Saturday, November 27, 2010

Kisahnya..

Ramlee Awang Murshid


Kisah Benar Ramlee Awang Murshid: 10 Tahun Buku Tidak Laku

Saya petik teks di bawah ini dari blog Prof. Muhd. Kamil Ibrahim, di mana beliau menulis kata-kata yang diucapkan oleh Tn. Ramlee Awang Murshid (foto) kepada beliau:

“Darjah tiga, saya masih tidak boleh membaca. Ayah saya menangis apabila saya berjaya memperolehi ijazah.”

“Prof, 10 tahun buku-buku saya tidak laku. Saya melalui zaman merayu dan meminta simpati untuk hasil karya saya diterbitkan. Alaf 21 yang memberi peluang kepada saya. Saya merayu kepada Allah, kemudian saya membayar zakat dan saya percaya janji Allah itu sentiasa benar. Rumah saya di beli hasil royalti. Kereta juga begitu.”


Tn. Ramlee Awang Murshid adalah penulis novel popular lelaki paling berjaya (dan kaya) dalam pasaran saat ini.

Kisah benar beliau itu menjadi bukti bahawa penulis buku Melayu mempunyai peluang hidup selesa daripada pendapatan royalti mereka. Zaman penulis buku Melayu harus hidup 'miskin' sudah berlalu....

Info Untuk Ahli Baca@Lrt -(Untuk Peminat Buku Juga)



Kepada penyokong dan penggerak Baca@ di seluruh negara. Kepada Tuan dan Cik Puan, kami mengharapkan dan mendoakan yang terbaik sentiasa.

Mesej kali ini membawa beberapa informasi penting di bawah 'Apabila Tuan dan Cik Puan di Baca@ inilah kesan dan akibat'

Apabila kita bersama-sama bermula pada 16 Januari 2010, bersama-sama membaca secara spontan, mengejutkan orang ramai yang tidak tahu apa yang berlaku dan menjadikan kedai majalah kehabisan majalah pada hari esoknya (kerana bimbang dikelilingi pembaca buku), ia bukan sekadar satu aktiviti kita berseronok, tetapi keseronokan kita mengubah sejarah negara berterusan sehingga kini.

Terbaru di Pulau Pinang, kesan dan akibat Tuan dan Cik Puan bersama dalam aktiviti gila-gila dan spontan ini, Baca@ muncuk di Pulau Pinang!

----

Bersempena Pesta Pulau Pinang dan cuti sekolah, kerajaan negeri Pulau Pinang dan Syarikat Adam Bookstore menganjurkan aktiviti Bazar Baca@Pulau Pinang.

Aktiviti ini berlangsung pada 1 Disember 2010 hingga 2 Januari 2011, bermula jam 6 petang hingga 11.30 malam. Pelbagai aktiviti menarik yang akan dilakukan.antaranya pertandingan nasyid, bintang kecil pesta dan penampilan khas Upin dan Ipin.

Kedai-kedai buku menghargai usaha Tuan dan Cik Puan sehingga Baca@ dibawa hingga ke sana.

Tahniah semua

-----

Perkara kedua yang mengejutkan kami.

Sebelum ini kami memaklumkan Baca@LRT Massa akan bermula jam 10 pagi di Putra Gombak sehingga Taman Asia. Di mana kita akan ke BookXcess yang baru dan besar dan lebih banyak buku.

Kemudian kami menerima mesej demi mesej daripada penyokong Baca@LRT agar ia juga diadakan pada jam 2.00 petang

Kemudian kami membuka undian masa.

Ia mengejutkan kami!

Baca@LRT Massa akan berlangsung pada kedua-dua masa jam 10.00 pagi dan sekali lagu jam 2.00 petang.

Ini pertama kali dalam sejarah! Klik di sini bukti yang jelas sokongan Tuan dan Cik Puan

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=465116381529&set=o.211699456684

Maka mereka yang mengundi telah komited hadir pada masa diberi. Kami juga akan bersama-sama dalam kedua-dua masa. Insya Allah.

Ayuh kita akhiri tahun 2010 dengan kegilaan ini sekali lagi.

Moga ia akan merebak seperti berlaku sekarang.

Kini terbukti, siapa kata Tuan dan Cik Puan tidak dapat membawa perubahan? Ia benar-benar berlaku sekarang!

Terima kasih dan bertemu pada 5 Disember 2010.


