Sunday, May 1, 2016

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016





Pesta Buku 2016 (29 April-9Mei 2016)


Pihak kami bekerjasama dengan syarikat pengangkutan awam Nadi Putra telah menyediakan Servis shuttle bas untuk ke Pesta Buku dari 4 laluan utama;

Laluan 1: KTM Serdang – MAEPS – KTM Serdang

Laluan 2: LRT Bukit Jalil – MAEPS – LRT Bukit Jalil

Laluan 3: ERL Putrajaya – MAEPS – ERL Putrajaya

Laluan 4: IOI City Mall Putrajaya – MAEPS – IOI City Mall Putrajaya

Semua bas dari setiap laluan akan beroperasi dari 9.00 pagi – 9.30 malam setiap hari semasa hujung minggu dan 9.00 pagi – 8 malam semasa hari bekerja. Kekerapan bas adalah 15-20 minit.

Tambang minimum RM1 akan dikenakan untuk laluan tersebut.

Bagi pengunjung atau penduduk Putrajaya & Cyberjaya yang ingin ke MAEPS, anda boleh menggunakan bas laluan 501 dengan tambang normal RM 1.50. Semasa PBAKL 2016, bas tersebut akan masuk ke MAEPS.