Followers

Monday, July 23, 2012

Catatan Ramadan (5)



Jom Sahur



Bangun, Bangun, Bangun, Sahur,sahur,sahur..,ungkapan biasa yang kita dengar bila tiba bulan Ramadan.Berat mata,ngantuk betul.Waktu tengah indah bermimpi dipanggil bersahur.Namun jiwa yang bersih dan tulus,niat yang di tanamkan dengan penuh ikhlas,pasti dengan mudah akan bangkit akan menunaikan ibadah biarpun kebanyakan dari kita anggap seolah-oleh kecil sahaja.Tetapi mengandungi hikmah dan fadhilatnya.Itulah waktu sahur penuh dengan keberkahannya.

Rasulullah bersabda: “Bersahurlah kamu, kerana dalam sahur itu terdapat berkat.”

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bersahurlah biarpun hanya sekadar dengan tamar dan seteguk air.Dengan bersahur puasa kita akan berbeza dengan orang-orang ahli kitab.Ini seperti yang termaktub dalam sabda Rasulullah saw.

Amru bin Al-Ash berkata: “Rasulullah saw bersabda: Perbezaan antara puasa kami dengan puasa orang-orang ahli kitab iaitu sahur.”

(Hadis riwayat Muslim)

Jadi ingatlah,berbezalah kita dengan ahli kitab.Sebagai muslim sewajarnya kita elakan dari sebarang persamaan dari mereka.Biarlah puasa kita menjadi puasa yang di terima Allah.

Malah Rasulullah saw menggalakkan kita agar melambatkan sahur kita sepertimana yang telah diutarakan dalam sabdanya;

Zaid bin Tsabit r.a berkata: Kami sahur bersama Rasulullah saw kemudian bangn solat subuh. Ketika ditanya: Berapa lama di antara sahur hingga solat subuh itu? Jawabnya: “Sekadar sekira orang membaca 5o ayat.”

Semoga perkongsian ringkas ini memberi manfaat kepada kita semua.Semoga puasa kita diterima oleh Allah SWT.

Amin...Ya...Rabb..!.

Jom Membaca…Jom Menulis…!

Sunday, July 22, 2012

Catatan Ramadan (4)




Masjid Meriah

Alhamdulillah,syukur masih dapat di pertemukan melalui catatan Ramadan kali ini.Semoga Allah merahmati kita semua dan menerima amalan kita sebagai amal soleh.Selawat ke atas junjungan mulia nabi Muhammmad saw.Kerananya kita dapat nikmat iman dan Islam.Ramadan menjanjikan keberkatan untuk semua manusia yang beriman,puasa akan melahirkan taqwa,jika dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

“..mudah-mudahan kamu bertaqwa” Maksud Quran.

Seperti biasa,setiap bulan ramadan menjelang,masjid-masjid akan meriah dengan bermacam-macam aktiviti yang dijalankan.Setiap masjid di mana pun ia berada,sama ada di desa mahu pun di pekan bahkan di bandaraya besar pun masjid pasti meriah dan ramai orang berkunjung ke sana.Dengan tujuan yang satu,beribadah hanya untuk-Nya. Di pelusuk dunia Islam masjid-masjid di penuhi oleh orang ramai.Begitulah besar hikmah kedatangan Ramadan bulan yang agung yang penuh dengan keberkatannya.

Bukan setakat bertarawih dan bertadarus al-quran,tetapi mereka menghidupkannya dengan qiamullail. Malah ada masjid yang melaksanakan program qiamullail sepanjang Ramadan,begitulah hebatnya Ramadan.Peluang untuk merai pahala dengan melaksanakan ibadah di rebut dengan sebaik-baiknya.Masjid tetap terang benderang dengan pelbagai aktiviti yang di atur oleh pihak masjid untuk manfaat orang ramai.

Aktiviti sepanjang Ramadan begitu hebat di sana sini,solat terawih di sesetengah masjid menggunakan tenaga imam tahfiz,bacaan 30 juzuk hingga akhir Ramadan.Ini memberi kesegaran minda dan penghayatan kepada para jemaah.Suasana yang meriah dan indah di bulan Ramadan semakin terserlah. Manusia berpusu-pusu ke stiap masjid yang berdekatan.Malah ada yang bertukar-tukar masjid bagi merasai suasana berbeza di setiap masjid yang di kunjungi.Hebat dan mantap penangan Ramadan,segalanya mudah dan menyenangkan.

