kita di terima Allah SWT.

Kalau kita lihat di kaca telivesyen kita,kita akan perasan iklan-iklan dari penerbit-penerbit buku,dalam melaksanakan kempen membaca buku keluaran mereka,nampaknya mereka bersaing bagi menawan hati setiap penonton supaya membaca dan seterusnya membeli buku-buku hasil terbitan mereka,bagi aku,ini adalah usaha yang sangat baik dan seharusnya di sokong oleh setiap masyarakat di Malaysia.

Ada penerbit menawarkan sambil membeli, kita turut boleh beramal,dengan hasil belian buku yang kita beli,wang itu akan di dermakan sebahagiannya kepada mereka yang memerlukan,ini sangat bagus dan cantik sekali.Walaupun bulan puasa,tidak menghentikan kita dari tabiat terus membaca buku.

Bukankah Ramadan adalah bulan membaca,bulan yang sangat di galakan untuk kita menelaah,mentadarus Al-Quran,sebuah kitab yang agung sebagai panduan hidup seluruh makhluk di bumi ini,yang mana turunnya juga dalam bulan Ramadan,apakah kita sebagai orang yang mengaku Islam tidak mahu menyahut seruan ini.

Dalam Al-Quran ada menyebutkannya,tentang turunnya Al-Quran di bulan yang mulia ini;

“..bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran,menjadi petunjuk bagi sekelian manusia,dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk,dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dan yang salah.."

Surah:AL-Baqarah ayat:185

Sebuah kitab yang sarat dengan panduan dan rujukan yang terbaik,di dalamnya ada panduan dalam melayari bahtera kehidupan,di dalamnya ada panduan untuk bernegara,rumahtangga,berpolitik,berperang,perpaduan dan bermacam lagi bentuk seruan dan larangan yang semuannya itu menyeru kepada manusia agar mentaati segala perintahnya dan menjauhi segala bentuk larangannya.Siapakah yang menafikan semua ini,kecuali golongan yang tidak beriman dan mengakui kerasulan Nabi SAW.Ia merupakan mukjizat yang teragung yang di turunkan melalui perantaraan Jibril kepada Nabi SAW.

Jadi membaca adalah satu seruan yang sangat murni,lebih-lebih lagi membaca al-Quran di bulan Ramadan yang mulia ini,Di mana juga kita berada,Quran tetap menjadi panduan dalam kehidupan kita,menjadi bacaan rutin harian kita,membacanya tidak akan menimbulkan rasa jemu berlainan jika kita membaca bahan bacaan lain,mungkin kita akan bosan kalau asyik membaca buku yang sama,kita akan cari buku baru bagi memuaskan hati kita,tetapi tidak dengan Quran,membacanya kita akan tenang dan tenteram jiwa kita,itulah keagungan mukjizat Al-Quran,tiada tandingannya.

Usahakanlah Ramadan kali ini untuk kita membaca Al-quran,juga di samping itu membaca buku-buku yang bermanfaat untuk kita,terutamnya buku-buku agama yang sekarang berlambak di pasaran buku.Penerbit buku baru juga ramai yang dah bersaing bagi menawan hati setiap peminat buku,jangan jadikan Ramadan untuk bermalas-malasan membaca,membacalah walau sehelai muka surat,lebih-lebih lagi Al-Quran.Membaca terus walaupaun dalam keadaan berpuasa,pasti ilmu yang kita dapat mendapat keberkatan dari Allah SWT.

Kesimpulannya,membacalah walau di mana anda berada,hari apa,bulan apa,di mana pun anda berada kerana membaca adalah tuntutan yang sangat terpuji,Ia termaktub di dalam kitab suci Al-Quran.

Semoga segala amalan kita di terima oleh Allah SWT.

Amin Ya..Rabb..!!!

Jom Membaca..Jom Menulis...!

Wednesday, August 1, 2012

Mereka Suka Buku

Alhamdulillah,seronok hati bila anak-anak suka menyentuh buku dan bermain-main dengan buku. Biar pun mereka belum tahu apa itu buku dan fungsi buku tetapi bila mereka bermain-main dengan buku,terasa mereka sudah mula menyukai fizikal buku. Mana tidaknya,adakalanya buku di bahagian bawah di angkutnya semua ke ruang tamu.mereka bermain-main dengannya. Nak marah?.

 Ya.. memang pada mulanya begitulah,tapi bila di fikirkan semula secara positif,maka biarkan mereka bermain-main dengan buku tersebut.Janji tidak di koyak atau dilunyai-lunyai buku tersebut. Biar mereka biasa dengan buku,besar kelak suka membaca. Begitulah harapan saya pada mereka berdua. Sekurang-kurangnya bila saya sudah tiada nanti,buku-buku tersebut akan mereka warisi dan memanfaatkannya.

Dan yang penting semoga mereka berdua menjadi anak yang soleh dan solehah..!.

Lihatlah aksi mereka;



















SELAMAT MEMBACA SEMUA...!