----

Penyelaras Komunikasi Baca@ dan Baca@LRT
ZAMRI MOHAMAD

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EID’DUL ADHA’ 1431H

Salam Eid'dul Adha 1431H


Alhamdulillah,syukur pada-Mu Ya..Allah,masih di beri kesempatan untuk saya mencoretkan dalam blog kali ini.beberapa hari tidak update blog terasa rindu pula pada kali ini.Selepas kelahiran Muhammad Anas,permata hati kedua kami,kesibukan melanda bertambah pula dengan kerosakan pada laptop pribadi,menambahkan kurangnya mood untuk mencoretkan apa-apa di dalam blog ini.

Namun membaca buku di waktu-waktu terluang masih tidak di abaikan,dengan izinnya masih dapat membaca buku-buku yang berada dalam bilik bacaan.Ada beberapa buah buku yang di beli masih belum di baca,apa pun semua ikut urutan untuk di baca.

Dalam pertemuan kali tidak ada apa yang ingin saya bicarakan,cumanya ingin mengucapakan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA 1431H,semoga segala pengorbanan kita di terima Allah.Apa sahaja perkara yang kita lakukan mudah-mudahan menerima balasan yang baik dari Allah SWT.Jangan pula kita lupa pengorbanan yang di lakukan oleh Nabi Ibrahim,Nabi Ismail,Siti Hajar,mereka adalah pribadi contoh dalam merealisasikan erti pengorbanan kepada Allah SWT.

Setiap perjuangan pasti ada pengorbanan,apa jua bidang yang sedang kita ceburi sekarang,pasti memerlukan bukan sedikit pengorbanan,malah memerlukan pengorbanan tenaga,masa bagi merealisasikan apa yang kita impikan selama hidup kita.
Semoga di hari yang mulia dan penuh keberkatan ini,segala amal bakti kita di terima oleh Allah SWT.

‘BERKORBANLAH HARTA ATAU PUN NYAWA…DEMI ISLAM YANG TERCINTA…’

Sampai Jumpa Lagi..!

Friday, November 5, 2010

Membentuk Kemahiran Membaca Kanak-Kanak

Didik anak membaca


Kata orang bijak pandai, "Kunci untuk mendapat pengetahuan adalah daripada pembacaan dan penulisan."

Kepada kanak-kanak, keupayaan membaca dan menulis sejak dari usia tiga tahun merupakan satu kelebihan kepada diri sendiri dan kebanggaan kepada keluarga.

Minat membaca kanak-kanak ada kaitan rapat dengan keupayaan mereka berbahasa.

Secara umumnya, kanak-kanak boleh membaca dengan lancar akan suka pada buku seterusnya menjadikan aktiviti membaca sebagai satu hobi yang menarik.

Kanak-kanak patut diajar membaca ketika kecil lagi

Ketika berusia 18 bulan, kanak-kanak sudah boleh diperkenalkan kemahiran membaca secara beransur-ansur. Unsur utama yang perlu diberi penekanan ialah kesedaran umum mengenai bunyi-bunyi perkataan dan penggunaannya dalam situasi seharian.

Contohnya perkataan "mama" dan "papa".

Kedua-dua perkataan ini boleh ditulis dan diperkenalkan kepada kanak-kanak kerana kekerapan penggunaannya.

Apabila kanak-kanak meningkat usia 3 hingga 4 tahun, mereka sebenarnya berada dalam peringkat pembinaan bahasa yang pesat.

Menurut para pengkaji perkembangan kanak-kanak, perkembangan menyeluruh kanak-kanak ialah galakan untuk perkembangan fizikal, mental, emosi, sosial dan bahasa.

Period yang paling kritikal untuk memperkenalkan kemahiran membaca kepada kanak-kanak ialah 0 hingga 3 tahun. Ibu bapa atau guru yang bijak akan sensitif dengan perkembangan kanak-kanak pada masa ini kerana :

-Umur 1 ½ hingga 3 tahun adalah peringkat yang paling sesuai untuk belajar dan mengingat maklumat. Kanak-kanak yang diberi kemahiran membaca pada peringkat usia ini akan menyerap jauh lebih banyak pengetahuan berbanding kanak-kanak yang tidak tahu membaca.

-Semasa membaca, selalunya kita akan mengingat perkataan yang disebut serentak dengan perkataan yang bertulis. Begitulah juga kanak-kanak. Jika berusia 3 tahun dapat membaca, tentulah kemahiran membaca akan mempercepatkan proses pemahaman bahan bacaan yang dibacanya.

-Kanak-kanak sangat lasak ketika berumur 2 hingga 3 tahun kerana mereka sangat dahagakan pengetahuan. Ibu bapa atau guru dapat mengesan perubahan ini dengan mengamati pertanyaan kanak-kanak seperti, "Ni apa?" atau "Apa tu?" Ujian menunjukkan kanak-kanak sejak dari umur 2 hingga 12 tahun bertanya sehingga 80 peratus daripada percakapan mereka. Apabila ke sekolah menengah, pertanyaan telah berkurangan sehingga 40 peratus.

