Nama: Zaman Shah Bin Saiyan

Nama: Zaman Shah Bin Saiyan
Nama Pena: Masshah

Followers

Wednesday, October 31, 2012

Membaca Minda Menjadi Segar






Sedang membaca ?, baguslah begitu dan tahniah lah kerana menjadikan membaca sebahagian aktiviti kehidupan sahabat semua. Mungkin membaca antara aktiviti selain beriadah, berjalan di taman, bershoping dan sebagainya. Biar pun sekejap sekadar lima minit, dua muka surat, seminggu satu buku, sebulan dua buah buku, syabas dan tahniah sekali lagi. Apa yang penting agenda membaca ada dalam dairi kehidupan yang sedang kita harungi sekarang. Alah sekadar membaca akhbar, kira baik juga lah tu, tak kanlah itu pun tiada masa dan jawapan yang biasa dengar malas...ya malas!.

Sekadar membaca sms itu pun malas tak tahulah apa nak cakap. Membaca signboard, membaca juga, jangan sampai tidak mahu baca signboard nanti sesat jalan pula dek’ kerana malas sangat membaca, jadi sesat jalan yang mahu di tuju. Begitu sekali malasnya?, Itu sudah kira teruklah, siapa yang susah?, diri sendiri yang susah sebab malas membaca biar pun sekadar maklumat jalan di signboard.

Jadi, penting atau tidak membaca itu?. Ya amat penting dan sangat penting. Tak payahlah saya tulis panjang-panjang tentang pentingnya membaca. Saya yakin semua orang sudah bijak-bijak dan faham tentang faedah membaca. Ada yang sudah menjadi guru, ustaz, professor, mufti, kadi, Tuan Hakim, Ulamak, dan sebagainya. Mereka tahu dan faham faedah membaca, sebab itu mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing. Di sebabkan dengan membaca inilah mereka berjaya hingga sampai kemuncak yang di hajatinya.

Sampai begitu sekali hasil dari membaca?. Ya begitulah, dari tidak tahu hingga jadi tahu, dari tidak faham jadi faham dan memahami., dari kurang mahir jadi mahir dan sebagainya. Hebat bukan kuasa membaca ini. Dalam quran sendiri menyebut seruan agung dari yang Maha Agung, seruan Iqra itulah yang menyeru junjungan besar Nabi SAW agar mengikuti apa yang diungkapakan oleh Jibril a.s seperti yang termaktub dalam kitab suci Al-Quran.

Minda akan segar jika selalu di sirami dengan membaca (ilmu), kitab Al-quran yang hebat, panduan dan manual kehidupan setiap insan muslim dan seluruh umat manusia, ia menunjuki manusia tentang kebenaran. Dan pelbagai lagi keindahan isikandungannya yang dapat di cerna oleh setiap yang membacanya. Ketenangan dan kesegaran minda pasti di perolehi dengan membacanya. Hebat bukan mukjizat yang diturunkan kepada Nabi SAW ini?. Ingin menafikannya?. Ia bukan sekadar panduan tetapi lebih daripada itu, mencakupi setiap ruang kehidupan umat manusia.

Nah, alasan apa lagi bagi kita yang sering mengungkapakan rasa malas, tidak ada masa dan pelbagai alasan untuk kita tidak mahu membaca. Jangan lah sampai kita menafikan seruan membaca itu adalah seruan Agung dari yang Maha Agung. Jadi, apa lagi di tunggu membacalah (membaca yang berfaedah termasuk menjadikan minda kita segar ) sekarang?.

Jom Membaca Dan Menulis.

Monday, October 29, 2012

Semangat Membaca Dan Menulis




Segala puji bagi Allah SWT, salam dan selawat ke atas junjungan mulia Muhammad Saw, keluarga dan para sahabat Nabi Saw seluruhnya. Dengan rahmat dan kasih sayangnya dapat saya menulis diblog ini setelah beberapa minggu tidak menekan papan kekunci ini untuk menuliskan sesuatau yang bermanfaat untuk para sahabat blogger dan pengunjung semua..Hari ini, dengan berbekalkan semangat zulhijjah dan semangat korban saya sedaya upaya melawan rasa  kemalasan untuk menulis di sini.

Saya rasa begitu juga dengan para sahabat yang mengalami rasa malas mahu mengupdate blog masing-masing, tidak seperti pada awal pembinaan blog, masing-masing dengan penuh semangat ingin menulis setiap detik apa yang berlaku dalam kehidupan kita semua mahu dikongsi dan dicatatkan. Situasi ini berlaku pada setiap blogger begitu dengan saya. Kalau tidak manakan saya membina beberapa blog untuk tujuan itu. Semangat untuk menulis berkobar-kobar pada awalnya, sedikit demi sedikit kendur pula. Kini datang lagi semangat itu.

