Klik pada gambar untuk daftar secara online
Sunday, May 17, 2015
Wednesday, May 13, 2015
Kenangan Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015
Kenangan yang paling manis di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, apabila dapat bertemu dengan penulis bukunya sendiri, dapat berbual barang sekejap pun cukup membahagiakan hati ini. Apatah lagi dapat mengabadikan potret bersama mereka. Inilah sebahagian gambar kenangan bersama mereka.
Bersama penulis Hassan Suyut, penulis buku Kembara Atiq dan Wazif 2, terbitan Galeri Ilmu.
Bersama penuis Meor Farid Asyradi, penulis buku Travelog MR.Traveller, terbitan
Bersama penulis Hafiz Latif, penulis Legasi OakHeart
Bersama penulis Rafi Harumin, penulis buku Barisan Hadapan, sejauh dari sabah penulis ini datang ke Kuala Lumpur semata-mata meraikan pesta tahunan ini dan juga mempromosi buku Kumpulan Cerpen Barisan Hadapan.
Friday, May 8, 2015
Tuesday, May 5, 2015
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015, Aku Datang!
Catatan ini ditulis selepas beberapa
hari Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 berakhir, hari ini baru
berkesempatan mahu merakamkan perjalanan ke pesta buku tersebut. Syukur
Alhamdulillah dengan izin Allan SWT pada tahun ini dapat juga ke sana. Tahun
lepas langsung melepas, untuk tahun ini memang nekad mesti pergi jika tidak
pergi akan rugi diri sendiri, bila lagi mahu berpesta buku.
Pesta buku bukan macam pesta tari
menari, pesta lagu-lagu, ia merupakan pesta untuk mereka yang cintakan buku, sayang
buku, gila buku dan macam-macam spesisinya. Juga merupakan pesta untuk para
penerbit buku memasarkan buku-bukunya, pesta untuk para penulis melancarkan
buku-bukunya, pesta untuk para karyawan kecil besar turut sama-sama merayakan
dan meraikan hari yang sungguh berbahagia itu.
Pembaca, penulis, penerbit, penjual
saling perlu memerlukan dalam pesta ini. Penulis menulis buku, selesai menulis,
buku akan diterbitkan, penerbit memerlukan penjual untuk memasarkan buku-buku
yang diterbitkannya, penjual pula perlukan pembeli yang terdiri para pembaca
untuk menjualkan buku-buku yang mahu dijualkannya. Ya…antara kita saling perlu
memerlukan. Masing-masing bersangkut paut. Begitulah kehidupan…
Catatan 1 Mei 2015, Jumaat
Saya semakin melalut pula…,perjalanan
ke Kuala Lumpur menggunakan pengangkutan awam komuter, melalui stesen seksyen
19, Shah Alam. Saya meminta anak buah untuk menghantarkannya ke sana. Sekitar jam
3 petang, saya dan Rasidi sampai di stesen tersebut. Seusai membeli tiket kami
terus ke tempat menunggu. Tidak lama kemudian munculah sebuah komuter untuk
membawa kami menuju distinasi. Kami akan turun di stesen Putra, ia berhampiran
dengan PWTC, tempat berlangsungnya pesta buku tersebut.
Di dalam komuter, biasalah ada yang
berdiri, duduk, bermain telefon bimbit dan macam-macam karenah manusiannya.
Pada mulanya saya dan anak buah duduk di bahagian koc wanita, tidak perasan
pula itu koc wanita, bila konduktor tiket datang, dia suruh kami tukar tempat,
dalam hati patutlah perempuan di sebelah tepi tadi terkejut bila lihat kami
duduk di situ. Kami cepat-cepat ke bahagian hadapan koc lelaki. Malu juga
rasanya, tapi buat-buat tak tahu…perjalanan agak tenang, biasalah dalam
komuter. Perjalanan tidak lancar, ada sahaja pemanduannya terhenti, menurut
info, atas arahan bahagian yang menjaga laluan komuter.
Saya sempat menegur seorang pemuda
semasa di dalam komuter, saya bertanyakan tentang perhentian komuter yang
sedang kami naiki ini, berhenti berdekatan dengan PWTC atau tidak, untuk
kepastian saya. Menurutnya ia akan berhenti di situ dan memang berdekatan pun,
dia sendiri mahu pesta buku tersebut. Kami menjadi mesra, berborak sepanjang di
dalam komuter tersebt. Dari satu stesen ke satu stesen kami berhenti. Akhirnya
sampai juga di distinasi yang dituju. Sampai juga di stesen Putra,ramai yang
turun di situ, ramai juga yang mahu ke pesta buku.
Sepanjang perjalanan berdiri, agak
lenguh kaki ini, apa boleh buat, jalan teruslah, sudah sampai pun, kami pun
berjalan menuju ke PWTC, ramai yang menuju ke situ, kami ikut sahaja mereka,
satu distinasi yang sama, mahu berpesta, berpesta buku. Tak sabar rasanya di
hati, tentu ramai orang berpusu-pusu mencari buku…saya cuba membayang-bayangkan
suasana itu. Kami berhenti sekejap, menghilangkan dahaga dengan membeli air
kelapa muda…ahh…baru segar, hilang dahaga. Selesai sahaja minum, terus menuju
ke pintu masuk. Ramai sungguh hari ini, bersesak-sesak dengan orang ramai. Tinggal
tiga hari sahaja pesta buku ini akan berakhir. Masing-masing tidak mahu
ketinggalan untuk mendapatkan buku-buku yang ingin dicari dan dimiliki.