Ole-Ole Dari Pesta Buku Selangor 2012

Sekadar beberapa buah buku yang dapat di beli di Pesta Buku Selangor 2012. Buku baharu dan buku lama.


















JADIKAN BUKU SEBAGAI TEMAN SEJATI ANDA.

JOM MEMBACA...JOM MENULIS...!

Kehebatan Buku


Gambar hiasan dari blog Halmysamad.



Alhamdulillah,syukur pada Allah SWT sekali lagi di pertemukan dalam dunia maya ini.Persaingan hidup yang semakin hangat.Kemajuan teknologi semakin pesat.Dengan sekali klik,bermacam-macam maklumat dan ilmu dari serata dunia dapat kita baca dan mejadikan kita berfikir dengan bijak dan matang.Minda jadi segar dengan membaca.Baca apa sahaja yang kita mampu baca,ambil panduan yang di nukilkan oleh sang pengarang untuk pembaca.

Buku sudah menjadi sumber maklumat dan panduan sejak berkurun lamanya.Tulisan-tulisan yang di hasilkan oleh para ilmuan Islam dan Ilmuan barat sudah merata-rata tersebar.Ramai orang membacanya,mengkaji,berhujah,berdebat dan pelbagai ilmu lain yang lain muncul dengan hasil membaca buku-buku tersebut.Membaca sejarah kehidupan mereka yang cinta dan menikmati keindahan buku sangat mengujakan.Menulis berjilid-jilid buku atau kitab untuk tatapan masa depan umat telah di lakukan oleh ilmuan Islam seperti Imam Nawawi,Imam Ghazali dan lain-lain lagi.

Bukankah sejarah sudah membuktikan,kewujudan tamadun yang hebat kerana ramainya ilmuan-ilmuan yang bertanggungjawab dengan menulis pelbagai ilmu untuk di tinggalkan umat di kemudian hari.Baghdad pernah menjadi ibukota ilmu bertaraf antarabangsa.Pelbagai ilmu dan buku-buku yang terdapat di dalamnya.Namun akhirnya musnah dek kerakusan musuh.Maka sepanjang sungai airnya hitam dengan kitab-kitab yang di buang kedalam sungai menjadikan airnya hitam kepekatan lunturan dakwat dari kitab-kitab yang di buang kedalamnya.

Hari ini,buku dalam apa jenis  pun laku dan laris oleh mereka yang cinta dan sayang dengan buku-buku yang terbit.Mereka sebagai penagih cinta buku.Amat menghargainya.Berapa harga nilai sesebuah buku sanggup mereka miliki.Yang penting bagi mereka kecintaan dan kerinduan pada buku terubat.Hebat dan kuatnya pengaruh buku pada setiap penagih dan pencintanya.Apakah mereka lalai dari semua urusan dunianya ?.

Tidak sekali-kali tidak,bahkan mereka mengikuti dengan penuh perihatin dan minat apa yang berlaku dalam dunia yang semakin bergolak ini.Namun buku tetap menjadi teman sejati buat mereka.Malah mereka membukukan apa yang terjadi di hadapan mereka.Dengan buku mereka dapat melahirkan sebuah buku lagi untuk di nikmati dan di cintai oleh pencita-pencita buku yang lain.Hebat bukan?.Dengan membaca buku si penagih buku bisa melahirkan buku.Yang tentunya untuk tatapan generasi masa depan.

Untuk akhirnya,saya kongsikan sebuah sajak yang saya kutip dari majalah Dewan Sastera terbitan DBP,sajak perihal buku,yang di tulis oleh Baha Zain. Nah,saya sajikan untuk sahabat semua,moga terbuka hati dan mendapat suntikan motivasi untuk minat membaca buku;

Buku

Buku adalah teman bicara yang pendiam
tatkala sunyi engkau ramah di sisi,
tatkala sibuk engkau setia menanti,
terbuka di atas meja atau tegak berdiri
di rak almari,
sampai aku datang membelai, helai demi helai;
dan dari kulit ke kulit sampai selesai.

Kata orang, engkau adalah amanah bangsa,
mengabdikan luka-luka sejarah,dan kesucian
daulatnya,
menyuarakan mimpi-mimpi rakyat
dan bayangan masa depan.
Engkau bukan sekadar teman, tetapi
pengingat zaman,
tentang akar hidup di dasar bumi, dan
arah pucuk di udara,
supaya orang tidak lupa daratan,
dan bijak mentadbir dunia.

Siapakah yang bijak tidak dicerdikan oleh buku?
Buku adalah guru yang menerangi akal perasaan,
seperti kolam jernih sewaktu terang bulan,
memancarkan keindahan, memancarkan
kebenaran.

Bercintalah dengan buku sewaktu guru tiada,
buku tidak memilih dan memihak kepada sesiapa,
kata-katanya yang baik mengajar orang menjadi
Manusia.

Baha Zain
Febuaru 2012

( Tulisan ini sekadar luahan yang terlintas di fikiran penulis,mana-mana fakta yang salah dalam tulisan ini mohon di perbetulkan dan teguran).

DEMI MASA