Semoga kekal semangat untuk menulis disini. Begitu dengan membaca, Alhamdulillah setakat ini semangat ini masih berterusan. Tempoh waktu saya tidak menulis dalam blog saya manfaatkan dengan membaca. Sudah beberapa minggu saya menghabiskan beberapa buah buku untuk dihadam. Semakin hari semakin membara melihat buku-buku yang semakin bertambah. Mahu tidak mahu rak buku pun tambah lagi, makin lama ruang bilik bacaan penuh dengan rak. Seronok lagi melihat buku-buku yang tersusun rapi didalam raknya. Ia bagaikan motivasi untuk diri agar terus bersemangat untuk membaca.

Semangat menulis disini naik semula bila melihat buku-buku yang semakin banyak, Apatah lagi melihat hasil penulisan yang saya tulis diblog saya print dan baindingkan seolah seperti buku, masa depan boleh di baca oleh anak-anak saya. Ya..begitulah seronok dan indahnya membaca dan menulis. Saya akhiri penulisan ini dengan perkongsian sebuah tulisan dari penulis muda yang berjaya; saudara Nimoiz T.Y.

JANGAN SEBUT PERKATAAN MALAS

Oleh: Nimoiz T.Y

Apa salahnya menyebut perkataan malas? Tidak ada salahnya. Yang salah ialah apabila dengan menyebut perkataan malas kita menjadi semakin malas. Sebenarnya, istilah malas tidak pernah wujud. Yang ada ialah istilah lain. Misalnya, anda malas ke dapur untuk membuat air. Anda sebenarnya bukan malas, tapi mungkin takut nak ke dapur. Sebab ada hantu, contohnya.

Anda sebenarnya bukan malas nak baca buku. Tapi sebenarnya berasa mengantuk. Anda sebenarnya bukan malas nak menulis. Tapi sebenarnya badan lesu. Anda bukan sebenarnya malas nak bekerja, tapi sebenarnya tubuh sakit-sakit. Ya, anda bukan sebenarnya malas tetapi letih, mengantuk, lesu, kurang sihat, tidak bermaya, sakit kepala, tidak ada “mood”, banyak fikirkan benda lain, kerja yang perlu dibuat agak sukar dan lain-lain.

Tidak ada jawapan mudah untuk semua soalan ini – soalan malas! Kecuali mencari penyelesaian sendiri. Contohnya, antara sebab-sebab lesu ialah kurang bersenam. Antara sebab selalu mengantuk ialah kurang tidur. Antara sebab tidak bermaya dan sakit kepala ialah cuaca panas. Oh ya, kalau cuaca panas nak atasi macam mana? Banyakkan minum air, misalnya.Pengajaran hari ini tidak ada apa-apa. Tulisan ini pun pendek sahaja. Sebenarnya saya malas, opsss...sebenarnya saya mahu supaya ada tulisan terbaharu dipaparkan di sini. Kalau tidak ada tulisan terkini, nanti pengunjung akan malas ke sini, opsss, bukan malas, tapi tidak ada semangat datang ke sini.
           
Bangun bangun, jangan malas-malas, jangan sebut perkataan malas, dan menulislah! “

Sumber: Portal eSasterawan.Net

Jom Membaca Dan Menulis....!

Wednesday, October 24, 2012

Tuesday, October 2, 2012

PROKSI SEISI OKTOBER 2012: MEDIA SOSIAL UNTUK PROFESION DAN PEMBELAJARAN


SESIAPA YANG BERMINAT BOLEH HUBUNGI: 019-2550599 (PUAN ILYA)

ATAU EMAIL UNTUK DAFTAR: ESASTERA@ESASTERA.COM/



Salam,

 Dengan segala hormatnya dijemput sdr dan rakan-rakan menghadiri kursus PROKSI 2012: MEDIA SOSIAL UNTUK PROFESION DAN PEMBELAJARAN pada 6 dan 7 Oktober 2012, Sabtu dan Ahad minggu ini. Kursus ini percuma.

Kehadiran saudara pastinya akan memeriahkan program ini.

Tarikh: 6 dan 7 Okt 2012 (Sabtu dan Ahad)
Masa: 9pagi - 5 ptg
Tempat: Bilik Mesyuarat Kekwa, Bangunan SUK (Bangunan SSAAS), Shah Alam, Selangor

Untuk mendaftarkan diri, mohon e-melkan NAMA PENUH dan NOMBOR TELEFON kepada: esastera@esastera.com. Untuk 50 orang sahaja .