Langkah ke masjid diteruskan dengan solat lima waktu di masjid,tiap kali masuknya solat waktu ramailah bersegera menunaikan solat jemaah di masjid.tidak kira siang,petang ,malam dan subuh,masjid sentiasa meriah dan imarah. Sama ada individu dan berkeluarga turut sama-sama memeriahkan masjid untuk bersolat jemaah. Segala dugaan dan godaan jahat nafsu di lawan dengan sungguh-sungguh.Ramadan jelas di hati mereka.Hasilnya masjid-masjid meriah dan imarah sekali.

Apa yang menariknya,ada masjid yang menyediakan juadah untuk berbuka puasa,ia di lakukan sepanjang bulan Ramadan,Ia memberi peluang untuk orang ramai sama-sama meraikan ibadah berbuka puasa.Ada masjid yang membuat bubur lambuk untuk di beri kepada orang ramai.Aktiviti membuat bubur lambuk ini di laksanakan secara bergotong royong,malah mereka membuat sehingga beberapa kawah.Setiap hari sepanjang Ramadan mereka membuatnya. Semuanya dengan niat bersedekah memberi orang makan untuk berbuka puasa.

Begitulah ramadan,mengajar manusia agar berebut-rebut membuat amal kebajikan.Masjid menjadi institusi yang utama buat umat Islam untuk melaksanakan tuntutan itu.Namun di situ jangan kita lupa tentang adab-adab ketika berkunjung ke masjid. Menghormati masjid dengan menunaikan solat tahyahtulmasjid sebagai penghormatan kita kepada masjid yang merupakan rumah Allah.Semoga kita menjadi golongan di kalangan orang yang beriman yang memakmurkan masjid,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan.Ramadan mengindah dan menceriakan setiap masjid,di mana pun masjid itu berada.

Semoga puasa kita di terima Allah swt.

Amin,,,Ya..Rabb..!!!.

Selamat berpuasa.

Jom Membaca...Jom Menulis...!

Saturday, July 21, 2012

Catatan Ramadan (3)




Indahnya Ramadan

Bulan yang indah,penuh dengan Rahmat dan Barokah.Wajah berseri-seri tidak sabar menunggu waktu berbuka puasa.Ada beberapa minit lagi,moga tidak di persiakan begitu sahaja.Mahu membaca,membacalah,lebih-lebih lagi quran,biar pun hanya sekadar beberapa ayat,namun ianya amat bermanfaat.Membaca buku,ya itu pun molek,mengulangkaji mana yang mungkin kita terlupa,itu juga ada manfaatnya.Indahnya Ramadan setiap apa yang kita lakukan ganjaranya berlipat kali ganda.

“Semua amal kelakuan anak Adam berlipat ganda,tiap kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus lipat gandanya,kecuali puasa...” maksud hadis.

Ramadan bertambah indah,setelah berbuka kita penuhi rumah-rumah Allah dengan bersolat jemaah.Baik maghribnya atau waktu isyanya seterusnya solat terawih.Bersama keluarga,anak-anak,suami dan isteri bergiring bersama-sama ke masjid mahu pun surau,Setelah itu bertadarus quran berramai-ramai,indahnya Ramadan membuka peluang dan ruang untuk kita beramal ibadah sebanyak-banyaknya.

Setiap saat dan minit,tidak dipersiakan dengan sesuatu yang boleh mencemarkan keindahan Ramadan.Dalam keluaraga,lihatlah bagaimana anak-anak kita mengisi keindahan Ramadan?.Bermain game,menontot tv,mendengar lagu-lagu yang melalaikan,membaca komik,novel atau apa sahaja bahan bacaan yang tidak meningkatkan motivasi diri anak-anak.Atau apakah sebaliknya anak-anak mentelaah pelajaran,membaca buku agama,bersoal jawap tentang fadhilat puasa.Ayah dan ibu pula,waktu terluang.apa yang dilakukannya?.

Sesungguhnya keindahan Ramadan itu milik kita, jauhilah perkara yang boleh merosakkan keindahan Ramadan.jangan persiakan peluang yang ada.entah esok atau lusa kita belum tentu menikmati lagi keindahan Ramadan ini.Maka,syukuri dan nikmatilah keindahan Ramadan kali ini dengan sesempurnanya.

Amin Ya Rabb...!.

Jom Membaca..Jom Menulis...!.

Friday, July 20, 2012

Catatan Ramadan (2)




Selamat Berpuasa 1433H

Alhamdulillah dengan kasih sayang Allah swt,kita dapat bertemu kembali dengan bulan Ramadan yang mulia.Di permulaannya Rahmat,di pertengahannya pengampunan dan di pengakhiraanya pembebasan dari api neraka.Saban tahun kita di peringatkan tentang peri pentingnya menunaikan ibadah puasa dalam bulan Ramadan.Bila kelihatan anak bulan maka wajiblah kita berpuasa dengan memenuhi syarat dan rukunnya.Semua orang yang baligh dan berakal semua tahu hukum mengerjakan ibadah puasa ini.Wajib..!.

Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a,Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:

“Berpuasalah kalian jika telah melihat hilal (anak bulan) dan sudahilah puasa kalian jika telah melihat hilal lagi.Jika tidak nampak akannya,maka genapkanlah hitungkan Syaaban menjadi 30 hari”.

Riwayat Bukhari.

Tidak perlulah saya huraikan lebih panjang,semua orang sudah faham tentang segala syarat sah dan rukunnya.Cuma dalam kesempatan pertemuan dalam media maya ini,saya ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa dan ibadah-ibadah yang lain.Sempena bulan yang penuh dengan keberkahan ini,sama-samalah kita rebut peluang yang di berikan oleh Allah kepada kita untuk mengumpul pahala sebanyak-banyaknya agar beroleh Rahmat dan hidayah-Nya.Maklum sahaja,ia datang setahun sekali.

Selagi masih di beri kesempatan dan ruang untuk menghirup suasana Ramadan yang indah ini.Marilah kita tunaikan segala perintahnya dengan penuh istiqomah dan ikhlas semat-mata kepada-Nya.Biarlah dari sekecil-kecil perbuatan kita semuanya menuntut keredaan pada-Nya.Allah sahajalah yang selayaknya untuk kita patuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya,lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadan ini.

Jaga segala adab-adab semasa berpuasa,jauhilah daripada leka mengingati Allah.Allah maha melihat tentang apa perkara yang kita kerjakan.Justeru itu agar puasa kita lebih baik dan sempurna maka perbanyakanlah zikir pada-Nya.Tidak semestinya di tikar sembahyang kita mengingatinya,tetapi dalam keadaan apa sekali pun zikir dengan mengingatinya tetap bersama-sama kita.

Mudah-mudahan puasa kali ini,puasa yang cemerlang buat kita semua.Ramadan menjanjikan beribu keberkahan yang di janjikan.Alangkah ruginya jika kita Persia-siakan Ramadan yang hadir pada kali ini.Mungkin,hari ini,esok atau lusa belum tentu kita dapat menghabiskan Ramadan pada hari-hari seterusnya,jadi kesempatan ini,setiap deti,saat dan jam yang ada ini,biarlah di isi dengan ibadah hanya kepada-Nya.

Oleh itu,sentiasalah bermuhasabah untuk kebaikan diri,keluarga dan masyarakat agar puasa yang kita sedang jalani ini beroleh kejayaan seterusnya beroleh matlamat akhir dari puasa yakni “ Semoga kamu menjadi orang yang betaqwa..”.Mudah-mudahan di terima Allah segala ibadah kita di bulan Ramadan ini.

Amin Ya Rabb..!!!.

Selamat Berpuasa 1433H Kepada Semua..!

Jom Membaca..Jom Menulis...!

Tuesday, July 17, 2012

Catatan Ramadan (1)


Ramadan Kembali




Alhamdulillah,syukur pada Allah yang mengizinkan kita untuk bertemu dalam dunia maya ini.Diam tak diam kita sudah di penghujung bulan sya’aban dan tinggal tiga hari lagi kita akan bertemu dengan bulan yang sangat agung iaitu bulan Ramadan Al-Mubarak 1433H.Itu pun sekiranya kita di izinkan untuk sampai ke destinasinya. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam orang-orang yang beruntung menemui kembali bulan yang amat penuh dengan keberkahannya.

Tiap tahun,bila datangnya bulan Ramadan,acapkali diulang-ulang tentang fadhilat ibadah puasa oleh ilmuan-ilmuan Islam bagi mengajak Umat Islam agar berpuasa dengan puasa yang sebenar-benarnya.Mereka tidak jemu-jemu menyampaikan apa jua kebaikan yang terkandung di dalam bulan Ramadan ini.

Namun di situ masih terdapat segolongan manusia yang tetap ingkar tentang seruan ibadah puasa ini.Walaupun mereka mengaku sebagai beragama Islam,namun dalam ibadah puasa mereka sering gagal memenuhi tuntutannya,dengan alasan kerja berat,gastric dan bermacam-macam alasan yang di buat-buat.Semoga kita tidak tergolong dalam segolongan manusia itu.

Puasa adalah perintah Allah seperti yang sudah termaktub dalam al-quran.Ia wajib mesti di tunaikan.Rukun Islam yang ketiga selepas fardhu solat.Ia wajib ditunaikan tanpa sebarang syak dan keraguan.

“Wahai orang-orang yang beriman,di wajibkan keatas kamu berpuasa sebagaimana yang telah diwajibkan atas ummat sebelum kamu supaya kamu bertaqwa.”

