Followers

Monday, December 12, 2011

Cantiknya Kulit Buku

Menarik


Alhamdulillah bertemu lagi dalam cerita pasal buku.Minggu ni sudah berapa buah buku habis dibaca ya?.Mudah-mudahan terus membaca.Kali ini saya mahu bercerita tentang kulit buku.Kulit buku,bukan buah-buhan sahaja yang ada kulit,begitu juga kita manusia ada kulitnya,sebagai mencantikan struktur yang ada pada anggota kita,cuba bayangkan jika tiada kulit?.Begitu juga dengan buku.

Buku yang siap ditulis dan diterbitkan tentunya mempunyai kulit,sama ada tebal atau pun nipis ianya tetap akan menjadi daya tarikan agar pembeli buku mudah jatuh hati dan jatuh cinta untuk memiliki sesebuah buku,kata orang dari mata turun ke hati.Sudah tentunya kulit buku yang di hasilkan mempunyai desain yang sangat menarik.

Gambaran yang wujud di kulit buku sudah pasti mengambarkan apa yang terkandung dalam pengisian sesebuah buku.Lukisan,gambar dan apa-apa pun yang menarik pasti akan memikat hati pembeli.Secara pribadinya,saya akan membelek-belek buku yang mahu di beli,melihat kulitnya,tebal atau nipis,menyebabkan hati terpikat dan akhirnya membeli buku itu.Desain yang menarik sudah tentunya menjadi pilihan.Sudah pasti isikandungannya juga menarik.Lantas dalam hati akan berkata-kata,”Cantiknya kulit(desain) buku ini..”.
Kini,terdapat banyak penerbit yang mengeluarkan buku-buku bermutu,kulit bukunya juga menarik minat untuk pembeli membeli buku tersebut.Kualiti kertasnya juga bagus.Saya suka buku-buku hasil terbitan PTS,Telaga Biru,Karangkraf dan lain-lain kerana desain kulitnya yang menarik,sudah tentunya pengisian juga menarik.Para penerbit sudah mula faham kehendak pembaca,selain pengisian sesebuah buku,persembahan(desain buku,kulit buku) sesebuah buku juga kini menjadi sesuatu yang sangat penting buat mereka bagi menarik pembaca membeli buku keluaran mereka.

Kesimpulannya,kulit buku yang menarik sudah pasti menjadi pilihan setiap peminat buku.Sama ada tebal atau nipis,mahal atau murah,itu bukan alasan untuk tidak membeli dan membacanya.Justeru kepekaan para penerbit buku dalam mengutamakan kehendak pembaca sangat di hargai,terutamnya dalam mempersembahkan hasil buku yang di terbitkannya.

Jom membaca...!

Thursday, December 8, 2011

Friday, December 2, 2011

Jom Wacana Ketamadunan


Dari Facebook:
Kembara Bahasa

Insya-Allah esok, Sabtu 3 Disember 2011, pukul 2 petang, hamba menyampaikan ceramah "Memupuk Persefahaman Ketamadunan melalui Bidang Ilmiah" bersempena dengan Mesyuarat Agung Kelab Generasi Pemuda Tamadun Dunia di Pusat Pembangunan Belia Islam, Taman Cemerlang, Gombak (bersebelahan dengan pejabat ABIM Pusat). Para belia dan "mantan belia" dipersilakan hadir.

Wednesday, November 30, 2011

Tebalnya Buku



Di pasaran terdapat banyak jenis buku dengan pelbagai tajuk.Malah tajuk-tajuk yang ada adakalanya merangsang untuk kita turut minat untuk membelinya.Saiz buku pula bermacam-macam ada besar,ada kecil,juga dari segi halaman muka suratnya ada tebal dan ada juga nipis.Segalanya menarik dan memikat untuk kita memilikinya.

Pernah atau tidak bila kita melihat buku yang tebal,kita akan merasa seperti kita tidak mampu untuk membacanya.Hati akan berkata-kata”Eh..boleh ke aku habiskan baca buku ni”.Rasa seolah-olah buku yang tebal itu akan membawa masa yang agak lama untuk kita habiskan membaca atau boleh jadi kita tidak akan membelinya dan akhirnya tidak membacanya.