Festival Sastera Kanak-kanak 2012




Salam semua sahabat Blogger

Sukacita dimaklumkan bahawa Kota Buku akan menganjurkan Festival Sastera Kanak-kanak 2012 pada 1 hingga 6 November 2012 di Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya, Kuala Lumpur bermula jam 9.30 pagi hingga 5.30 petang. Datanglah beramai-ramai menyertai festival tersebut bersama keluarga dan rakan-rakan. Banyak acara menarik disediakan untuk semua peringkat umur.

Sebarang maklumat lanjut sila berhubung :

1. Norhayati Razali
 
2. Muhammad Hafizudin Sanip

PERBADANAN KOTA BUKU
Aras Bawah, Menara Dewan Bahasa dan Pustaka
Jalan Dewan Bahasa
50462 Kuala Lumpur

Tel : +60321418393 / 21418094
Faks : +60321418095

Sumber:

DEMI MASA

HAK BERSUARA

Perkara 10[1][a] Perlembagaan Persekutuan menjelaskan berkaitan dengan hak ini,iaitu semua warga Negara Malaysia berhak untuk bebas bercakap dan mengeluarkan buah fikiran.Walaupun begitu,ia bukanlah merupakan kebebasan yang mutlak.Bahkan ia tertakluk kepada fasal [2].[3] dan [4].

Perkara 10[2][a] membenarkan Parlimen mengenakan;

Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan [a] Fasal [1],apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain,ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakan penghinaan terhadap mahkamah,fitnah,atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan.Jadi,hak kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan itu adalah selagi mana hak kebebasan itu tidak disalahgunakan,seperti sesuatu ungkapan itu tidak menjadi suatu fitnah,ungkapan yang tidak menjadi suatu hasutan.

TAZKIRAH

Rasulullah SAW bersabda, "Keutamaan seorang alim (berilmu) di atas seorang ahli ibadah bagaikan keutamaanku atas seorang yang paling rendah di antara kamu. Sesungguhnya penghuni langit dan bumi, bahkan semut yang di dalam lubangnya dan bahkan ikan, semuanya berselawat kepada orang yang mengajarkan kebaikan kepada orang lain".
(HR Imam Tirmidzi)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

JOM MEMBACA..!

JOM MEMBACA..!

Mutiara Indah:Meransang Untuk Membaca

Kita adalah umat iqra’,tetapi mengapa masih lagi enggan membaca?

Abdullah bin Mas’ud berkata:”Seseorang itu dilahirkan bukan terus menjadi ‘alim,sebaliknya ilmu itu diperolehi dengan cara belajar.”

Ulamak adalah perwaris Nabi.

Salah seorang berkata kepada al-Sya’bi:”Berilah fatwa kepadaku wahai orang ‘alim.”Al-Sya’bi menjawab;”Orang ‘alim adalah orang yang paling bertaqwa kepada Allah.”

Bacalah supaya anda tidak bosan,tidak sesat,tidak tergelincir dan tidak menjadi orang hina.

Salah seorang ulamak yang tekun membaca buku ditanya: “Apa yang tuan buat?” Dia menjawab: “Saya tengah mengasah akal fikiran saya,”

Ada sesetengah ulamak yang rela menjual rumahnya untuk membeli beberapa judul buku.Syabas ke atas usaha mulia ini!

Ibn Daqiq al-‘Id terkenal sebagai seorang yang cepat dalam membaca buku hingga mampu menghabiskan satu jilid buku dalam satu malam.

Satu ayat yang anda baca mungkin akan merubah jalan anda daripada kesesatan menuju gerbang hidayah.

Satu patah perkataan yang ada di dalam kertas mungkin menjadi penyebab kebahagiaan anda.

Seseorang yang tidak minat membaca adalah sifar.

Setiap tokoh agung pasti sukakan membaca dan setiap orang
bodoh pasti bencikan buku.

Anda pasti merasa jemu denga segala sesuatu yang ada di dunia kecuali membaca.

Rumah tanpa perpustakaan ibarat perkuburan.

Mutiara Indah Untuk Merangsang Membaca (2)

Minat dan suka membaca ini,melahirkan kata-kata yang indah untuk di luahkan,khususnya dalam meluahkan keindahan dan manfaat membaca.Di bawah ini sebahagian dari 61 mutiara kata yang saya luahkan dalam kertas kosong,saya kongsikan semula untuk semua yang ingin mengambil manfaatnya.