(Al-Baqarah:183)

Sesungguhnya puasa bukan sekadar menahan lapar dan dahaga,tetapi mengawal nafsu agar tidak terjerumus kelembah noda dan dosa.Nafsu yang jahat yang sering mengajak manusia melakukan kejahatan tanpa seminit mahu pun sesaat rehat mengoda manusia.Maka dengan puasa ini mudah-mudahan dapat mengekang nafsu yang rakus ini.Dengan menjaga adab-adabnya, puasa kita kan sempurna dan akan diterima oleh Allah SWT.

Justeru itu,Ramadan kali ini biarlah memberi impak yang lebih baik pada diri,keluarga dan masyarakat Islam.Hasil dari puasa yang sempurna kita tergolong dalam golongan yang bertaqwa seperti yang di nyatakan dalam al-quran.

Amin...Ya Rabb..!

Jom membaca,jom menulis…!

Bila Bermadah






“Rindu itu adalah
Anugerah,
Ayuh kita nikmatinya
Dengan rasa taqwa
Dan iman pada-Nya.”

“Anak-anak adalah
Anugerahnya,
Ayuh kita sayanginya
Dan didiknya,agar
Menjadi insan bertaqwa
Dan beriman pada-Nya.”

"Alangkah indahnya
Bila kedua putera dan puteri ku
Duduk di pangkuanku
Terasa indah dan tenang sekali.
Terima kasih Tuhan
Atas nikmat pemberian-Mu.”

Wednesday, July 11, 2012

Motivasi Melalui Buku Penulisan


Sumber Motivasi Dan Panduan



Dalam koleksi buku di bilik bacaan saya terdapat beberapa buah buku berkaitan tentang penulisan.Ia merupakan buku buat motivasi diri saya agar berminat dalam penulisan.Apa jua jenis penulisan yang mahu di ceburi,baik penulisan kreatif atau pun non-kreatif.Kerja-kerja menulis memerlukan kesungguhan dan ianya mesti di lakukan berterusan.Jika tidak mood menulis akan hilang dan semangat untuk menulis pun menurun.Akibatnya apa perkara yang mahu di kongsikan melalui penulisan akan terbengkelai begitu sahaja.

Buku-buku tersebut selain sebagai panduan,saya gunakan untuk memotivasi diri agar terus menulis apa-apa yang boleh di kongsi dalam blog yang saya wujudkan.Menulis sesungguhnya bukanlah kerja yang sangat mudah sekiranya tidak di iringi dengan semangat dan dorongan diri yang kuat.Walaupun catatan-catatan ringkas sudah di sediakan untuk di tulis dan di kemnbangkan,namun jika semanagt untuk menulis tidak ada,ia akan menjadi sekadar catatan yang tidak berkembang dan seterusnya boleh di kongsikan.

Itu yang berlaku pada saya sebenarnya,banyak catatan-catatan ringkas yang masih tidak tertulis dek’ kerana semangat yang menurun.Ada nya  catatan yang mahu di tulis sudah tidak releven lagi untuk di  kongsi.Itu masih terbiar dalam bakul catatan yang di sediakan.Catatan ringkas tentang pergolakan politik dalam Negara juga banyak yang tidak tertulis lagi.Malah blog yang ini (Membaca Minda Segar) pun,baharu hari ini sempat untuk menulis.Itu lah bila sudah di hinggapi penyakit malas dan bertangguh.

Alhamdulillah,dalam keadaan malas mahu menulis,minggu ini saya sempat juga menghabiskan dua buah buku yang saya beli di Pesta Buku Negeri Selangor 2012.Buku ‘I Want To Be A Writer'  tulisan Ummu Hani dan Buku ‘Biblioholisme’ tulisan Shaharom TM Sulaiman.Itu pun memaksa diri agar jangan malas membaca.Membaca pun kena semangat juga,begitu juga menulis.Waktu saya menulis tulisan ini juga saya cuba memaksa diri agar jangan malas menulis dan bersemangat terus.

Membaca dan menulis bukan sekadar sahabat akrab tetapi adik beradik yang perlu di pupuk dengan kasih sayang.Kedua-duanya harus di bajai dengan semangat dan dorongan yang kuat.Jadi untuk itu,saya sering mengulangi buku-buku tentang penulisan untuk beberapa kali.Ia nya untuk menguatkan motivasi diri agar terus menulis, menulis dan terus menulis.Begitu juga dengan semangat membaca, membaca dan terus membaca.

Semoga kesungguhan ini berterusan sampai bila-bila.Amin..!.

Selamat Membaca...Jangan lupa menulis...!

DEMI MASA