Saya dan Rasidi, terus
berpusing-pusing, melihat-lihat, meninjau-ninjau…ramai sangat orang. Mahu tidak
mahu kena juga harungi, sudah sampai pun, tinggal cari buku yang mahu dibeli.
Saya masuk ke booth DUBOOK, wah, di sini menjadi tumpuan, ramai golongan muda
di sini, mungkin buku-buku di situ sesuai dengan jiwa mereka. Buku terbaru
terbitan DUBOOK semakin diminati dan disukai. Tajuk-tajuk bukunya pun
mengancam, pelbagai tajuk ada, saya melihat begitu ramai yang membeli buku
Amran Fan. Di sini saya hanya meninjau-ninjau sahaja.
Selesai di DUBOOK, saya terus ke PTS,
di sini pun tidak kurang ramainya peminat buku-buku terbitan PTS, saya juga
antara yang meminati buku-buku keluaran PTS. Melihat-lihat, macam-macam tajuk
buku terbaru, sekadar membeli dua buah buku sahaja di sini. Sebab banyak lagi
yang mahu disinggahi nanti. Dua buah buku sebagai ole-ole dari pesta buku,
iaitu Ahmad Ammar-Pemuda Yang Dipersiapkan Untuk Ummah dan Diari Seorang
Mujahidah Kembara Syria. Saya tak mahu lama-lama di sini, nanti lain jadinya.
Cukuplah dulu dua buah buku.
Saya mencari-cari booth Galeri Ilmu
pula. Dari jauh kelihatan peminat-peminat penulis buku Prof. Muhd Kamil sedang
bergambar, mengambil gambar dan ada juga yang meminta sign pada setiap buku
yang dibelinya. Saya dan Rasidi terus meluru ke situ, tanpa buang masa saya
terus mengambil beberapa buah buku terbaru. Meriah sungguh di Galeri Ilmu,
Ustaz Abu Hasan Morad tidak henti-henti dengan promosinya, sentiasa
mengalu-alukan kedatangan pengunjung di booth Galeri Ilmu, beliau orang kuat
Galeri Ilmu, turut turun bersama-sama memeriahkan pesta buku tersebut.
Sedang saya memegang sebuah buku baru,
berkaitan dengan anak kurang upaya, si penulis Hasan Suyut menegur dan
menghulurkan salam. Saya membalas salamannya. Berbual sebentar dengannya, menurutnya
dia punya pejabat di Bandar Baru Bukit Raja. Saya pun meminta tandatangan pada
buku tersebut dan mengabadikan kenangan dengan menyuruh Rasidi ambil gambar
kami berdua. Seronok pula berjumpa penulisnya sendiri, teringat pula Pak Agi
yang beberapa bulan sudah ketika membeli buku, dia yang menyerahkan buku
tersebut di pertemuan dengannya di Pekan Meru. Penulis mempromosi bukunya
sendiri.
Di Galeri Ilmu, lima buah buku saya
beli, antaranya ‘Perjalananku bersama Al-Quran, Kembara Atiq Wazif 2, Tanyalah
Diri, Merenung Diri, dan Ahmad Ammar Engkau Milik-Nya. Seusai membayar kesemua
buku, saya menuju ke tempat Prof Muhd Kamil dan Isterinya yang sedang melayan
para peminatnya, saya meminta beliau menandatangani buku tulisan beliau begitu
dengan buku isterinya. Syukur selesai di Galeri Ilmu, saya dan Rasidi terus
meluru ke booth Cult, di sini ingin berjumpa kawan yang saya sering membeli
buku secara online dengannya.
Di booth ini, terdiri daripada
buku-buku terbitan lain,seperti Legasi OakHeart, Dubook, Thukul Cetak dan
lain-lain. Sebelum memilih buku yang mahu dibeli, saya terus jumpa kawan
tersebut,Hafiz Latif, kami bersalaman, jumpa juga akhirnya kita katanya. Beliau
juga seorang penulis, isterinya juga seorang penulis. Dia banyak menulis
cerpen, zine dan cerpennya banyak bersama antologi dengan sahabat penulis yang
lain. Di sini saya membeli enam buah buku, antaranya Berlari Dari Jogja Untuk
Menemukan Si DiA Di Christiana, Saiful Nang Kisah Orang Menang, Aggong Tanpa
Tengkolok, Cerpen-Cerpen Underground, Gugurnya Azazil, dan Travelog
MR.Traveller.
Untuk buku Berlari Dari Jogja…,
penulisnya ada di situ, saya meminta tandatangan dari beliau, beberapa buah
buku yang lain ada di Bilik Buku saya, seperti buku Sekolah Bukan Penjara
Universiti Bukan Kilang dan Masharakat Melawan Mahasiswa. Penulis Buku Travelog
Mr.Traveller juga ada di situ, saya terus meluru ke meja beliau, meminta
tandatangan dan bergambar dengan beliau. Sekurang-kurangnya ada juga memori
dengan penulis buku tersebut.