“Membacalah sesungguhnya membaca itu menyuburkan minda dan mematangkan buah fikiran.Justeru itu ,jangan sekali-kali meninggalkannya”

“Membaca itu indah dan keindahannya itu akan terpancar selepas anda selesai membaca”

“Membaca itu bukan setakat omongan tetapi perlu di realisasikan”

“Hati yang tenang pasti menyukai membaca”

“Anda tidak pernah dipaksa membaca tetapi suatau masa anda tetap akan membaca”

“Orang yang suka membaca tidak kira buku itu tebal atau nipis ia tetap akan membacanya”

“Mahu tak mahu anda tetap membaca”

Membaca itu menyeronokan tetapi dengan hati yang bahagia”

“Orang yang malas membaca sebenarnya sedang membaca,yakni membaca tentang dirinya”

“Di paksa atau tidak,anda sebenarnya tetap akan membaca”

“Membaca itu bukan sekadar suruhan tetapi tuntutan yang sangat agung dari yang Maha Agung”

“Orang yang dalam keadaan sakit pun tetap membaca itu tandanya hatinya sangat bahagia”

“Anda tidak akan dapat upah dengan membaca tetapi anda akan mendapat keuntungan dengan membaca”

“Membaca dan berfikir akan menghasilkan minda yang segar”

“Buku,majalah,akhbar untuk dibaca bukan dilihat”

“Membaca sangat menghairahkan”

“Membaca itu perlu dan sangat diperlukan”

“Untuk tahu sesuatau membacalah”

“Sesiapa sahaja boleh membaca tetapi belum tentu berterusan”

“Luangkan sedikit masamu dengan membaca,pasti engkau beroleh kelapangan”

“Cari sesuatu,nak tahu kena membaca...”

“Anda ingin membuat penyelesaian masalah maka dengan membaca pasti selesai masalah”

“Tanpa membaca pasti tidak tahu apa-apa”

“Jangan pandang remeh tuntutan membaca”

“Membaca kena biasakan”

“Kena membaca,jika tidak anda tidak tahu apa-apa”

“Tataplah buku pasti keinginan untuk membaca ada dalam hati”

“Ada buku maka ada aktiviti membaca,ada penulis terhasilah sebuah buku”

“Cinta buku,anda pasti cinta ilmu”

“Membaca itu satu nikmat dari sekian banyak nikmatnya”

“Rugi jika anda tidak membaca”

“Malas salah satu punca tidak mahu membaca”

“Semangat sangat perlu dalam mendorong untuk terus membaca”

“Buku penyebab dahagankan ilmu”

“Makin banyak membaca semakin banyak yang tak tahu..”
“Ulamak sangat suka membaca,ilmunya bak mutiara”

“Jika umat Islam suka membaca,Yahudi pasti takut”

“Setiap hari kita lihat tulisan,dalam hati pasti membaca tulisan itu”

“Sayangkan Ulamak bererti sayangkan ilmunya juga”

“Pemimpin yang menyeru rakyatnya supaya membaca,pemimpin itu belum tentu kuat membaca,lebih-lebih lagi pemimpin politik”

“Hidup hilang serinya jika tidak membaca”

“Belilah buku dan bacalah buku itu”

“Keluarkan hasil pendapatan untuk membeli buku”

“Sudut bacaan sangat perlu untuk merangsang agar amalan membaca berterusan”

“Membaca tidak semestinya di perpustakaan,di rumah pun sudah memadai”

“Ibu bapa adalah contoh buat anak-anak,oleh itu jadikan membaca sebagai contoh untuk mereka ikuti”

“Membacalah dimana-mana yang penting anda menyukainya”

“Banyak-banyak gila,gila buku antara gila yang di hormati”

“Pastikan di dalam beg mu ada buku”

“Banyak membaca sukar untuk di tipu”

“Seorang penulis sudah pasti suka membaca dan suka pada buku”

“Membaca menyihatkan minda”

“Tidak membaca minda jadi beku”

“Membacalah walaupun sekejap”

“Rugi jika tidak membaca”

“Membaca hilanglah stress”

“Ilmu kurang bila malas membaca”

“Tunggu apa lagi membacalah..!”

“Kematian menjemput membaca pun tamat”


Inilah beberapa mutiara kata hasil nukilan yang saya luahkan dari hati yang penuh kasih dan sayang pada buku dan semestinya ilmu yang terkandung dalam sesebuah buku.Semoga mutiara kata tersebut ada manfaat untuk semua bagi mendorong agar terus minat dan suka membaca.

Selamat membaca pada semua..!