Kanak-kanak belajar membaca ketika masih kecil biasanya lebih cepat bertindak dan lebih faham membaca berbanding kanak-kanak yang belajar membaca semasa di sekolah.

Sebabnya ialah kanak-kanak belajar membaca dengan senang hati dan memahaminya seperti mendengar orang bercakap manakala kanak-kanak di sekolah belajar membaca dengan perasaan takut dan membaca diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan.

Masalah yang menghalang minat membaca kanak-kanak

Setiap ibu bapa dan guru sememangnya mengingini kanak-kanak yang dapat membaca dengan lancar dan cepat.

Bagi pelajar-pelajar di sekolah rendah, mereka tidak dapat memahami apa yang disampaikan oleh guru disebabkan salah satunya kerana lemah keupayaan membaca.

Antara masalah yang sering membantutkan proses pembahasaan dan pembacaan kanak-kanak dan para pelajar ialah :

-Tidak dapat membezakan bentuk, kedudukan, nama, turutan abjad dan sebutan huruf yang dilihat.

-Tidak dapat mengingat ciri dan atribut huruf.

-Tidak dapat mengaitkan sebutan setiap abjad apabila diadunkan menjadi suku kata dan perkataan.

-Pengamatan penglihatan yang bercelaru apabila melihat perkataan tersusun rapi.

-Tidak dapat membezakan bunyi huruf dalam ejaan kerana abjad tidak berkaitan langsung dengan sebutan.

-Keliru dengan huruf seperti b dengan d, g dengan j dan j dengan z.

-Tidak dapat bezakan simbol-simbol huruf.

-Tidak dapat menterjemahkan bahasa baku kepada bahasa loghat untuk mengetahui tujuan dan maksud.

Kesan tidak tahu membaca

Tidak tahu membaca akan memberi masalah. Bermula dari awal lagi, masalah ini berlarutan sehinggalah mereka dewasa.

Keadaan ini tentulah mempengaruhi keupayaan untuk bersaing dan berjaya dalam hidup.

Pengaruhi minat belajar. Kesan yang agak ketara ialah dari aspek psikologi seperti rasa rendah diri, kurang yakin dan cepat mengalah.

Kajian yang dijalankan oleh Universiti Yale menunjukkan kanak-kanak yang mempunyai kepercayaan diri yang terhad tidak dapat menyesuaikan diri dengan baik di sekolah rendah dan situasi-situasi yang baru.

Mereka juga sukar belajar menulis dan membaca berbanding dengan rakan-rakan sekelas yang lain.

Tidak mahu belajar. Bagi mata pelajaran yang sukar seperti sains dan matematik, mempelajarinya adalah suatu bebanan. Lama-kelamaan timbul rasa jemu dan terus tidak lagi minat untuk belajar.

Bukan sahaja sains dan matematik tetapi mungkin semua mata pelajaran.

Belajar dalam keadaan tertekan dan tidak khusyuk. Tanpa kata-kata pujian dan rangsangan, proses belajar akan berada di bawah tekanan dan hilang keseronokan.

Apa yang berlaku, kanak-kanak belajar kerana takut dan dipaksa bukannya kerana hendak belajar.

Kurang motivasi dan semangat berlumba-lumba.

Apabila tidak dapat membaca dan memahami perkataan, keinginan untuk membaca perkataan-perkataan seterusnya akan menurun dan mengurang.

Keadaan ini tentulah merugikan diri mereka sendiri dan ibu bapa terpaksalah memujuk supaya semangat dan minat untuk membaca dapat dipulihkan kembali.

Bagaimana kanak-kanak belajar membaca?

Pelbagai kaedah yang digunakan oleh kanak-kanak untuk mempelajari bahasa mengikut peringkat umur.

0 hingga 2 ½ tahun

mula mengetahui dan memahami bahasa yang dipertuturkan oleh ibu bapa ketika berusia 18 bulan.

-belajar bahasa dengan mengumpul perkataan.
-kaedah belajar ialah melalui rangsangan deria pendengaran secara langsung dan tidak langsung.
-rangsangan membaca ialah memperkenalkan buku-buku yang mengandungi banyak gambar dan berwarna-warni.
-kosa kata berkembang sehingga 270.

2 ½ hingga 4 ½ tahun

-peringkat kritikal dalam proses belajar bahasa.
-terbentuk satu unit bahasa dalam otak secara berasingan.
-perkembangan bahasa akan membantu perkembangan mental dan sosial.
-kanak-kanak belajar membaca dengan memperkenalkan huruf bersama gambar.
-pada peringkat ini, kesediaan membaca masih belum terbentuk sepenuhnya dan ibu bapa harus -bersabar semasa membimbing anak-anak mereka.
-mampu mengingat sehingga 1500 kota kata.