Pertama kali bila saya melihat buku yang tebal,saya akan menyentuhnya,ambil,selak-selak dan di dalam hati merasakan akan kekaguman dengan tebalnya buku itu.Merasakan bahawa yang menulis buku itu juga seorang penulis yang rajin,bijak mencurahkan ilmunya ke bentuk tulisan.Sudah tentunya orangnya juga hebat.Kemampuan menulis buku yang tebal juga merupakan keistimewaan seseorang penulis.

Penulis-penulis terdahulu,terutamanya golongan ulamak menulis buku tebal-tebal malah berjilid-jilid lagi.Karya mereka sangat hebat dan bermutu sekali.Sebagai contohnya Ibn ‘Aqil mengarang buku sebanyak 800 jilid,Ibn Taimiyah ,beliau menulis empat topik dalam satu hari dan setiap buku diselesaikan dalam seminggu,juga beliau mengarang 30 jilid kitab Majmu’ Fatawa di dalam penjara.Semua buku atau kitab yang di karang merupakan kitab-kitab yang tebal.Ia menjadi rujukan dan bacaan hingga ke hari ini.

Masalah buku itu tebal atau tidak bagi saya bukan persoalannya atau alasan untuk tidak cuba membelinya dan membacanya.Buku yang tebal ikutlah kemampuan kita untuk membacanya,tidak dapat baca sehari suntuk untuk membacanya kita boleh baca sedikit demi sedikit,sehari dalam satu bab ke,ikutlah kemampuan kita dan juga masa yang terluang untuk kita.Apa yang penting waktu terluang untuk kita membaca ada.

Justeru itu,buku yang setebal mana pun,jika seseorang itu sudah minat membaca,ia tetap akan di bacanya tanpa risau atau takut untuk menghabiskan membacanya.

Jom membaca...!

Tuesday, November 29, 2011

Bawa Buku Ke Mana-Mana

Jom baca di mana-mana,jangan malas-malas..!


Membaca tak perlu di persoalkan lagi akan kepentingan dan kebaikannya.Kini adalah waktunya untuk merealisasikan tuntutan itu.Di mana jua berada,waktu yang ada pergunakanlah untuk membaca.Ketika menunggu bas,ketika menunggu kawan,ketika waktu sebelum tidur dan ketika mana pun waktu yang terluang untuk kita dapat manfaati dengan membaca.

Membaca dan membaca,guru sebagai seorang yang mendidik anak-anak muridnya juga perlu banyak membaca,kena ada persedian untuk mengajar,jadi keperluan membaca sangat penting.Lebih-lebih lagi apa yang akan di ajarkannya nanti memerlukan contoh-contoh atau cerita-cerita yang berkaitan apa yang akan di ajarkan kepada anak-anak muridnya.

Jadi seorang guru tidak akan buntu dan kelu jika persoalan di kemukakan oleh anak muridnya.Dengan adanya persedian membaca buku-buku yang membantu persoalan yang di utarakan kepadanya.Di mana jua berada guru-guru juga perlu membaca,tiada alasan bagi seseorang guru dari malas membaca buku.Saya yakin seorang guru merupakan seorang yang rajin membaca buku.Tahniah cikgu?.

Tidak kiralah ia seorang guru,pelajar,pemandu teksi,pekerja kilang,seorang Yb,seorang menteri (lebih-lebih lagi menteri pendidikan(kena banyak membaca) apa pun kerjaya nya dan siapa pun mereka membaca sangat di perlukan.Usah di tanya hebatnya orang Jepun dalam bab membaca ini.Mereka sudah lebih maju dan baik dalam bab-bab membaca,lihatlah kemajuan pesat pembangunan dan ekonominya.Itu belum teknologinya yang hebat.Hasil membaca rakyatnya bermaklumat.Itu yang kita mahukan dengan rakyat Malaysia.

Setakat ini,Insyallah ke mana sahaja saya akan pergi,akan ada sebuah buku di dalam poket seluar saya,bagi memudahkan saya mencapainya dan jika ada masa terluang saya akan membacanya.Atau tidak pun akan ada beg yang ada dalam kereta tersedia buku-buku atau majalah di dalamnya.Ini bagi merealisasikan ke dalam diri bahawa membaca ini perlu di mulakan dalam diri kita sendiri,kemahuan diri yang kuat dan semangat yang kuat.Membacalah di mana-mana,anda tidak akan rugi.

