Wednesday, August 24, 2011

Buku Seberat 1600 Kg Mengenai Rasulullah

Gambar hiasan


JEDDAH:
Sebuah buku terbesar mengenai Rasulullah, seberat 1,600 kilogram dan mengandungi 420 muka surat. Setiap mukanya sebesar empat kali lima meter. Buku itu akan diterbitkan tidak lama lagi.

Buku itu akan ditulis oleh Abdullah Al-Mosleh, Setiausaha Agung Organisasi untuk Mukjizat Saintifik Di dalam al-Quran.

Ia akan diterjemahkan ke dalam empat bahasa antarabangsa dan dimasukkan ke dalam buku Guinness Book of Records.

Tujuan utama buku itu diterbitkan adalah untuk mempromosikan mesej Rasulullah dan memberi gambaran yang sebenar tentang kehidupan dan agama yang dibawa oleh beliau. Penerbitan buku ini sangat penting waktu ini, ketika musuh Islam melancarkan serangan hebat untuk merosakkan imej beliau.

“Buku ini akan menceritakan setiap detik kehidupan Nabi Muhammad. Ia juga mempunyai 100 fakta saintifik mengenai beliau yang berkait dengan perubatan, kejuruteraan dan pertanian,” kata Muhammad Al-Aulaqi, pengerusi Kumpulan Mashahid yang mengilhamkan penerbitan buku itu.

Sumber: SiasahKini

Friday, August 19, 2011

RAMADAN TERAKHIR ?

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Ramadan hanya tinggal beberapa hari lagi,ia pasti akan pergi dan meninggalkan kita.Sewaktu kita menunggu kedatangan bulan yang penuh dengan keberkatan itu,terasa lamanya ia akan menjelma tetapi hari ini Ramadan sudah mahu meninggalkan kita lagi,hanya tinggal beberapa hari lagi sahaja kita boleh bersama-sama dengan bulan yang mulia ini.Pejam celik-pejam celik Ramadan bakal menghilang lagi.

Setahun lagi kita menunggu,itu pun jika umur kita panjang dan masih lagi di izinkan untuk kita menemuinya semula.Seperti tahun-tahun yang sudah,begitulah impian kita,mengharap dan memohon supaya kita di pertemukan dengan Ramadan,begitulah tahun ini juga kita mengharapkan tahun hadapan boleh jumpa lagi dengan bulan yang penuh dengan kemuliaan.Setiap tahun begitulah azam dan tekad kita.

Namun sejauh manakah kita benar-benar menghayati dan seterusnya melaksanakan tuntutan Ramadan yang mulia ini.

Atau hanya sekadar menahan lapar dahaga semata-mata atau sebaliknya kita isi Ramadan dengan pelbagai aktiviti ibadah yang sangat banyaknya.Jika itu,syukurlah kerana kita telah di pilih Allah kerana menjadi hambanya yang benar-benar menghayati Ramadan dan mengimarahkan setiap saat atau minit kita di isi dengan sesuatu yang sangat menguntungkan kita kelak.Ramadan yang kita harapkan saban tahun kita akan menemuinya kita isi dengan tuntutan iman dan taqwa.Tahniah kepada semua...!.

Jadi,Ramadan yang tinggal beberapa hari lagi ini,jangan di persia-siakan,kita teruskan dengan amal ibadah dan sesuatu yang bermakna dalam diri kita,keluarga dan juga masyarakat kita.Apa pun yang kita harapkan saban tahun agar di pertemukan semula dengan Ramadan itu belum tentu,kerana ajal maut hanya Allah yang tahu.

Mungkin,Ramadan kali yang terakhir untuk kita...siapa tahu?. Atau mungkin Ramadan kali ini Ramadan Terakhir untuk saudara-saudara kita..Siapa tahu?..Atau mungkin Ramadan kali ini Ramadan Terakhir buat insan-insan yang kita sayangi dan kasihi...Siapa tahu?.Biarlah perkara ini kita serahkan sahaja pada pengetahuan Allah,kita teruskan segala amal bakti kita yang bakal kita bawa ke negeri yang abadi.

Kita mengharapkan segala amal ibadah kita,puasa kita dan semuanya,mudah-mudahan di terima oleh Allah SWT.Dan kita mengharapkan juga agar matlamat akhir dari ibadah puasa kita akan membuahkan apa yang terakam dalam kalimah suci...”..Mudah-mudahan kamu menjadi orang yang berTAQWA..”.itulah anugerah yang tertinggi hasil dari ibadah puasa yang kita tunaikan dan tuntutan-tuntutan yang lainnya dengan ikhlas dan tulus semata-mata kerana Allah SWT.Sesungguhnya penganugerahan yang sangat di idamkan oleh semua orang-orang yang beriman.

Semoga kita antara kelompok insan yang terpilih dalam anugerah tersebut.

Amin...Amin..Amin....!!!.

Wednesday, August 17, 2011

Kongsi Buku:Travelog Ramadan : Menyingkap Tabir Hamba dan Pencipta


Sinopsis

Ramadan adalah bulan rahmat yang sengaja Allah ciptakan kepada hambaNya yang beriman. Dilimpahi segala kebaikan dan pahala yang berganda berbanding hari-hari dalam bulan lain. Para ulama menyifatkan Ramadan sebagai sebuah universiti atau madrasah, di mana tempoh sebulan berpuasa adalah proses bagi pembelajaran atau muhasabah selain latihan kepada umat Islam, agar nanti apabila Ramadan sudha berlalau mereka menjadi orang yang beriman sebagaimana merekan berada dalam bulan Ramadan.

#Sebuah buku yang saya kira menarik,motivasi buat kita,khususnya dalam bulan Ramadan yang mulia ini.Penulis merakamkan pengalaman beliau dalam menghadapai bulan yang penuh keberkatan ini.Dari satu bab ke satu bab pengalaman beliau rakamkan buat motivasi para pembaca.

Alhamdulillah saya dapat habiskan membacanya selama dua hari,maklum saja,baca beberapa bab terpaksa sambung semula.Semoga saya mendapat motivasi dari pembacaan buku ini.

Untuk sahabat-sahabat yang belum memiliki buku ini,carilah sekarang di kedai buku yang berhampiran.

SELAMAT MEMBACA..!

Tuesday, August 16, 2011

BILIK BUKU








Sekadar berkongsi gambar,terima kasih kepada semua sahabat-sahabat yang berkunjung ke sini,semoga ada manfaat,insyallah blog ini akan aktif semula,setelah sekian lama terkulai layu dari pengisian.

Semoga bertemu lagi..SELAMAT BERPUASA..MOGA SEMUA DI RAHMATI ALLAH SELALU..!