4 ½ hingga 7 tahun

-perkembangan otak memasuki fasa terakhir.
-kanak-kanak sudah menunjukkan minat dan kesediaan membaca dengan mengenali banyak
-perkataan dan suka bertanya serta melihat gambar.
-corak pengajaran ialah mendedahkan kepada persekitaran seperti membezakan bunyi-bunyi
-binatang atau kenderaan; cara ini dapat melatih kanak-kanak meningkatkan daya pendengaran mereka.
-mampu mengingat sehingga melebihi 4500 kosa kata.

Walau bagaimana pun sesetengah kanak-kanak masih belum dapat membaca biarpun umur semakin meningkat.

Keadaan ini mungkin disebabkan mereka tidak memahami tahap-tahap pengajaran bahasa yang betul.

Membantu kanak-kanak membaca

Mengajar kanak-kanak berminat dengan membaca adalah sangat penting.

Terdapat beberapa panduan yang mudah bagi melaksanakan usaha anda.

1.Jadikan membaca satu tabiat. Jemput kanak-kanak membaca dengan anda setiap hari. Bantu anak anda membaca dari kiri ke kanan dan memahami setiap perkataan yang dikatakannya, dari satu perkataan ke satu perkataan.

2.Bacakan buku yang sukai kanak-kanak berkali-kali. Mereka akan mempelajari perkataan baru dan mengingat cerita yang mereka sukai. Seterusnya akan diceritakan kepada rakan-rakannya pula.

3.Bacakan cerita dengan rentak perkataan yang berkaitan dan ulang beberapa kali.Contohnya perkataan "terkejut." Tunjukkan bagaimana mimik muka dan nada suara "terkejut" kepada anak anda. Tunjukkan perkataan demi perkataan sepanjang sesi membaca berkenaan.

4.Bincangkan perkataan baru dan buatkan mereka bermain-main dengan perkataan itu. Contohnya: Rumah yang besar ini adalah istana. Siapa yang kamu fikir akan tinggal di istana?

Jika ada gambar, tanya apa yang dilihat dan kaitannya dengan cerita berkenaan.

Bacakan buku yang mempunyai pelbagai jenis cerita kanak-kanak seperti kisah sirah nabi, kamus bergambar, puisi dan buku-buku bermaklumat yang bersesuaian dengan tahap umur kanak-kanak.

Sumber: I LUV ISLAM

Tuesday, November 2, 2010

Faedah Membaca

Membacalah biarpun di mana berada


1. Membaca dapat mengusir perasaan was-was, kecemasan dan kesedihan

2. Membaca dapat menghindarkan diri agar tidak tenggelam dari hal-hal yang batil

3. Membaca dapat menjauhkan kemungkinan seseorang untuk berhubungan dengan
orang-orang yang menganggur dan tidak memiliki aktivitas

4. Membaca dapat melatih lidah untuk berbicara dengan baik, menajuhkan kesalahan ucapan dan menghiasi dengan balaghah dan fashahah.

5. Membaca dapat mengembangkan akal, mencerahkan fikiran dan membersihkan hati nurani.

6. Membaca dapat meningkatkan pengetahuan dan mengembangkan daya ingat serta pemahaman.

7. Dengan membaca orang dapat mengambil pelajaran dari pengalaman orang lain, kebijaksanaan dan pemahaman ulama (ilmuwan)

8. Mematangkan kemampuan seseorang untuk mencari dan memproses pengetahuan, untuk mempelajari bidang-bidang pengetahuan yang berbeda, dan penerapan pada kehidupan nyata.

9. Menambah keimanan, khususnya ketika membaca buku-buku karangan kaum muslimin. Sebab buku merupakan; pemberian nasehat yang paling agung, pendorong jiwa yang paling besar, dan penyuruh kepada kebaikan yang paling bijaksana.

10. Membaca dapat membantu pikiran agar lebih tenang, membuat hati agar lebih terarah, dan memanfaatkan waktu agar lebih terbuang percuma.

11. Membaca dapat membantu memahami; proses terjadinya kata secara lebih detil, proses pembentukan kalimat, untuk menangkap konsep dan untuk memahami apa yang berada di balik tulisan.

Seorang penyair mengatakan :

Kehidupan jiwa adalah konsep dan makna,
bukan yang engkau makan dan minum.

Dikutip dari buku ” La Tahzan ” by Dr. ‘Aidh al-Qarni (hal 131-132 : Cetakan ke 42)

Sumber: MUSKHIR