Akhirnya,dengan membaca ini akan melahirkan satu masyarakat yang penuh maklumat dan berfikiran kritis,inovatif dan tidak pasif.Maka akan lahir tamadun yang hebat terhadap sesebuah Negara,Itulah harapan kita di Malaysia ini.

Jom membaca..!

Monday, November 28, 2011

Membaca Seruan Agung Dari Yang Maha Agung

Buku sebagai sumber mendapatkan ilmu


Dalam penulisan saya hari ini,saya memetik satu mutiara kata dari 61 mutiara kata tentang membaca yang saya pernah kongsikan pada sahabat-sahabat semua dalam entri yang terdahulu.

“Membaca itu bukan sekadar suruhan tetapi tuntutan yang sangat agung dari yang Maha Agung”

Sesungguhnya membaca itu satu tuntutan yang sangat agung dari yang Maha Agung.Mana tidak nya,bukankah seruan membaca itu termaktub dalam kitabullah.Ia merupakan kalimat yang di perintahkan ke atas junjungan mulia SAW untuk membaca,sebagaimana maksudnya dalam surah Al-Alaq ayat 1-5;

“Bacalah (Wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk),Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku;bacalah,dan Tuhanmu Yang Maha Pemurah,yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan,Ia mengajarkan manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Nah,seruan mana lagi yang mahu kita tinggalkan,bukankah seruan membaca ini suatu seruan yang suci,yang banyak membawa manfaat?.Lebih-lebih lagi apa yang kita baca itu dapat mendekatkan diri kita pada pencipta yang Maha Hebat.Membaca bukan sekadar mahu tahu tetapi membaca dengan penuh kefahaman lalu dengan kefahaman yang ada dapat di manfaati oleh semua.

Begitu hebatnya Nabi SAW yang dikenali sebagai ummi,namun dengan seruan yang murni dari wahyu yang di terimanya,lalu menjadi hebatnya 2/3 menjadi sebuah tamadun yang tunduk pada kalimah tauhid yang di sampaikan oleh beliau dan para sahabat-sahabat yang terdahulu.Hingga kini kita masih menikamati dari hasil pengorbanan mereka semua,Bukankah ini,hasil dari seruan Agung itu?.

Justeru itu,kita sebagai generasi yang mutaakhir ini,mengembeling seluruh tenaga yang ada,sama-sama memanfaati segala sumber peninggalan yang mereka tinggalkan pada kita untuk kita sebarkan kepada mereka yang belum tahu atau yang masih lagi belum sedar manfaat agar seruan supaya membaca ini di teruskan di dalam apa jua lapangan kehidupan kita.

Untuk akhirnya,membacalah untuk kebaikan kehidupan yang sedang kita nikmati ini.

Jom membaca...!

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah 1433H


Alhamdulillah dengan izin dan kebesaran kekuasaan-Nya,jua usia yang di pinjamkan kepada kita hingga ke hari ini (tahun baharu hijrah 1433H).Semoga segalanya di permudahkan dan beroleh kejayaan dengan apa yang kita usahakan selama ini.Dengan masuknya tahun baharu ini juga segala impian dan azam yang telah di bina dapat terus di realisasikan pada tahun ini.

Salam pertemuan di alam maya ini,terima kasih kepada sahabat-sahabat blogger yang masih sudi berkunjung ke laman blog ini(JPMA).Lama juga tidak berkongsi-kongsi dalam dunia pembacaan.

Blog yang kosong dari pengisian sudah tentunya tidak dapat di manfaati oleh mereka yang berkunjung di sini(JPMA).Ribuan kemaafan buat sahabat semua dari saya.Namun dunia pembacaan saya masih berterusan,paling sedikit pun satu minggu hanya sebuah buku yang dapat di baca.Manakala dalam sebulan dalam 3 atau 4 buah buku dapat di beli dan seterusnya di cerna di minda.

Insyallah dengan azam dan semangat baharu di tahun 1433H,segala kekangan waktu akan di atasi sedikit demi sedikit.Perkongsian demi perkongsian dalam blog ini sedang dalam catatan,segala catatan sudah ada,tinggal sahaja mahu di tuliskan dan seterusnya di post di blog ini.

Sekali dengan ucapan ‘SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1433H’,semoga segala apa yang telah kita usahakan di permudahkan dan di redai Allah SWT.

SEMOGA HIJARH INI,KITA TERUS DI BERI SEMANGAT UNTUK TERUS MEMBACA.

DEMI MASA