Selesai membayar buku-buku tersebut,
saya dan Rasidi terus meluru di tempat Hafiz Latif sedang berdiri, memberitahu
padanya saya sudah mahu beredar,berborak beberapa minit, mengambil gambar
berdua dengannya, Insyallah ada masa boleh jumpa lagi. Saya dan Rasidi terus
turun melalui tangga untuk ke distinasi terakhir, senja pun sudah mula
menunjukkan wajahnya. Sebelum sampai ke booth ITBM saya cuba menghubungi
sahabat jauh, yang merupakan seorang penulis berasal dari Keningau, Sabah.
Menurutnya, beliau berada di Booth
ITBM, saya dan Rasidi terus meluru ke ITBM, ramai sungguh di sini, di pentas
kelihatan Laudin Nawi sedang mengacarakan program di atas pentas, juga
kelihatan Pyanhabib, Sani Sudin, Hani Salwah Yaakup dan lain-lain. Saya tuju ke
rak-rak buku yang terdapat di situ, bermacam-macam buku ada. Rambang mata
dibuatnya. Sambil itu tercari-cari kawan jauh yang datang ke Kuala Lumpur untuk
meraikan pesta buku dan mempromosi buku terbaharu beliau.
Kelihatan penulis Marjan, bekas posmen
juga menulis buku dengan buku puisinya, saya menegur beliau abang posmen.
Beliau menunjukkan buku-buku dirak-rak tersebut. Tidak lama di situ, saya
meminta diri untuk berjumpa kawan yang tadi, mencari-cari akhirnya saya sudah nampak
kelibat kawan yang dicari, saya cuba menegurnya, bersalam-salaman, jumpa juga,
sebelum ini sekadar di Whattsupp kami bertegur sapa, kini kami di hadapan mata.
Akhirnya bertemu dengan izin Allah SWT. Saya meminta izin untuk mencari buku
dahulu,dia pun mahu cari buku juga, ramai kawan-kawannya yang kirim katanya.
Memang rambang mata bila di sini,
buku-buku baru dan lama masih ada stok, beberapa buah buku yang sempat saya
beli di sini antaranya, Pasca Sejarah, Ah Fook, Sarjana Bangsa, Negara
Tercinta, Dondang Pembukaan, Sehelai Daun Kenangan, Dari Cinta Kepada Cinta,
Ikan-Ikan Di Kaca, Barisan Hadapan, Teratak Berjasa, Memoir Kembara Menari Di
Amerika, Mengapa Saya Masih Memetik Gitar, Kembara Sastera Nisa Haron dan
Biografi A.Samad Said. Cukuplah rasanya…ikutkan hati memang nak semua. Beg pun
sudah penuh, nasib baik, bawa dua buah beg, anak buah, menjadi pembantu
setia.
Selesai membayar, terus jumpa kawan
tadi si penulis buku Kumpulan Cerpen Barisan Hadapan, Rafi Harumain, untuk
meminta tandatangan dibuku yang saya beli. Sambil berbual-bual, ajak untuk
makan atau minum, dia kata sudah makan tadi dalam pertemuan dengan
rakan-rakannya di Galeri Ilmu. Saya memberitahu padanya, saya sudah mahu
berangkat pulang, rasanya sudah cukup membeli belah buku, lama-lama nanti lain
ceritanya, mahu semua dibeli. Setelah ditandatangani buku tersebut. Kami pun
bersalam-salaman untuk terus balik. Apa pun terima kasih kerana sudi untuk
berjumpa.
Kami terus meluru mencari jalan
keluar, semasa mencari jalan keluar terlihat booth Utusan Publication, tertulis
di situ RM 10 tiga buah buku, dan buku kanak-kanak sebuah RM 1, apa lagi,
berhenti sekejap, pilih mana-mana tiga buah buku yang menarik hati, oh ada
sebuah lagi untuk hadiah, beli tiga hadiah sebuah lagi buku. Untuk anak-anak,
saya beikan buku-buku cerita yang ringkas bergambar. Selesai membayar terus
cari jalan keluar.
Alhamdulillah, jalan keluar sudah kelihatan kami
masing-masing membawa beg yang berisi beg yang padat dengan buku-buku yang
dibeli tadi. Lenguh kaki ini, dahaga pula terasa, berhenti sekejap, membeli air
untuk menghilangkan dahaga. Kami terus menuju ke Stesen Putra, selepas membeli
tiket, berhenti sekejap, ke surau di situ untuk menunaikan solat maghrib. Seusai
dari itu kami terus ke tempat menunggu, kami akan berhenti di stesen Klang.
Sekitar jam 9.45 kami sampai di Stesen
Klang…singgah di Restoran Bismillah untk mengisi perut yang sudah lapar,
sementara menunggu anak buah mengambil kami berdua.
Jumpa lagi Di Pesta Buku Antarabangsa
Kuala Lumpur 2016!